Friday, February 08, 2008

Sehari di Shell Taman Universiti

Aku melepak di 7 e, shell, taman u.. berbual dengan bebudak shell
'tadi aku sekolahkan budak yang kutip tin tu' kata si ijan@mat
'budak gam tu ke?' kata si arip bina badan
'a ah.. aku ngan man sekolahkan die kat belakang.' sambung si ijan@mat
'aku tanya die. sampai bila nak kerja kutip tin?.. ko tau apa dia jawab?'
sambungnya lagi..
semua terdiam sambil melihat ke arah si ijan@mat
seakan mahu mendengarnya cerita..
alangkah hebatnya si ijan@mat ini bercerita..
kalaulah dia ada blog.. mungkin ia sudah mendapat tempat di hati aku
'die bangga dengan duit sehari sepuluh ringgit die' kata si ijan@mat
'aku bukan ape. hangin jugak tengok orang camtu' sambungnya lagi..
'ko tapak tak muka die?' kata si arip bina badan..
'sian dowh.. aku pk bangsa kita camni.. sampai bila?..' sambung si ijan@mat
****
semua termenung panjang...
'ko ingat tak budak cina yang kerja kul 4 pagi tu..?' tanya si man kepada semua
'cina mana?' balas si arip..
'ala.. yang selalu tunggu bas..' balas si man
'die kerja kat singapore.. kaya syot.. duduk kat sini' kata si man lagi
'ko tak yah cakap.. member aku keja atas kapal.. duit gaji tak pernah sentuh..
sentuh elaun sahaja dah memadai hidup senang.. basic dia USD 10k..'
kata si arip yang berbangga terhadap kawan dia..
*****
'aku kesian la ngan budak kutip tin tu.. camne nak tolong?
aku nak bangsa kita tolong menolong.. macam bangsa cina..
apa pendapat ko.. aku rasa nak rekemen kat petronas sana
suh die kerja part time..tapi....' kata si ijan@mat seakan ragu
'tadi aku tanya.. die kerja mana dulu.. die jawab.. car wash sana..
die selalu jadi mengular..itu sikap die.. pastu kena kick' kata si ijan@mat
'aku tanya tadi.. die nak ngular tak kalo aku rekemenkan kerja.. ko tau die jawab apa?'
tanya si ijan@mat kepada aku dan arip serta si man
*****
'kalau abang ada saya berdiri ajalah....camtu dia kata... hishhhh menyirap pulak aku menyekolahkan dia' kata si ijan@mat
'dia lari dari banyak pusat pemulihan.. tangan dia patah tebu.. aku tengok tadi..
sama macam tangan aku.. lagi teruk.. aku rasa tangan dia patah
sampai jari berada di siku sendiri... luar kalo masuk besi.. itu bleh tahan lagi..
kalo dalam tebuk masuk besi.. aku tak dapat bayangkan..
aku dah rasa.. aku ni peha, lengan ngan tapak kaki.. suma besi' kata si ijan@mat
*****
'kalo ko nak tahu cerita.. dia lari dari hendry gurney.. manjat tembok..
jatuh dan patah tangan' kata si ijan@mat
aku teringat kisah aku first fly tingkatan dua..
aku,ijan dan poyo melalui asrama perempuan
dan memanjat tembok...
kesan yang selalu dihadapi oleh kaki fly adalah
di bawah lengan akan ada luka terseret..
dan aku dah mempunyai luka itu..
tetapi.. aku fail... first time fail.. aku jatuh ke longkang.. fakkk
dalam syot.. peh.. disini mengalirnya kesemua
aliran air dari badan-badan gadis-gadis bawah umur..
peh... hampir muntah aku
aku tersentak dari memori usang..
*****
'aku tanya die.. ko nak kerja tak.. tapi risiko ko tanggung sendiri
aku suh ko jual "barang".. ko sanggup?' kata si ijan@mat
'ko tau apa dia jawab?' tanya si ijan@mat kepada kami
dan memang confirm kami tidak tahu..
'yang isap ke yang cucuk? .. peh.. tak menahan.. macam sial
gila experience die..siap die cerita kat aku.. ada brader tu nak ice.... siap dia kata..
lubang ice takda kat sini.. kat kl melambak la..' kata si ijan@mat
*****
kami berbual lagi..
'antara atlit yang banyak guna duit.. adalah atlit bina badan..' kata si arip bina badan.
'tengok nih.. aku beli ubat badan RM 70, protein RM 300.. makan
ayam,roti ngan susu dutch lady..' katanya lagi..
'tu la ko.. baik ko join aku main gitar.. tak banyak pakai duit..
modal beli gitar.. pastu main ikut suka..' kata si ijan@mat..
*****
'weh.. tadi si ana(bukan nama sebenar) telfon aku... die kata
ada kawan aku datang.. badan berketul pakai keta.. dia cuak.. takut kena rompak..'
kata si arip bina badan..
'ingat aku tau ke yang mana badan berketul pakai kereta..
kawan aku.. banyak.. tak spesifik betul la.. tapi takut jugak.. time kita tak da..
die sensorang..' kata si arip bina badan..
'tu ok lagi.. aritu die sembur aku.. die telefon.. kata.. kawan ko pakai moto datang?
gila ke ape.. banyak la kawan aku guna motor.. buat aku tertanya-tanya.. kena
ajar die sikit nih camna nak kenal keta ngan motor' kata si ijan@mat
'aku rasa.. kalo kena rompak.. dia mesti jawab.. orang yang rompak pakai motor..
mesti polis tanya.."sapa yang rompak awak?".. mesti dia jawab
"saya tak tahu.. tapi dia guna motor".. adoi la..
polis tu mesti tanya no flat.. mesti die tak tahu jugak nak jawab aku rasa..'
komen si ijan@mat
'kalo ko.. aku cakap ..aku jumpa kawan ko jalan kaki.. menyirap tak ko?'
kata si ijan@man
'weh.. aku nak tanya.. ada tak ko perasan wira silver pangkal AFD
dia langgar lari member aku.. aku kena bagitau suma stesen minyak nih..
kalo ada suh diorang bagitau aku' kata si ijan@mat..
*****
dan aku terpaksa ke jusco..
memujuk seseorang yang merajuk...
aduhai .. aku ini memang suka memujuk rasanya..
aku pun tidak tahu.. tapi aku confirm memujuk..
bloodline aku pakar memujuk agaknya..
'hahahaha.. susah juga ea nak jaga orang rumah..
kawin cecepat la woi.. air dah masuk kepala..' diorang menganjing aku..
*****
iklan iklanniaga malaysian duit percuma duitsaku duit saku

2 Comment and put their link:

edriaty said...

kasi cukup ilmu di dada.
baru bole kawen.heheh..

Anonymous said...

cukup ilmu didada dan cukup syarat baru bleh kawen.. haha

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena