Sunday, February 24, 2008

Satelit internet termaju dilancar ke orbit

mak aih... satelit internet termaju...
kawan aku si zam dah merasa fiber optik..
2Gb/s
aku guna ni Mb sahaja yang paling tinggi..
peh.. tak dapat bayangkan..
rugi aku tak blajar pepandai dahulu..
kalo tak.. aku dah merasa pakai
ntah bila aku nak kejar menda lelaju camni..
sabar ajalah..

ROKET H-2A yang membawa satelit KIZUNA
dilancarkan di Pulau Tanegashima, Jepun semalam.

TOKYO - Jepun semalam melancarkan satelit komunikasi eksperimen dalam usahanya memastikan akses internet berkelajuan tinggi di bahagian pedalaman negara itu dan di Asia.

Satelit komunikasi KIZUNA yang bermaksud angin dilancar menggunakan roket H-2A di Pulau Tanegashima pada pukul 5.55 petang waktu tempatan.

Pelancaran itu tergendala sebentar berikutan sebuah kapal tersasar lalu memasuki perairan yang menjadi kawasan larangan.

KIZUNA dilengkapi tiga antena yang menghadap Jepun, Asia Tenggara dan wilayah Pasifik.

Para saintis Jepun berkata, pelancaran KIZUNA yang menelan kos sebanyak AS$490 juta (RM1.6 bilion) itu akan membantu Jepun dalam membina jaringan telekomunikasi dan maklumat termaju.

Jurucakap Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) berkata, pelancaran satelit itu akan membantu membangunkan masyarakat yang boleh menggunakan internet di mana sahaja.

"Infrastruktur di bumi tidak akan mampu menahan gempa bumi yang kuat dan bahagian pendalaman juga tidak mempunyai jaringan kabel fiber optik. Satelit ini akan banyak membantu," katanya. - Reuters

0 Comment and put their link:

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena