Monday, February 11, 2008

Kisah Seram Di GAIN(Group of Artificial Intelligent Network)

'kang aku datang balik.. sistem tu repair skit ' kata danial
'okeh.. beres..' sambung aku..
aku terasa sunyi seketika..
sebelum bisikan syaitan mula kedengaran di kedua-dua belah telinga
'yeah.. line clear' kata aku di dalam hati..
tiba-tiba... 'tap tap tap.. tap tap tap.. tap tap tap..' bunyi keyboard
ditekan dengan alunan rancak.. 'shit.. ada orang lagi.. aghhh'
aku terpaksa membatalkan niat yang dipengaruhi air ke otak..
air yang menghilang
aku pun bertungkus lumus buat kerja..
entah bagaimana idea membuat sistem itu terlalu laju..
'sedapnya buat kerja kalo mood baik camni' kata aku
bagaikan sesuatu yang mendorong dari belakang..
'sapa plak la kat belakang ini.. takpe.. aku tunggu dia balik'
aku pun semakin leka.. sampai siap kerja.. yeha.. dah siap dah..
cuma tinggal pakaian aje kena dihiaskan kat sistem baru ini :)
'yeah....pasni aku cari kasut.. baju dan skirt yang sesuai untuk sistem ini'
kata aku..

aku puas apa yang aku buat..
teringat masa aku pergi 7e pagi tadi..
'bang.. air ni sedap ke?' tanya si gadis itu
'best.. banyak vitamin B.. bleh buat kita bertenaga'
kata aku seakan-akan bekerja sebagai promoter redbull
'tenaga batin ke bang?' tanya dia lagi sambil menjelir lidah mimik mengejek
'eh.. tak lah.. ni tenaga fizikal..' kata aku lagi..
sib baik air tak masuk kepala time tu..
'bang.. jangan layan die tu.. tu la ko.. tengok cita apa la malam tadi..'
kata kawan die kepada kami.. aku tersenyum.. hehe
'sib baik aku ada gadis garang.. kalo tak..
ehem ehem kamu..'

ah.. tersenyum aku sendirian.. dan air sudah turun..
aku pun berkata.. 'weh.. aku balik dulu.. keja rerajin..'
haha.. aku mengalah.. aku tergerak untuk melihat siapa
gerangan yang menggunakan komputer di belakang..

tengok ke kandang danial.... takda orang..
tengok ke kandang kak lia... takda orang..
tengok ke kandang iranian... tak da juga..
aku tak sedap hati.. aku tengok ke kandang bad..
'fakk tak da orang..' jerit hati kecil aku
aku toleh kebelakang.. takda orang... 'damn'
'aku berbual sensorang rupanya... habis tu sapa plak yang menaip tadi..'
aku keluar dan tidak menutup lampu..
mengharap danial datang atau bad datang malam ini..

2 Comment and put their link:

ف wildchild ۞ said...

wah. memang seram tempat ko tu.. aku pon terfikir gak. kalo lah aku boleh ke ibnu sina malam malam.. apa lah yang 'ada' di sana....

circleinspoon said...

ish
xbest sungguh citer.
aku sorang ajer nih

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena