apa nak jadi umat sekarang ni.. lagi teruk dari
zaman darurat dahulu..
luar aman... tapi.. banyak jenayah...
KOTA BHARU 16 Feb. - Seorang remaja mati selepas dipercayai dikurung dan dibelasah dua lelaki termasuk salah seorang bekas majikannya di sebuah rumah di Jalan Zainal Abidin dekat sini, Khamis lalu.
Mangsa Mohamad Adam Ramli, 19, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam tadi, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas hampir 48 jam koma kerana mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari, ketika mangsa dipercayai dibawa oleh dua lelaki terbabit ke rumah tersebut kira-kira pukul 11 pagi.
Beliau berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai memproses ayam di Kampung Tanjung Chat di sini dikatakan dibelasah bertubi-tubi sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) oleh penduduk di situ.
Kritikal"Mangsa kemudiannya dirujuk ke HUSM setelah keadaannya semakin kritikal," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Zahruddin, ibu mangsa, Rohani Mohamad, 46, membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Pengkalan Chepa kira-kira pukul 1 pagi, Jumaat lalu.
"Sebaik menerima laporan, polis menjalankan siasatan lanjut dan berjaya menahan dua lelaki yang berusia 21 dan 22 tahun, termasuk salah seorang bekas majikannya," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca akibat salah faham yang mana bekas majikannya itu dikatakan menuduh mangsa terlibat dengan beberapa kes kecurian di tempat kerja lamanya.
Sementara itu ibu mangsa, Rohani ketika ditemui di rumahnya di Kampung Landak di Pengkalan Chepa berkata, sebelum kejadian anaknya telah didatangi oleh dua lelaki yang menaiki kereta Perdana V6 dan seorang daripadanya memang dikenalinya.
Beliau berkata, anaknya keluar dari rumah kira-kira pukul 11 pagi dan ketika itu Mohamad Adam sedang berehat selepas pulang dari tempat kerjanya.
"Saya tidak dimaklumkan oleh Mohamad Adam ke mana dia hendak pergi dan selepas beberapa jam kemudian, adik ipar saya Asnah Hussin, 40-an memberitahu Mohamad Adam tidak sedar dan berada di HRPZ II.
"Saya kemudian bergegas ke HRPZ II dan selepas itu Mohamad Adam dibawa ke HUSM dan meninggal dunia di sana," katanya.
Beliau berkata, pada malam sebelum kejadian, mangsa telah menunjukkan perubahan sikap yang ketara kerana mengajak adiknya Mas Mariam, 2, tidur bersamanya.
"Saya tidak menyangka perubahan sikapnya itu adalah petanda yang mana dia akan meninggalkan kami sekeluarga," ujarnya lagi.
More...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment and put their link:
Post a Comment