Sunday, February 24, 2008

B-2 Bomber terhempas?

GAMBAR fail menunjukkan pesawat pengebom B-2 Spirit
mengisi minyak dari pesawat KC-10 Extender di Australia pada 4 Ogos 2006.

peh... stealh fighter tu...
aku dulu minat gila b2 bomber nih...
tapi kawan aku si nizam yang 'sentiasa diangkasa raya' berjaya mencapai impian

sumber... More...

Pesawat pengebom B-2 terhempas


HAGATNA - Pesawat pengebom B-2 milik tentera udara Amerika Syarikat (AS), terhempas ketika sedang berlepas di Pangkalan Tentera Udara Andersen di Guam, kata pegawai semalam.

"Dua juruterbang pesawat itu terselamat setelah berjaya menghidupkan kerusi anjal. Mereka kini sedang diperiksa oleh pegawai perubatan," kata pihak tentera dalam satu kenyataan.

Satu siasatan akan ditubuhkan bagi menentukan punca pesawat yang bernilai AS$1.2 bilion (RM3.9 bilion) itu boleh terhempas.

Seorang penduduk tempatan Jeanne Ward berkata, asap hitam berkepul-kepul dapat dilihat dari bangkai kapal terbang itu.

Tambahnya, dia tidak menyaksikan pesawat itu terhempas tetapi menyaksikan asap tebal menjulang dari belakang menara kawalan.

Guam yang merupakan wilayah AS di Pasifik dilindungi dengan sebuah pesawat pengebom dalam siri B-52, B-2 dan B-1 yang bertugas secara bergilir sejak Mac 2004.

B-2 yang terhempas itu merupakan pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Whiteman di Missouri.

Pesawat berkenan mampu beroperasi tanpa dikesan oleh kebanyakan radar sekali gus menjadikannya sukar dikesan, dijejak dan diserang.

Ia boleh terbang sehingga 11,112 kilometer tanpa perlu mengisi semula minyak. Pesawat berkenaan boleh membawa bom sehingga 900 kilogram dan banyak digunakan dalam misi AS di Afghanistan, Iraq dan Serbia.- Agensi

2 Comment and put their link:

aiyrie said...

Ramai-ramai la kuar mengundi.
Penghuni2 teratak 42 sumer dah daftar ngundi blom???

Pilihan anda penentu masa depan generasi akan datang.

Anonymous said...

World Of Warcraft gold for cheap
wow power leveling,
wow gold,
wow gold,
wow power leveling,
wow power leveling,
world of warcraft power leveling,
world of warcraft power leveling
wow power leveling,
cheap wow gold,
cheap wow gold,buy wow gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold
buy cheap World Of Warcraft gold o3p6c7ey

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena