'cai jom derma darah..' kata fit
'kat mana? malas aku' jawab aku separa ikhlas
'nanti sihat, berat badan aku dah stabil' sambung si fit
'ok gak tu(time ni aku pikir.. buang darah kotor hahaha)' jawab ku
beserta niat yang tidak ikhlas menderma
'jom..'
*
aku bersiap.. dan redi untuk menderma.. yeah
'joe jom derma darah' kata aku kepada joe
'kita bleh buang darah kotor hahaha' aku meluahkan niat aku yang tidak ikhlas serta keji itu
*
setibanya di Jusco Taman Universiti
'kak(padahal doktor) saya selsema skit nih.. bleh tak derma' tanya aku kepada doktor itu
'awak selsema makan ubat tak?' tanya doktor itu
'boleh.. jangan risau' sambung doktor itu
*
aku mengisi borang..
'saya nak check darah awak..' kata doktor A
'kletap'.. dan aku terasa kepedihan di jari tengah tangan kanan
dan darah disedut mengikut sukatan
antara tompok darah kat tempat tu.. darah aku paling banyak
'peh... ni ikhlas atau tidak amik darah aku nih?' kata aku dalam hati
*
cek punya cek.. dapat darah B+
'ni B positive kan?' tanya aku
'a ah.. biasanya B+' jawab doktor A seakan malas melayan karenah aku
aku ke doktor B untuk cek tekanan darah
*
'awak makan ubat tak tadi?'
'awak sarapan?'
'awak dah makan?'
'awak makan apa tengahari?'
dan keputusan terpapar...
'mintak maaf.. tekanan darah awak rendah.. biasanya 90 ke atas baru boleh..'
kata doktor A
'yeah.. aku berjaya.. (aku menahan nafas dan mengawal
emosi dan diri aku menjadi separuh khayal)' cubaan aku merendahkan tekanan darah berjaya
tips jika anda tidak ikhlas menderma
'berangan dan tahan nafas... dan lepaskan dengan tenang..
atau setkan mode tidur..'
'yeah... aku balik tanpa menderma....'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment and put their link:
Post a Comment