
Isteri beliau, Peggy Fossett telah meminta Mahkamah Litar Cook County di Chicago membuat perisytiharan tersebut pada November lalu.
Petisyennya untuk penghakiman mengenai kematian tersebut menyatakan, para penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa pesawat yang dipandu oleh jutawan itu musnah sama-sekali dalam nahas.
"Saya yakin dengan bukti yang lebih daripada mencukupi," kata Hakim Jeffrey Malak semasa membuat perisytiharan kematian Fossett.
Berdasarkan rekod mahkamah beliau meninggalkan estet yang sangat "besar" yang bernilai lebih lapan angka atau berpuluh-puluh juta.
Jutawan berusia 63 tahun itu memiliki beberapa syarikat penerbangan dan pelayaran hilang semasa membuat penerbangan dengan pesawat kecil di barat Nevada, iaitu kawasan paling pedalaman dan tidak berpenghuni pada 3 September.
Beliau dilaporkan dalam penerbangan bagi mencari dasar tasik kering bagi lokasi percubaan mencatat rekod paling laju di atas tanah.
- Reuters
More...
0 Comment and put their link:
Post a Comment