Thursday, January 31, 2008

Menyelongkar photo lama di dalam hp K50i

Time aku ada kamera.. jarang sekali aku guna kamera hp
sampai la malam ni.. tetiba aku tergerak hati untuk
mencari kabel.. gambar patli sc2 mrsm muar
(raju.. tlg betulkan nama kalo salah)
memang 'busted' aku pada hari itu......
flashback****
aku baring menahan selsema yang kian meruntuh imunisasi badan aku ini
'kurang vitamin rasanya'.. aku terlebih 'vitamin B family' nih..
tiba tiba.. raja dan fazrul datang mengetuk pintu..
dan membawa seseorang yang aku dapat cam muka die..
tapi di mana?
'bukak lampu.. bukak lampu.. cai kalo ko tak kenal jugak budak ni.. tak tau lah ape nak jadi' kata fazrul..
aku bersalaman dengan si patli..
'cai ko ingat tak? budak ni..' kata raja seakan-akan ingin mengenakan aku
'damn.. damn... aku tak ingat lansung.. budak mrsm ni kan?'
aku ingin melepaskan diri.. sambil menyatakan.. 'semua bebudak rumah ni ex-mrsm'
'damn... ' sambil aku memeluk bantal...lalu untuk tidak keseorangan menjadi mangsa...
aku mencari mangsa... 'fit... turun jap...'
'ko kenal tak budak ni?...' kata aku kepada fit...fit bagaikan terpaku...
dan terpukau.. 'speechless'.. 'hahahha' gelak aku
aku ingin mengenakan joe pula...
'joe.. turun.. ada budak mrsm datang'
dan terus mengenakan joe.. 'joe.. ko kenal tak joe..'
joe terus terbaring... di tilam empuk dihadapan tv..
'fak.. aku tak ingat.. yeah... ramai yang tak ingat'
******* dan akhirnya kami dapat mengetahui
bahawa itu adalah patli(bukan nama sebenar)
raja betulkan skit..
'cai.. aku tak dapat belikan ****** untuk kau dari thailand.. tapi aku ada sesuatu yang menarik buat kau... ni duit syiling singapore dan thai' kata yazid yang baru balik dari Thailand..
dan buku FHM Thai yang menakjubkan..
yazid dapat membaca minat aku yang mendalam terhadap duit..
dan keistemewaan mengumpul duit ini.. terima kasih..
'bila mahu update gambar hot hot spice chicks dari sana?'hahahaha.. hampir 'complete' duit malaysia lama.. yeah
yeah...yeah.... yeah...
Read More

Al-Fatihah buat Allahyarham Loloq

Dipetik dari berita harian Mutakhir

Loloq meninggal
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

PETALING JAYA: Penulis lirik dan pelakon,
Rosli Khamis atau Loloq meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara di sini,
selepas koma sejak dimasukkan ke hospital itu, Ahad lalu.

Loloq menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.37 petang di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.Loloq, 50, dimasukkan ke hospital itu, Ahad lalu,
akibat pendarahan otak selepas pengsan secara tiba-tiba di kediamannya.
Sejak itu, Allahyarham tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Malah, pembedahan bagi membuang darah beku di kepalanya,
Isnin lalu, tidak banyak membantu.
Ketika menghembuskan nafas terakhir, isteri Allahyarham, Hariyah Yaacob, 36,
berada di sisinya. Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu Krsty Nur, 10;
Jaevn Nur, 7 dan Yasha Nur, 5.

Hariyah yang enggan mengulas lanjut mengenai punca kematian suaminya berkata,
Loloq meninggal dunia kerana pendarahan di otaknya.
"Selepas pembedahan, keadaan arwah stabil.
Namun menurut doktor, disebabkan karbon dioksida terlalu banyak di dalam paru-parunya
memberi kesan kepada seluruh sistem badan arwah," kata Hariyah.
Jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan di Surau Al Ikhwan,
Bandar Baru Sungai Buluh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Buluh
selepas solat Asar.

Antara rakan artis yang hadir ialah Pengerusi Badan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP),
Habsah Hassan; Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi),
Datuk Aziz Bakar; Presiden Karyawan, Freddie Fernandez; Presiden Persatuan Penyanyi,
Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Wahid, Datuk A Rahman Hassan,
Amy Search, Joe Wings, Hattan dan Ramli MS.
Loloq yang terkenal sebagai seorang penulis lirik menghasilkan lebih 1,000 lirik.
Antaranya yang popular ialah Apokalips, Keroncong Nostradamus,
Awan Yang Terpilu, Nur Nilam Sari, Aduh Saliha, terbaru Angan dan Sedar dan Sembunyi.
Allahyarham juga pernah berlakon dan banyak membintangi filem di bawah arahan
Mamat Khalid iaitu Lang Buana, Man Laksa, Rock dan Zombie Kampung Pisang
selain pernah menulis dua skrip filem iaitu Orang Minyak dan Aduh Saliha.
Sahabat baik Allahyarham, M Nasir menyifatkan pemergian Loloq sebagai satu
kehilangan besar buatnya.

"Saya ada ramai kawan tetapi tidak ada yang sepertinya.
Saya terkilan kerana tidak dapat menghabiskan masa dengan arwah
kerana dia tidak sedarkan diri. Kali terakhir saya bertemu dengannya
kira-kira tiga minggu lalu," kata M Nasir,
satu-satunya teman rapat Allahyarham yang dibenarkan masuk ke bilik ICU.
Read More

Wednesday, January 30, 2008

Geweng.. kali ini aku ....

Okeh... disebabkan geweng ntah kemana
teringat aku..
'cai.. tadi ko tak kejut aku pun.. esok kejut aku ea.. aku kena g KL' kata geweng yang amat meminati Amy Search
siapa geweng?.. dia adalah seorang insan yang
amat seni dan kata-katanya ibarat serbuk kaca pil 'ecstasy'
ohhh aku cukup mengkagumi sifat peramah die ini
pagi tadi...
'weng bangun.. dah kul 8.. kata nak gi KL' kata aku
die balas.. 'ermmm'
ohh.. aku terlupa lagi...
aritu die suh letak kat blog..
promosi untuk sesapa yang nak beli gitar..
'cai.. tlg promote..mana tau orang beli'
dan aku balas.. 'ermm'
ok.. untuk tidak memungkiri kata aku

sesiapa yang nak beli gitar vox lorong terbabas ini
sila telefon 0167698251.. anda bleh panggil die nazri.. atau abg nazri.. atau
kanda nazri..atau guna kata ganti nama yang bersesuaian
Read More

Tuesday, January 29, 2008

Butterfly & the dome of the UTM mosque

kepada yang 'buta binatang'
atau duduk di 'negara yang tiada binatang mahupun serangga'
yang amat maju tanpa menggunakan petrol dan
kesemua kenderaan di 'negara' anda bergantung pada medan magnetik bumi(levitation-anti graviti-tech), sumber elektrik bergantung pada cas yang terdapat pada udara
dan makanan berupa pil serta kapsul-kapsul khasiat 7 hari tanpa makan dan minum
mari saya tunjukkan ape itu kupu-kupu/rama-rama
ya... gambar dibawah ini adalah kupu-kupu atau rama-rama
kalo guna kamera digital biasa ini.. amatlah sukar ..
mungkin aku ada bau yang menyelesakan atau aura seketul batu..
dimana binatang tidak takut pada aku dan selesa berada
disekeliling aku.. maka aku dapat tangkap gambar ini menggunakan kamera digital Nikon S200
untuk menyuruh kupu-kupu/rama-rama ini 'stay cool' amatlah sukar
bagi pengguna kamera digital seperti aku ini...
kamu perlu menunggu dan mungkin masa linkungan 'hisapan sebatang rokok'
untuk menangkap bahagian yang 'photogenik/photogedik' kupu-kupu tersebut
UTM dome... atau kubah.. disebabkan aku tiada DSLR seperti Edriaty
yang berjaya memasukkan gambar ke persetankan.com (hasil gambar karya beliau disini) maka
aku menggunakan segala skill.. asal boleh sahaja..
ditangkap dari cepp.. dengan digital zoom.. mungkin pecah pixel gambar jika dibesarkan..
Read More

Permata yang hilang, quantum pendant

Searching Hits: Permata yang hilang
wahai pencari buku permata yang hilang..
aku ada pdf die kalo ko hendak tetapi
failnye besar sangat.. 150 MB..
tak caya?
nah tgk gambar inibagi pencari buku itu..
ko bagi aku idea dan letak email kat komen..
aku bleh usahakan untuk kesejahteraan umat manusia..
---Update info---

Terima kasih kerana datang dan join

okeh.. anda perlu mendaftar di 5 grup lagi untuk

mendapatkan kesemua part permata yang hilang

http://groups.google.com.my/group/teratak42

http://groups.google.com.my/group/teratak42ver2

http://groups.google.com.my/group/teratak42ver3/

http://groups.google.com.my/group/teratak42ver4/


untuk yang ingin exchange trafik atau link.. sila emel saya..


Searching Hits: Quantum pendant
kalo korang nak beli atau nak tanya tentang quantum pendant
sila hubungi Mohd Aref Azaddin Boimin(0127256164)

if you want to buy or just to get some quantum pendant info
please contact Mohd Aref Azaddin Boimin(0127256164)
btw.. u can call him 'ngarip'
Read More

Loloq masuk ICU

petikan harian metro
KUALA LUMPUR: Penulis lirik terkenal, Loloq, 50, kini kritikal dan terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara di sini, dipercayai akibat pendarahan dalam otak. Loloq dimasukkan ke hospital itu jam 5.49 pagi Ahad lalu apabila tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Dia kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan sehingga kini belum sedarkan diri.

semoga loloq cepat sedar..

*
*...
akan bersambung selepas kerja aku siap

lagi petikan dari beritaharian

Buli siber

Oleh Mohd Azis Ngah


PENGGUNAAN telefon bimbit juga mendedahkan kanak-kanak kepada risiko pembuli siber.

Jangan jadi mangsa atau pembuli siber

  • Hentikan, halang dan dedahkan (jangan bagi maklum balas kepada sebarang mesej pembuli siber, Halangnya daripada terus menghantar mesej dan maklumkan kepada orang dewasa yang dipercayai).

  • Fikir sebelum klik (semak apa yang anda hantar..fikirkan daripada pelbagai aspek, pandangan serta kesannya).
  • Hormat (gunakan kemudahan sebaik mungkin dan hormati perasaan pengguna lain)

  • Jadikan maklumat peribadi sebagai rahsia (semakin banyak rahsia anda didedahkan, semakin senang mereka membuli anda)

  • ‘Take 5’ (jauhi komputer selama lima minit apabila sesuatu yang mengecewakan, mengejutkan berlaku kepada anda. Ini bermakna anda tidak akan melakukan sesuatu dalam keadaan sesal atau tidak menentu).
  • Read More

    Monday, January 28, 2008

    Anugerah Juara Lagu ke 22

    Finalis Anugerah juara Lagu ke 22
    Dan.... senarai pemenangnya adalah......Klik Gambar untuk besar.. di 'print screen' dari www.tv3.com.my
    Anugerah juara lagu Champ list(rujukan Wiki)

    Anugerah Juara Lagu (AJL) (Malay for "Champion of Songs Awards") is a popular annual music competition in Malaysia, organized by TV3. It features the best musical and lyrical compositions of each year it is held. Nominees are derived from a list of mostly-Malay songs which have garnered the most public votes in Muzik Muzik throughout the year, and then progress into the semifinals, from which twelve songs — four songs from each of three categories (Pop/Rock, Balada, and Irama Malaysia & Etnik Kreatif) will be nominated by a panel of judges to enter the Juara Lagu.

    * 1986 - Sekadar di Pinggiran ("Just at the Edge") - Francisca Peters; Manan Ngah; Lukhman S.
    * 1987 - Menaruh Harapan ("Pinning on Hope") - Zaiton Sameon; A. Ali; Habsah Hassan
    * 1988 - Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu ("You are the Key to My Love in Your Heart") - Ramlah Ram; Ahmad Nawab; Wielid
    * 1989 - Isabella - Search; Search; Bob Lokman
    * 1990 - Janji Manismu ("Your Sweet Promises") - Aishah; Adam Ahmad; Wan Aishah
    * 1991 - Takdir Dan Waktu ("Fate and Time") - Mega; Rahim Othman; Juwie
    * 1992 - Pada Syurga Di Wajahmu ("Your Heavenly Face") - Nash; Fauzi Marzuki; Bob Lokman
    * 1993 - Teratai Layu Di Tasik Madu ("Dying Lotus in the Honey Lake") - Fauziah Latiff; Adam Ahmad; S. Amin Shahab
    * 1994 - Tanya Sama Itu Hud Hud ("Ask the Woodpecker") - M. Nasir; M. Nasir; M. Nasir
    * 1995 - Cinta Beralih Arah ("Love Turns Away") - Aishah; Jari; Habsah Hassan
    * 1996 - Jerat Percintaan ("Love Trap") - Siti Nurhaliza; Adnan Abu Hassan; Hani M. J.
    * 1997 - Ghazal Untuk Rabiah ("Ghazal for Rabiah") - M. Nasir and Jamal Abdillah; M. Nasir; S. Amin Shahab
    * 1998 - Cindai ("Scarf") - Siti Nurhaliza; Pak Ngah; Hairul Anwar Harun
    * 1999 - Andalusia - M. Nasir; M. Nasir; Loloq
    * 2000 - Balqis ("Queen of Sheba") - Siti Nurhaliza; Pak Ngah; Hairul Anwar Harun
    * 2001 - Mimpi Laila ("Laila's Dream") - Yassin; Yassin; Yassin
    * 2002 - Keliru ("Confused") - Nurul and Ajai; Aidit Alfian; Aidit Alfian
    * 2003 - Bunga Bunga Cinta ("Flowers of Love") - Misha Omar; Adnan Abu Hassan; Adnan Abu Hassan
    * 2004 - Rela Ku Pujuk ("Willing to Console") - Spider; Tam; Keon
    * 2005 - Gemilang ("Glory") - Jaclyn Victor; Aubrey Suwito; Asmin Mudin
    * 2006 - Terlalu Istimewa ("Too Special") - Adibah Noor; Azlan Abu Hassan; Adibah Noor
    * 2007 - Itu Kamu ("That's You") - Estranged; Estranged; Rachael Lawrence

    owh.. anugerah juara lagu.. owh anugerah juara lagu...
    tunggu hujan berhenti baru hendak pergi kerja..
    hish... makin berapi impian berkereta..

    Pemenangnya adalah Estranged(Itu kamu)
    walaupun ramai yang tidak berpuas hati..
    (ek eleh.. 50% kat tangan juri.. yang separuh lagi di tangan si penaip sms)
    sapa suh ko tak undi.. kan dah tak puas hati...
    tak puas hati kamu seorang diri...

    itulah hakikatnya jika 50% dari penonton...
    mungkin nilai seni akan hilang dipupuk
    undian sms.. yeah.. tidak mengapa...
    tidak mengapa... dengan ini..
    walaupun seseorang itu berbakat seni..
    ia tidak dapat mengatasi undian sms..
    undian sms menentukan siapa artis siapa tidak pada zaman ini

    gogogo undian sms.. kamu penentu segala artis
    kuat kuasa sms ni.. hahahah
    kamu boleh jadi artis.. dengan hanya menopup handset aku
    dan aku mengundi 50% dari modal topup kamu
    selebihnya aku pi telefon kengkawan.. hahah
    sapa tak nak dapat topup free bukan..
    mana mungkin aku begitu lurus apabila mendapat topup free..

    'kamu undi die ea.. sampai abih kdit' kata A
    lalu aku berkata dalam hati.. 'okeh 50% sahaja'
    terima kasih.. jawab ku.. hahaha
    (ini adalah cerita yang tidak bersangkut paut dengan kehidupan aku)
    Read More

    Sunday, January 27, 2008

    I'm Selling Malaysian Notes(Hobbies and Collectable)

    i'm humble to ask all your opinion
    should i sell this or should i keep it
    and tell my grandchildren like this
    'it's important to keep old money.. or the good looking serial number'

    i'm confuse... thanks for giving your opinion..please click at that picture above to get the clearer view
    Read More

    Air teh tumpah, Mr Fu baik hati dan mari membina wordpress

    'hallo.. haloo.. haloo' aku terasa tertekan dengan jeritan
    mungkin kerana aku demam selsema..
    kali ini aku bersin tanpa henti.. berbelas kali..
    mungkin akan menjangkiti orang lain yang rendah sistem imunnya
    'owh.. kenapa aku tidak membuka pintu?'
    rupanya tuan rumah..
    'sori sori...' kata aku..
    'olang lain mana? ni manyak moto ni?' tanya Mr Fu
    'diorang sibuk kat atas(main internet(ni aku cakap dalam hati))' balas aku
    'ini nak bagi limau' katanya lagi dan menghulurkan kepada aku
    'owh.. tima kasih.. tima kasih.. gong xi fa coi' kata aku
    'subur juga tanah kat sini ea..' kata hati aku
    dibawah ini adalah pokok 'hibiscus rosel'
    ni adalah satu benih diantara beratus yang aku tabur..
    malam tadi aku tabur biji limau cina
    dengan harapan tumbuh subur mantap menawan peh
    dan akhirnya.. masa pinjaman telah tamat.. dan aku berjaya meng'khatam'kan
    mari kita praktik senaman harimau ngan kucing.. hahaha
    Read More

    Saturday, January 26, 2008

    Gloomy Sunday Activity(menyingkap memori usang)

    ====ruangan iklan====
    AutoRuns for Windows v9.02
    download it..

    Download Autoruns and Autorunsc (490 KB)
    kredit: http://technet.microsoft.com

    ====ruangan iklan====

    sambung cerita.. aku gi daftar kat jomlayan.com
    pastu aku tertarik pada forum kisah koleksi hantu himpit
    aku pun ceritalah pasal aku kena hempap dahulu kala..
    itulah timbul idea cerita hantu himpit/hempap/pervert nih

    dulu aku kena hempap ngan hantu budak-budak...
    ceritanya begini..
    ***
    aku praktikal kat fsksm,utm dan mendapat satu kolej lama..
    kat M16.. aku duduk di bilik single.. tapi aku tumpang member aku..
    kira bilik makin sempit.. maklum lah.. praktikal tanpa bayaran
    malam itu.. aku tidur bersama rakan aku.. bukan tidur sekatil..
    die katil sebelah, aku katil sebelah
    pintu bilik terbuka sedikit.. kawan aku kata 'panas..'
    aku pun buka.. malam aje.. aku tergerak nak tutup pintu tu..
    baru aje nak bangun.. 'buppp' hempapan yang membuatkan aku tersadai kelemasan..
    semua anggota badan aku tak dapat nak digerakkan
    aku nampak kaki kanan aku.. aku cuba gerakkan.. tak bleh gak..
    aku cuba menjerit..(tapi macam hati aku aje yang menjerit)
    mulut tak dapat dibuka...
    lama jugak aku berhempas pulas keseorangan..
    aku cuba menentang.. hasilnya gagal sama sekali..
    aku pasrah...dan hilaian ketawa kanak-kanak yang dalam lingkungan 2-4 orang
    jelas kedengaran di telinga..
    'fakk' aku menyerah kalah

    keesokkan paginya.. aku cerita kepada rakan aku itu..
    dan die pun menceritakan perkara yang hampir serupa..
    kami diganggu secara beregu.. 'damn'
    bukan itu sahaja kisah hempapan aku...

    aku balik ke negeri sembilan...
    dan adik aku bertanya.. 'tadi pergi pasar malam ngan awek cantik kan?'
    'apesal tak singgah ke rumah?' satu pertanyaan dan cadangan adik aku kepada aku
    yang membuatkan aku meremang bulu roma
    aku terus bertanya 'die pakai baju ape?'
    adik aku jawab.. 'baju putih'
    'fakkk' aku pergi seroang diri dan balik seorang diri
    betul kata orang tua-tua.. bebudak yang hatinya bersih dapat melihat benda camtu
    ****
    teringat kejadian dahulu.. semasa di Felda serting 2
    kebanyakkan adik-adik aku diganggu
    mereka meracau keseorangan.. dan membuatkan aku hangin..
    hendak saja aku menampar atau menyiram air...
    kejadian itu mengingatkan aku kepada ayah aku
    yang memarahi aku dahulu
    ** flashback
    'ko ngigau lagi.. ko duduk luar' kata ayah aku kepada aku
    aku keliru.. 'apehal aku dimarahi?'
    ** flashback
    aku tidak jadi menampar.. aku biarkan die meracau sensorang..
    itu lebih baik..
    teringat aku.. dulu aku suka balik malam..
    tgk orang merempit.. huha sana sini
    pastu aje balik umah.. aku masuk rumah sendiri..
    (takkan rumah sendiri tak ada 'backdoor')
    pastu aku ke ruang tamu..
    kelihatan sesusuk tubuh tersenyum berdiri tegak dengan muka pucat
    'fakk .. apehal adik aku nih.. die tahu ke aku isap rokok..
    lantak la.. buat tak tau sudah..'
    'adik' aku yang 'tersenyum' itu terus memandang aku
    disebabkan aku tak mahu mak bapak aku tahu aku merokok
    (time tu aku muda gila.. tingkatan 3 rasanya..)
    aku terus ke bilik...
    dan tidur dengan lenanya...
    keesokkan hari.. aku tanya adik aku
    'ko wat ape duk situ memalam.. ?'
    sambil menunjuk kearah ruang tamu
    'mana ada orang duk situ.. gila ke ape?' balas adik aku
    'sapa la yang aku nampak malam tadi.. shyit'
    ***flashback
    dahulu semasa kami tidur diruang tamu(rumah time tu tak siap sepenuhnya)
    kitorang(adik beradik) tidur di hadapan tv..
    mak, abah.. dan adik adik.. sedang leka melayan cerita..
    kebanyakkan adik-adik aku tertidur
    tiba-tiba.. adik aku yang perempuan..
    bangun.. dan terus ke pintu hadapan..
    tangannya bagai dipimpin oleh seseorang yang tidak dapat kami lihat..
    kami tergamam didalam masa 4 langkah sebelum abah menyentap adik
    .. peh.. 'kalo abah takda time tu.. confirm kemana ntah adik aku'
    aku teruja dengan keberanian abah.. tapi abah garang sangat..
    tu yang aku selalu kuar malam tu.. menghiburkan hati..
    kenkadang teringat juga peristiwa piano..
    ***kisah ibuku..
    dulu emak belikan aku piano mainan.. time tu aku ada 3 beradik aje..
    satu hari tu.. piano hilang... aku buat tak tau ajela..
    sampai disatu hari.. bila emak dah tau aku
    ber'ilmu' sedikit.. mak pun bukak cerita..
    'dulu ko ingat tentang piano?' kata emak.
    'ingat.. tapi apesal dah takda mak?' kata aku..
    'malam masa ko kecik tu.. abah ko kata ada orang bunian main piano ko' balas emak
    '??' aku tergamam
    'bapak ko dah suruh dah.. 3 kali suh jangan main..
    ''benda'' tu main gak
    ' kata emak lagi
    'ko pun tahu abah panas baran.. abah g amik tukul besi..
    pi hentak piano ko sampai hancur' pastu dah.. senyap..

    sekarang aku pk abah.. die dah tak garang.. skang lebih 'cool'
    'lantak korang nak wat ape.. pk sendiri sebelum buat..'
    aku dulu agak garang.. mungkin terpengaruh ngan ajaran garang..
    tapi lepas masuk universiti.. aku dah 'cool'
    mungkin aku dah puas garang agaknya..

    bersambung... akan aku coretkan kisah ini sebagai
    memori yang tak dapat aku lupakan
    Read More

    Buku Permata yang Hilang

    Ini adalah iklan yang tidak berbayar
    aku telah berjaya mendapatkan buku cetakan 1995
    Naskhah Peribadi dari Kakak Linda kepada Nurul kepada Ani kepada Aku
    kredit pada 'scanner' rajaYeah..... memang berbaloi perjalanan hidup aku selepas ini..
    sekian sahaja..
    aku memahami perasaan penulis buku itu(Ibnu Yusof)...
    mereka berbisnes dan sambil berbisnes.. mereka menurunkan ilmu
    ada di kalangan kita yang mahu 'free' (termasuklah aku)
    semoga kamu(Ibnu Yusof) dilimpah rahmat kerana banyak
    ilmu disini.. ini bukan buku lucah.. ini buku 'masa depan'
    suka hati kamu nak cakap aku 'otak kotor' dan sebagainya
    cakaplah.. tapi ingat...
    'jangan kamu ludah.. kamu jilat balik'
    aku nak 'katam'kan dulu buku ini
    Herman Isa.. aku sudah ada buku hehehe

    selepas ini kita gembira..
    Read More

    Friday, January 25, 2008

    Today special knowledge.. learn english...

    i wanna try to improve my English,
    because i meet many foreigner in UTM,
    i got smoking partners from Libya and Indonesia,
    i also got a Iranian who talk English,

    you will feel ashamed,
    if you can't help them,
    so i decide to write in english,
    i also teach them to talk in 'malay'

    something simple..
    'hey look at that big spider..'
    and i just blank..
    what should i response..
    it take for 1-2 minutes(very fucking long time to response..)
    and i just open my mouth..
    'yeah.. it's a big spider' dot...

    wtf... i need to learn more and more English in communications
    even many blog in Malaysia write in English..

    and i find a place to translate my word to English word
    even it's broken English.. at least i try my best...
    you can go to this link[click here] (citcat)
    and you can learn from here [click here] (kamus.net)
    Read More

    Blogger template for all

    no need to worry about blogger template..
    all you need just find it
    and download it..
    but.. respect their work
    give credit to them..
    DO NOT REMOVE THEIR COPYRIGHT!!
    they sacrifice their time for us..
    for the beautiful template..
    ok.. enough talking crap
    ******
    to find all the best template creator
    just follow this link.. [click here]
    i guarantee that site provide the best info about
    all the blogspot template
    Read More

    Pagi tadi...

    pergi ke tempat kerja..
    ops lupa.. aku lupa.. skang aku part time driver,
    part time top-up seller, part time promoter,
    dll

    kena jemput pelanggan dahulu...
    hanta die ke tempat kerja..
    beres..

    sampai kat tempat ani..
    aku yang tidak menyabarnya.. membuat muka hangin..
    lambat.. aku yang lambat sebenarnya
    jadi untuk mengelakkan dari dimarah..
    aku buat-buat muka tertekan..

    pastu ani berkata..
    'ayg.. tadi kta baca buku permata yang hilang'
    'ape?' balasku..
    'buku permata yang hilang.. best..' kata ani

    dalam hati aku..
    'wtf.. aku cari buku tu gegila.. punyalah rare..
    sampai part2 lostjewel dah hilang.. sori herman..
    nasib kita serupa..'

    'woowooo' aku tak bleh menahan perasaan untuk memiliki buku yang 'rare'
    'nanti nak pinjam.. nak scan kat tempat raja'

    yeah... terkabul jua permintaan aku selama ini
    woooo
    Read More

    Bring the rain.... Download it and sleep

    specially for you nuffnanger

    just who like the naruto anime and want to direct download it
    naruto direct download

    the nuffnager who like the prison break and direct download it
    prison break direct download

    this link is for small ville die hard fan and direct download it
    small ville direct download

    if you want to request some movie. or song.. please put a comment.
    i will try to find it with google

    with the motto 'sharing is caring' ;p
    Read More

    Thursday, January 24, 2008

    Cara mencari dan download DVDRIP atau movie

    Okeh.. sebelum line internet anda terputus atau bekalan elektrik terpadam
    dan ingin membuang masa dengan mendownload

    Ebook, movie, majalah, ehem ehem dan lain lain..
    aku hanya syorkan anda mendownload movie.. kalo menda lain..
    cari sendiri

    sila klik disini untuk download movie 2008
    sila klik disini untuk download movie 2007
    Read More

    24.. 24... 24

    'damn' .... aku ini sudah tua...
    aku skang nak pk masa depan..
    nah ko jajan.. time ni lah mak bertanya..
    'bila nak bawak kawan balik umah'
    aku jawab.. 'tengok keadaan dulu'
    dan si dia bertanya
    'bila nak bawak ayg jumpa mak?'
    aku jawab..
    'tengok dulu keadaan camne.. cari hari yang sesuai..'

    diorang ni berpakat ke?
    sabar.. sabar.. tgh kumpul duit nih...

    ****

    aku plak tanya..
    'ayg.. bleh faisal nak anak kembar tiga..setahun pas kawin..
    dapat kembar terus.. kembar tiga...'
    die balas
    'uiiiiiiiiiiiiiiiiiiii banyaknya....'
    peh.. ni dilema umur 24..
    kerja,duit ngan rancangan kahwin..
    kena cari 'side income' lebih ni..

    aku pk anak aje.. kalo umur aku 27 dapat anak..
    umur 18 die mula isap rokok.. time tu umur aku 45..
    time tu kalo aku garang pun.. aku dah cool gila rasanya..
    dah tak marah-marah rasanya...

    kalo umur 25.. memang serabut kepala rasa..
    ahh.. ape yang aku fikirkan ini..
    Read More

    Wednesday, January 23, 2008

    My brain became blank, blur and stuck in the mud

    lambakan motor para pencari wang secara halal di Taman U, Skudai
    sebelum aku pergi ke tempat kerja..
    'orang lain cuti.. aku kerja' kata aku di dalam hati
    'lain kali buat kerja sampai siap.' balas hati aku kepada aku..aku merenung.. dan merenung..
    kenapa?.. idea membuat sistem ini tak terkeluar..
    aku jadi bosan...
    apesal ni.. otak aku kurang fokus...
    esok dateline.. doakan malam ni siap sempurna..
    aku mencari ilham lagi...
    *** 3 batang rokok habis
    damn.. apesal aku ini dipengaruhi nikotin
    aku ni teringat URC.. nak juga mencubanya.. tapi. takpe lah..
    mungkin ada orang lain yang nak cuba..
    gambar ini aku snap di tempat terlarang(tempat yang tak leh bawak kamera)
    aku sampai aje tempat kerja.. damn..
    lupa 'top-up' modal.. damn..
    lupa lagi nak masuk duit awek fit..
    apesal banyak sangat aku lupa nih...
    terus aku segerakan perkara yang aku lupa..
    pastu balik dan mencari ilham...
    sambil mendownload 'lostjewel' dari skim
    close up dan blind shot disatukan.. sebab debunga ini tinggi lebih dari aku.
    dan aku terlihat seekor tebuan sedang mencari madu..
    cian die.. time cuti die kerja...
    ilham pun tiba.. tapi zahari call.. 'cai aku nak pinjam blazer.'
    nampaknya.. aku terpaksa balik semula.. unutk mendahulukan apa yang penting..
    Read More

    Buku percuma untuk anda

    buku ini untuk tips dan nasihat didalam penjagaan kesihatan
    sesuai dibaca oleh semua peringkat umur
    sila download dan baca

    Read More

    Before i Sleep

    aku ke jusco...
    'damn.. writer's block'.. aku baca dari neraka2 tentang 'writer's block'
    * isap sebatang dua rokok untuk mencari ilham...

    ada satu produk.. urc rasanya..
    die bleh 'detect' kanser.. kira buat 'urine test' terhadap diri
    dan 'compare' ngan ton warna
    harganya RM 88..

    aku tanya.. 'ape website produk ni?'
    die jawab 'http://www.urinetestcancer.com'
    ni bleh la promosikan nih.. aku pun tengok template..
    sempat gak tangkap gamba..
    aku tanya.. ni promote kat mana lagi?
    dia kata.. 'Johor ngan KL..'

    coretan di bawah ini hanya sesuai bagi yang 'open'.. dan tak sesuai bagi yang
    berfikiran kotor
    ***
    kagum aku.. tapi aku lagi kagum kat seorang kakak(selayaknya)
    'saya tak puas hati ngan ayuzip ngan sensa' kata kakak itu
    'saya tak nampak pun keberkesanan die' sambungnya lagi
    lalu seseorang menjawab.. 'cuba leesa d'folia dan virile'
    situasi berbeza juga..
    'akak nak cakap sikit nih.. tongkat rapat tu bagus la
    suami akak tanya akak wat ape' kata seorang kakak berbangga

    ** situasi masyarakat..
    tiba-tiba seorang wanita menjerit.. meraung sambil
    memegang perut... dan diusung oleh rakannya
    manakala orang ramai melihat secara hairan
    aku fikir 'mungkin senggugut, apendik atau ulser perut'
    sebab aku pernah tersungkur apabila bangun dari katil
    pada fikiran aku 'aku sudah lumpuh ke ni?'
    cubaan bangun dan berjalan bongkok..
    peh sakit tak terkata.. itu pengalaman aku kena 'apendik' dahulu di Kolej 11

    ***
    'jom seven E.' kata raja kepada aku yang baru balik dari jusco
    'aku letih gila nih.. ko nak gi dulu gi.. ' kata aku separuh nyawa
    'ek eleh.. petang tadi ape cita.. petang ni blog dan ani sekalipun takleh kaco..
    sekali je ko hilang' kata raja memulang paku buah keras ke pada aku
    ***
    tahniah yazid kerana mencapai 97% pengunjung dari Malaysia
    memang kagum aku ngan yazid..

    mata aku merah-merah menahan ngantuk dan letih..
    aku hendak tidur.. tetapi tak sanggup tidur.. sebab ada 'internet free'
    dan aku berasa rugi jika tak menggunakannya secara maksimum
    'masa itu duit' adalah moto pada zaman sekarang..
    peh.. kali ketiga aku menhan sambil mengosok mata..
    ***
    'joe.. esok ko kerja x?' tanya aku pada si Joe
    'aku kerja' balas bahasa badannya

    fakk.. aku kalah pada godaan nafsu tidur..
    dan aku akan berangan diurut oleh perempuan yang ***
    Read More

    Tuesday, January 22, 2008

    Harga Saham Merudum..

    aku ada dengar harga saham merudum kat berita masa rehat kul 1.00 petang tadi
    teringat aku kat ise yang bekerja part time stock market..
    tu memang bidang dia..
    bangun pagi.. tengok graf.. kalo naik jual..
    dan tersenyum serta berkata 'jom piza rakan-rakan'

    hari ini suma jual saham..
    takut rugi.. memang hebat mereka..
    cuba baca kat sini
    tragedi 'panic selling' ini
    akan mencetuskan perubahan nilai mata wang..
    ya... inilah kuasa forex...

    'A decade after a credit crisis in Southeast Asia triggered an “Asian contagion” of stock market declines around the world, the credit crisis in the United States is now producing an “American contagion” to which no stock market seems immune.

    Heavy selling hit each Asian and European stock market as soon as it opened. Some of Asia’s easternmost exchanges, which had closed on Monday before the sharpest declines occurred in India and then Europe, suffered particularly steep drops.'


    'pulang paku buah keras' nampaknya.. yeah..mari kukuhkan ekonomi
    nampaknya mereka akan terasa kejatuhan ekonomi..
    dan negara yang bergantung sepenuhnya pada mereka juga akan terjunam...
    Read More

    Esok cuti thaipusam dan sedikit senarai harga barang kawalan

    semalam berbincang ngan en raja dan yazid tentang cuti
    esok cuti ke tidak nih?
    tapimengikut perkembangan semasa..
    esok cuti yeah

    dipetik dari UTUSAN

    'Thaipusam kini adalah hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula dengan perayaan tahun ini yang akan disambut Rabu ini.
    *****
    Sebelum ini, Thaipusam merupakan cuti umum hanya bagi Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.
    '

    teringat pulak tentang cuti yang telah aku habiskan..
    aku dah tak leh bercuti.. kena kumpul cuti balik.
    hari khamis & jumaat(7&8 feb) cuti yeah... 4 hari tu
    Semua Negeri kecuali Kelantan dan Terengganu

    sekarang sara hidup di Malaysia agak tinggi..
    terutama dikawasan bandar-wajib-berduit
    aku pernah bayangkan.. duk kat kampung ngan duk kat bandar
    beza gila..tapi aku prefer duk kat pinggiran bandar..
    dan ada internet... kerana bleh tgk tak berapa ramai gelagat
    manusia..kira kesederhanaan la jugak nih..
    jadi aku yang buta membeli ni tak amik tahu lansung pasal harga
    aku cari kat google..

    KPDNHEP(Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)

    senarai harga barang kawalan di Malaysia

    PETROL
    Semenanjung: 1 liter = RM 1.92
    Sabah: 1 liter = RM 1.90
    Sarawak: 1 liter = RM 1.91

    DIESEL
    Semenanjung: 1 liter = RM 1.581
    Sabah: 1 liter = RM 1.584
    Sarawak: 1 liter = RM 1.578

    GAS PETROLEUM CECAIR
    Semenanjung: 1 liter = RM 1.75
    Sabah: 1 liter = RM 1.83
    Sarawak: 1 liter = RM 1.83

    AYAM DAGING
    Ayam standard
    (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati & hempedal).
    Semenanjung: 1 kg= 6.00
    Sabah: 1 kg= 7.20
    Sarawak: 1 kg= 6.60

    aku pun cari.. ape itu barang kawalan?
    pastu jumpa la kat website yang sama..

    Barang Kawalan
    Barang-Barang Yang Diistiharkan Sebagai Barang-Barang Kawalan

    Barang-Barang Yang Telah Diistiharkan Sebagai Barang-Barang Kawalan Sepanjang Masa Dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

    # Kayu getah bagi Negeri-Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak
    # Gula kasar dan gula halus
    # Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair
    # Garam
    # Simen dan klinker
    # Tepung gandum
    # Minyak masak
    # Baja
    # Ubat serangga
    # Cuka getah atau apa-apa cuka lain yang digunakan untuk membekukan getah
    # Bar bulat keluli lembut
    # Minyak tanah
    # Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara
    # Beras dari semua jenis
    # Padi
    # Petrol, spirit motor dan gasolin motor dari semua gred
    # Bahanapi cecair
    # Gas petroleum cecair
    # Semua jenis roti
    # Minyak bahanapi
    # Ayam
    Read More

    Blog yang aku suka tgk

    aku suka yang membaca..
    dulu aku suka baca mastika.. itupun sebab abah aku beli.
    cita-cita misteri pun sama dan cita sains..
    jiwang aku tak minat..

    kalo surf internet
    aku suka cari tv series.
    movie ngan ebook
    aku selalu download cita yang aku dulu tak pernah tengok..
    masa kecik manala aku mampu nak gi tgk pameran dinasour..
    tgk tv aje la..
    kagum gak..
    skang dah kerja.. aku nak capai suma mimpi indah yang aku
    tak terfikir nak capai..
    syukur..

    aku suka magic.. dulu aku tak mampu nak beli bebarang magic..
    aku buat ga magic kat adik aku..
    tapi satu teknik aje la.. mengambil duit syiling seposen dari telinga..
    magic tu best.. dan buat adik aku kagum..
    levitation best gak.. cuba lawat http://bestmagicians.blogspot.com/

    a... memang hebat si cyril tu..
    aku paling kagum ngan si cyril.. die unik..
    yang lan tak seberapa sangat..
    die tak macam david copperfield..
    barry & stuart pulak makin ke arah dark magic. cedera-cederakan diri
    antara terbest la..

    T.H.E.M.. memang best..
    kalo nak diikutkan.. teknik magic diorang memang mengkagumkan..
    okeh.. sambung di lain hari di dalam preview blog

    aku menulis ni sebab nak cari idea session(coding) yang best

    ps..**
    suma blog kat side bar aku jadi indirect sifu aku semasa menulis..
    tima kasih suma sifuku
    Read More

    Kedai tengah yang...

    hari ni aku pergi membeli pataya di kedai tengah
    banyak aku blaja dari makcik kedai tengah payung..
    kamu tahu tak.. cerita orang lama?

    mari dengar cerita aku yang dimuat turun dari payung
    murtabak.. dulu.. orang Johor.. pada zaman 1960 an
    tak pakai pas gi 'woodlands' .. kamu tahu kenapa?
    sebab murtabak... aaa.. kat sana.. ada murtabak mariam..
    time tu itulah murtabak yang popular..

    makcik tu tak tau mariam tu nama orang atau 'meriam'
    zaman tu.. dari johor ke kota singa 'woodlands' Rm0.10..
    skang ni tak tahu la berapa..

    ramai orang johor(orang lama la) selalu pergi ke kota singa untuk
    berhibur.. sampai satu tahap.. apabila duit Rm0.20 tidak laku langsung.
    bagai sampah...(kisah dari orang lama ke aku..)
    time tu ramai boikot tak g ke kota singa..

    bermula masing-masing mencari kerja dan membina empayar
    ada yang berniaga.. ada yang kerja makan gaji..
    cuba bayangkan.. sejam 41 sen.. kilang gula.. anda mahu?
    10 jam.. Rm4.10... peh.. tak terlintas dalam fikiran aku..
    begitu susahnya orang lama nak cari duit.. kita patut bersyukur..

    tapi begitulah kehidupan..
    'semakin besar periuk nasi.. semakin banyak keraknya' kata si yazid
    dari pesanan orang lama..
    kebanyakan mereka yang bekerja di kilang gula mendapat tahu..
    kerja di kota singa bagus.. lumayan
    dan mak cik kedai tengah pernah disindir
    'camna la ko nak kaya.. sampai ke tua kat sini sahaja' kata si perempuan A
    'ape la yang ada kat kilang gula ni..' kata siperempuan B
    dan sampai ke perempuan Z yang berhenti kerja untuk mengejar
    nikmat di negara orang lain

    time tu. mak cik kedai tengah adalah anak dara..
    selepas pelbagai kawan die berhenti kerja..
    tinggal die seorang sahaja bangsa melayu...
    diam membisu seribu bahasa.. kerana disana semua bangsa cina
    'apa la diorang cakap nih.. satu ape aku tak paham' kata makcik itu pada mulanya
    tapi setelah sedikit lama masa berada disana..
    makcik tersebut belajar bahasa cina..
    ya.. ya tuan puan... ilmu itu lagi berharga dari duit
    dan makcik tersebut.. dapat berkata dalam bahasa cina..
    yes..

    selepas fasih berbahasa cina..
    makcik tersebut terjumpa seorang jejaka(suami die sekang)
    yang terer bahse inggeris.. dan belajar bahsa inggeris..
    begitu tekun sekali makcik itu belajar..
    cuma die rugi kerana tidak dapat belajar bahasa ibundanya..
    yang berasal dari thailand...

    sampai di satu tahap.. makcik tersebut mencapai gaji gred A
    diatas ketaatan kepada syarikat kilang gula itu
    zaman dulu RM 1500 dah besar gila..
    tiba tiba.. datang la kengkawan makcik tu..
    mencari kerja semula di kilang gula..
    seperti kata makcik tu..
    orang lama suka 'pulang paku buah keras'
    terhadap orang yang menghinanya dahulu

    bahasa 'pulang paku buah keras' orang lama yang sering digunakan oleh kita..
    'dulu ko ludah.. skang ko jilat balik'
    tengok.. betapa halus dan tajam seperti pisau
    menghiris hati

    dan akhirnya.. die berkata.. rezeki berada dimana-mana..
    pilih yang 1 atau pilih yang 9...
    atau pilih keduanya... sila sila.. tak bermakna anda bijak pandai
    anda akan memiliki segalanya..
    tak bermakna anda tak dapat belajar tinggi-tinggi anda tak boleh berjaya
    rezeki masing-masing.. dan masing-masing itu jika bercampur
    dengan penjual minyak wangi.. akan tertempias wanginya
    kesimpulannya..

    sekian sahaja pesanan muat turun dari orang lama kepada aku yang hina..

    ops.. sebelum itu.. sesapa nak save budjet elektrik
    kedai atau rumah dari (10%-50% penjimatan)...
    sila hubungi Syam(012-2606235)

    atau nak beli keta second hand..
    sila hubungi Syam(012-2606235)
    Read More

    Monday, January 21, 2008

    Photo Nikon S200 : Kehidupan Si Awan

    Awan itu indah apabila disimbah
    matahari dan bulan(pantulan cahaya matahari)
    tapi..... adakah malam ini akan hujan?
    awan itu menjadi tanda tanya kepada
    makhluk yang tak bleh terapung seperti mereka
    Read More

    Photo Nikon S200 : Kehidupan Si Gagak Hitam

    aku melepak melihat permandangan di seven e sambil
    membeli rokok untuk dijadikan santapan
    aku dan jin yang berada disekelilingku
    tiba-tiba aku terpandang gelagat dua ekor burung gagak hitam
    'mana ada gagak putih?.. tapi kalo ada bleh jual nih..'
    mereka kata
    'nanak kawan.. kamu ucuk.. sambil menoleh ke arah bertentangan'
    Read More

    Proton saga baru..

    aku nampak rata-rata blog cerita tentang proton saga
    hebat hebat.. aku sampai tertarik ngan ragam berita harianmemang cantik kartun itu.. mempunyai mesej yang dalam

    *
    *
    teringat aku di kala sibuk pagi semalam..
    aku tertelefon adik aku.. cadang untuk mengadu ngan ani
    memilih secara rambang nama di 'handphone' usang
    trutt.. trutt.. trutt.. kekks..
    'Hello... ayang... tak bleh masuk la...' kataku romantik habis
    adik aku balas 'ye ke? tak leh masuk?'
    aku jawab 'a ah.. tak leh masuk.. ni kecik sangat...'
    'ape yang tak leh masuknye?' kata suara itu bernada kehairanan
    'damn'.. aku tersilap dail nih..
    adik aku Aini nama die..
    'weh kem salam suma.. eh'
    die balas.. 'hahahahha.. geli aku denga ko panggil aku ayang..
    pastu cakap tak leh masuk'
    aku sudah kelam kabut..
    aku terdengar suara emak ngan abah seperti berada berhampiran
    adik aku yang ketawa terbahak bahak dan
    ingin berbual panjang..
    'ok ok.. takpe.. kem salam suma..jangan cita kat mak ngan abah' aku 'play safe'
    tutt.***

    aku bermimpi dibelai oleh seorang wanita yang bernama ani juga
    aku masih teringat padanya
    dan jikalau post ini dibaca oleh ani maka akan perang besar...
    maka aku sembunyikan..
    Read More

    Sunday, January 20, 2008

    Bagaimana membunuh rumput cara lembut

    permandangan di tepi pantai rambah yang best
    tapi tak bleh main pasir.. kerana ia ditambak dengan batu-batanaksi menambak di snap dari jauh... memang gambar agak kabur..
    sebab aku hanya ada kamera digital biasa.. uhuhuhuu
    aku mahu dslr macam yazidperistiwa pelepah sebatang pokok kelapa di ikat dengan paksa oleh seseorang yang nakal
    mungkin ia adalah pemuda serta pemudi yang membuat perjanjian
    sehidup semati pada malam itu..kenangan apabila sampai di pontian..
    melepak dan mengambil gambar pokokcubaan 'blind shot' sambil makan nasi lemak
    dengan harapan dapat tangkap gambar sosok ghaib
    di perking lot jusco sambil mengelak diketahui pak 'guard'
    disitudisini aku akan ceritakan bagaimana cara membunuh rumput secara
    lembut.. ini hasil dari kehidupan dengan persekitaran jiran yang
    masing-masing tidak bertegur sapa
    kau kau.. aku aku

    cara mudah untuk mengekang pertumbuhan rumput tanpa meracun
    dan tidak mencemarkan alam sekitar..
    hanya letak batu tar yang diambil dari projek-projek yang terbengkalai
    untuk kepentingan bersama..kedua.. pastikan anda mempunyai kadbod atau kayu perabot
    ambil ape-ape kadbod atau kayu-kayan yang ada di rumah..
    kalo bleh amik 'playwood'
    tutup suma rumput yang ada..bagi seseorang yang pemalas.. ia adalah tindakan yang efektif dan berkesan
    dalam menangani masalah rumput yang tak terkawal
    ini adalah 'Mutiara Malam'.. ini adalah untuk perempuan yang
    berumur 28 dan telah berkahwin... ingat tu.. yang telah berkahwin sahaja..
    tak sesuai untuk gadis ..empat biji sahaja.. berharga Rm 9.50..
    memang berbaloi untuk isteri isteri yang mahu kelainan di waktu malam
    Read More

    Best Downloader

    The best downloader .. download and try it now..

    Orbit Downloader, leader of download manager revolution,
    is devoted to new generation web (web2.0) downloading,
    such as video/music/files from Myspace, YouTube, Imeem,
    Pandora, Rapidshare. And to make general downloading easier and faster.

    * 1. Download social music, social video and streaming media
    * 2. Extreme download acceleration.
    * 3. Super Light: micro-sized and resource-friendly
    * 4. Support RapidShare download.
    * 5. Support IE, Firefox, Maxthon, Opera.
    * 6. Support Metalink download.
    * 7. Support HTTP, HTTPS, FTP, MMS, RTSP and RTMP protocols.
    * 8. Support Proxy server configuration.
    * 9. Support download pasue and resume.
    * 10.General download management.

    System requirements
    # In order to use Orbit downloader,
    you must have one of the following operating systems and browsers
    installed on your computer: 64 MB of RAM
    # 6 MB of free disk space
    • Microsoft Windows
    • NT /2000 /XP /2003 /Vista
    • Support
    • ieInternet Explorer 5.0 and above,
    • firefoxFireFox 1.5 and above [includefirefox3FireFox3(Gran Paradiso)],
    • operaOpera,
    • maxthonMaxthon
    • netscapeNetscape
    Read More

    Recent Post

    © 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena