Sunday, February 24, 2008

Syarat pasang iklan pilihan raya

Parti-parti politik diingatkan supaya tidak memasang apa-apa iklan pilihan raya termasuk poster, bendera dan sepanduk merintangi jalan, lorong dan lebuh raya kerana ia merupakan satu kesalahan.

iklan pilihan raya juga tidak dibenarkan dipasang di jalan-jalan protokol di seluruh ibu negara, Dataran Merdeka dan semua taman-taman awam.

***Jalan-jalan protokol ialah Jalan Parlimen, Lebuh raya Persekutuan, Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Dato' Onn, Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Ismail, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Ampang, Jalan Raja dan Jalan Raja Laut.

Iklan-iklan itu juga tidak dibenar dipasang menggunakan gam, paku atau pelekat lain di pokok-pokok, dinding bangunan, papan tanda jalan, tiang lampu dan pembahagi jalan.

Turut tidak dibenarkan ialah pada jejantas, jambatan, tembok keselamatan sungai, dinding terowong, struktur perhentian bas, pondok telefon awam, kios dan gerai penjaja dan struktur milik Tenaga Nasional Berhad (TNB)

More...

0 Comment and put their link:

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena