Tuesday, January 22, 2008

Esok cuti thaipusam dan sedikit senarai harga barang kawalan

semalam berbincang ngan en raja dan yazid tentang cuti
esok cuti ke tidak nih?
tapimengikut perkembangan semasa..
esok cuti yeah

dipetik dari UTUSAN

'Thaipusam kini adalah hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula dengan perayaan tahun ini yang akan disambut Rabu ini.
*****
Sebelum ini, Thaipusam merupakan cuti umum hanya bagi Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.
'

teringat pulak tentang cuti yang telah aku habiskan..
aku dah tak leh bercuti.. kena kumpul cuti balik.
hari khamis & jumaat(7&8 feb) cuti yeah... 4 hari tu
Semua Negeri kecuali Kelantan dan Terengganu

sekarang sara hidup di Malaysia agak tinggi..
terutama dikawasan bandar-wajib-berduit
aku pernah bayangkan.. duk kat kampung ngan duk kat bandar
beza gila..tapi aku prefer duk kat pinggiran bandar..
dan ada internet... kerana bleh tgk tak berapa ramai gelagat
manusia..kira kesederhanaan la jugak nih..
jadi aku yang buta membeli ni tak amik tahu lansung pasal harga
aku cari kat google..

KPDNHEP(Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)

senarai harga barang kawalan di Malaysia

PETROL
Semenanjung: 1 liter = RM 1.92
Sabah: 1 liter = RM 1.90
Sarawak: 1 liter = RM 1.91

DIESEL
Semenanjung: 1 liter = RM 1.581
Sabah: 1 liter = RM 1.584
Sarawak: 1 liter = RM 1.578

GAS PETROLEUM CECAIR
Semenanjung: 1 liter = RM 1.75
Sabah: 1 liter = RM 1.83
Sarawak: 1 liter = RM 1.83

AYAM DAGING
Ayam standard
(disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati & hempedal).
Semenanjung: 1 kg= 6.00
Sabah: 1 kg= 7.20
Sarawak: 1 kg= 6.60

aku pun cari.. ape itu barang kawalan?
pastu jumpa la kat website yang sama..

Barang Kawalan
Barang-Barang Yang Diistiharkan Sebagai Barang-Barang Kawalan

Barang-Barang Yang Telah Diistiharkan Sebagai Barang-Barang Kawalan Sepanjang Masa Dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

# Kayu getah bagi Negeri-Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak
# Gula kasar dan gula halus
# Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair
# Garam
# Simen dan klinker
# Tepung gandum
# Minyak masak
# Baja
# Ubat serangga
# Cuka getah atau apa-apa cuka lain yang digunakan untuk membekukan getah
# Bar bulat keluli lembut
# Minyak tanah
# Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara
# Beras dari semua jenis
# Padi
# Petrol, spirit motor dan gasolin motor dari semua gred
# Bahanapi cecair
# Gas petroleum cecair
# Semua jenis roti
# Minyak bahanapi
# Ayam

0 Comment and put their link:

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena