Saturday, January 26, 2008

Gloomy Sunday Activity(menyingkap memori usang)

====ruangan iklan====
AutoRuns for Windows v9.02
download it..

Download Autoruns and Autorunsc (490 KB)
kredit: http://technet.microsoft.com

====ruangan iklan====

sambung cerita.. aku gi daftar kat jomlayan.com
pastu aku tertarik pada forum kisah koleksi hantu himpit
aku pun ceritalah pasal aku kena hempap dahulu kala..
itulah timbul idea cerita hantu himpit/hempap/pervert nih

dulu aku kena hempap ngan hantu budak-budak...
ceritanya begini..
***
aku praktikal kat fsksm,utm dan mendapat satu kolej lama..
kat M16.. aku duduk di bilik single.. tapi aku tumpang member aku..
kira bilik makin sempit.. maklum lah.. praktikal tanpa bayaran
malam itu.. aku tidur bersama rakan aku.. bukan tidur sekatil..
die katil sebelah, aku katil sebelah
pintu bilik terbuka sedikit.. kawan aku kata 'panas..'
aku pun buka.. malam aje.. aku tergerak nak tutup pintu tu..
baru aje nak bangun.. 'buppp' hempapan yang membuatkan aku tersadai kelemasan..
semua anggota badan aku tak dapat nak digerakkan
aku nampak kaki kanan aku.. aku cuba gerakkan.. tak bleh gak..
aku cuba menjerit..(tapi macam hati aku aje yang menjerit)
mulut tak dapat dibuka...
lama jugak aku berhempas pulas keseorangan..
aku cuba menentang.. hasilnya gagal sama sekali..
aku pasrah...dan hilaian ketawa kanak-kanak yang dalam lingkungan 2-4 orang
jelas kedengaran di telinga..
'fakk' aku menyerah kalah

keesokkan paginya.. aku cerita kepada rakan aku itu..
dan die pun menceritakan perkara yang hampir serupa..
kami diganggu secara beregu.. 'damn'
bukan itu sahaja kisah hempapan aku...

aku balik ke negeri sembilan...
dan adik aku bertanya.. 'tadi pergi pasar malam ngan awek cantik kan?'
'apesal tak singgah ke rumah?' satu pertanyaan dan cadangan adik aku kepada aku
yang membuatkan aku meremang bulu roma
aku terus bertanya 'die pakai baju ape?'
adik aku jawab.. 'baju putih'
'fakkk' aku pergi seroang diri dan balik seorang diri
betul kata orang tua-tua.. bebudak yang hatinya bersih dapat melihat benda camtu
****
teringat kejadian dahulu.. semasa di Felda serting 2
kebanyakkan adik-adik aku diganggu
mereka meracau keseorangan.. dan membuatkan aku hangin..
hendak saja aku menampar atau menyiram air...
kejadian itu mengingatkan aku kepada ayah aku
yang memarahi aku dahulu
** flashback
'ko ngigau lagi.. ko duduk luar' kata ayah aku kepada aku
aku keliru.. 'apehal aku dimarahi?'
** flashback
aku tidak jadi menampar.. aku biarkan die meracau sensorang..
itu lebih baik..
teringat aku.. dulu aku suka balik malam..
tgk orang merempit.. huha sana sini
pastu aje balik umah.. aku masuk rumah sendiri..
(takkan rumah sendiri tak ada 'backdoor')
pastu aku ke ruang tamu..
kelihatan sesusuk tubuh tersenyum berdiri tegak dengan muka pucat
'fakk .. apehal adik aku nih.. die tahu ke aku isap rokok..
lantak la.. buat tak tau sudah..'
'adik' aku yang 'tersenyum' itu terus memandang aku
disebabkan aku tak mahu mak bapak aku tahu aku merokok
(time tu aku muda gila.. tingkatan 3 rasanya..)
aku terus ke bilik...
dan tidur dengan lenanya...
keesokkan hari.. aku tanya adik aku
'ko wat ape duk situ memalam.. ?'
sambil menunjuk kearah ruang tamu
'mana ada orang duk situ.. gila ke ape?' balas adik aku
'sapa la yang aku nampak malam tadi.. shyit'
***flashback
dahulu semasa kami tidur diruang tamu(rumah time tu tak siap sepenuhnya)
kitorang(adik beradik) tidur di hadapan tv..
mak, abah.. dan adik adik.. sedang leka melayan cerita..
kebanyakkan adik-adik aku tertidur
tiba-tiba.. adik aku yang perempuan..
bangun.. dan terus ke pintu hadapan..
tangannya bagai dipimpin oleh seseorang yang tidak dapat kami lihat..
kami tergamam didalam masa 4 langkah sebelum abah menyentap adik
.. peh.. 'kalo abah takda time tu.. confirm kemana ntah adik aku'
aku teruja dengan keberanian abah.. tapi abah garang sangat..
tu yang aku selalu kuar malam tu.. menghiburkan hati..
kenkadang teringat juga peristiwa piano..
***kisah ibuku..
dulu emak belikan aku piano mainan.. time tu aku ada 3 beradik aje..
satu hari tu.. piano hilang... aku buat tak tau ajela..
sampai disatu hari.. bila emak dah tau aku
ber'ilmu' sedikit.. mak pun bukak cerita..
'dulu ko ingat tentang piano?' kata emak.
'ingat.. tapi apesal dah takda mak?' kata aku..
'malam masa ko kecik tu.. abah ko kata ada orang bunian main piano ko' balas emak
'??' aku tergamam
'bapak ko dah suruh dah.. 3 kali suh jangan main..
''benda'' tu main gak
' kata emak lagi
'ko pun tahu abah panas baran.. abah g amik tukul besi..
pi hentak piano ko sampai hancur' pastu dah.. senyap..

sekarang aku pk abah.. die dah tak garang.. skang lebih 'cool'
'lantak korang nak wat ape.. pk sendiri sebelum buat..'
aku dulu agak garang.. mungkin terpengaruh ngan ajaran garang..
tapi lepas masuk universiti.. aku dah 'cool'
mungkin aku dah puas garang agaknya..

bersambung... akan aku coretkan kisah ini sebagai
memori yang tak dapat aku lupakan

4 Comment and put their link:

Anonymous said...

bang...hari ni SATURDAY kenapa gloomy SUNDAY...bang...jari lain ke menaip ni...heheh...

Anonymous said...

peh.. aku workoholic betul...
memang tak menyabar nak kerja esok.. lol...

Anonymous said...

he he he kengerian + ketakutan aku chai... ape-ape pun, hidop mesti terus. call gua 013-9146115

aiyrie said...

wah!!!
banyak kisah ko dan hantu.
aku tak penah pulak dihantui oleh hantu2 ni.
Masa kat asrama dulu, ada la jugak 2-3 kes budak kena rasuk, tapi, tetiap kali nak ada kes, aku mesti ngantuk awal n tido dengan nyenyak skali.

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena