Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Saturday, July 05, 2008

Kelebihan Akaun Premium Rapidshare

kat mana nak beli akaun rapidshare? sapa ada jual akaun rapidshare?
cakap tak guna.. ini bukti untuk anda tahu mengapa orang tercari-cari akaun rapidshare.. jika anda ada paypal.. anda boleh beli dengan harga 6.99 euro lebih kurang RM36
atau anda boleh deal dengan beberapa ym id untuk membeli akaun rapidshare dari diorang

premzy_24 RM 20, RM 28
rapidkid2007 RM 25

ini adalah list yang aku tahu memberi harga murah
Read More

Sunday, March 30, 2008

Sunday, March 23, 2008

Duit syiling malaysia Dua puluh sen 1967/1967 malaysia coins 20 cent

klik gambar untuk besar
gambar dibawah adalah duit syilling yang dicipta pada tahun 1967
Read More

Info kepada pemilik kereta : Part 1

Credit: kimmy_ky / ehoza.com

sebelum anda membeli kereta..
anda harus tahu tentang kejadian yang bakal anda hadapi..
disini saya letak info untuk anda..

INFO UNTUK PEMILIK KERETA (BAHAGIAN PERTAMA)
TERUTAMANYA UNTUK ORANG POMPUAN RAMAI YANG TIDAK TAHU RUPANYA… BACALAH…

(Bahagian 1)

1. PASAL ‘TARIK’ KERETA


Sebenarkan pihak bank sendiri yang memberikan data-data (butir-butir pemilik kereta yg gagal jelaskan‘installment’ bulanan kereta) kepada 'geng' tarik kereta ni..

hanya dari dlm kereta dgn membawa laptop, mereka dpt 'trace' everything mana-mana kereta dgn hanya menaip no pendaftaran kereta.. seluruh Malaysia ..

menurut kawan saya yg buatpart time jual kereta 2nd hand ni, sepatutnya bilainstallment kereta dah tertunggak 3 bulan 2 minggu baru lah bank boleh keluarkan surat tarik kereta tu.. kalau dah tertunggak 2 bulan lebih biasanya bank akancall atau hubungi kita..

bila kereta dah kena tarik, ada tempoh 21 hari (3 minggu) sebelum kereta tersebut dijual secarapublic auction (lelongan awam). Boleh ambil balik kereta yg kena tarik tu dgn membayar kpd bank 2 atau 3 bulaninstallment yg tertunggak tu +‘interest’ (bank akan kenakan faedah harian terhadap‘installment’ kereta jika lewat membayar ; bank bumi 8% sehari) + duit upah tarik (biasanya RM500 - RM700) dan duit upah simpan kereta kat stor (RM10 - RM15) sehari..

kalau installment bulanan kereta anda tertunggak 3 bulan ++.. tiba-tiba anda terjumpa dgn ‘geng’ tarik kereta di jalanan, janganpanic.. pada peringkat ini anda sebenarnya masih boleh berunding dgn ‘geng’ tarik kereta ni.. tindakan anda..

i) minta dari mereka surat akuan dari bank yg menyatakan kereta anda telah tertunggak 3 bulan ++..
ii) biasanya mereka akan meminta anda mengikut mereka ke bank utk membayar 2 bulan duit installment kereta yg tertunggak & sedikit duit kopi utk mereka (biasanya RM250 - RM400)..
iii) sila telefon, minta la bantuan kecemasan 999 kat sapa2.. pinjam dulu duit kat mak cik pak cik @ sedara mara atau kawan2office anda (jangan lupa bayar balik ; jangan malu utk bagitau keadaan anda sebenar..) Insyaallah kereta tu masih boleh diselamatkan. .
Read More

10 Makanan yang Anti-kolesterol

1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.
Read More

Tamadun Petroleum

Kalo aku kata petroleum kat perut bumi ni semakin susut ko percaya?
pasni tamadun nuklear pula.. ko percaya?
mencari bahan bakar..

aku letak petikan forum di ehoza.
best gak ehoza nih.. matang aje suma..

rujukan : More>>>

Satu ulasan yang menarik utk dibaca dan difikirkan... no wonder Iran dah
start buat nuklear powerplant walaupun US tekan die, orang yang jenis
berfikir, camtur ler...

Sejak hampir lima tahun yang lalu saya telah menulis secara konsisten
tentang masalah bahan bakar minyak petroleum. Secara jujur saya telah cuba
menyedarkan seramai mungkin warga untuk memahami satu hakikat: minyak
dalam dunia ini telah susut. Banyak telaga minyak telah kering. Minyak
yang telah dibakar tidak akan ada penggantiannya.

Saya juga telah mendedahkan dan cuba menerangkan apa yang dipanggil PEAK
OIL THEORY/TEORI PUNCAK MINYAK. Teori ini mengajukan pandangan bahawa pada
satu jangka masa pengeluaran hasil bahan bakar petroleum berkembang tinggi
hingga sampai ke satu puncak. Sesudah sampai ke puncak ini maka
pengeluaran bahan bakar ini akan terus menurun berkurangan.

Teori ini diasaskan oleh M.King Hubbert pada tahun 1956. Berdasarkan teori
ini, M. Hubbert telah meramalkan di antara tahun 1965 ke 1970 pengeluaran
bahan bakar petroleum di Amerika Syarikat akan sampai ke puncak. Apabila
mencecah puncak ini maka pengeluaran galian petrol di Amerika akan terus
berkurangan. Ramalan Hubbert ini cukup tepat. Pada tahun 1970, Amerika
wajib menjadi negara pengimport minyak.

Teori Puncak Minyak ini juga telah meramalkan banyak negara-negara
pengeluaran minyak dalam dunia ini telah melintas puncaknya. Mesir: 1987,
Perancis: 1988, Jerman: 1966 Iran: 1974, India: 1997, Indonesia: 1991,
Jepun: 1932 , Libya: 1970, Mexico: 2003,New Zealand: 1997, Nigeria: 1979,
Norway: 2000, Oman: 2000, Russia: 1987,Syria: 1996 ,Tobago:
1981,Venezuela: 1970, UK: 1999 dan Amerika Syarikat: 1970. Ada di antara
negara ini masih lagi mengeluarkan minyak tetapi dari tahun ke tahun
jumlah tong yang di hasilkan semakin kurang.

Hubbert Peak Theory tidak pernah dipertikaikan. Apa yang selalu
ditimbulkan hanya perbezaan tarikh. Ada geologis yang telah menyatakan
bahawa dunia telah melintasi zaman puncak minyak pada tahun 2005 yang
lalu. Ada pula yang meramalkan bahawa puncak minyak akan sampai di antara
tahun 2020 ke tahun 2030. Tetapi pada hakikatnya semua pakar geologis ini
menerima pakai bahawa bahan bakar ini semakin susut, berkurangan
pengeluaran dan akhir akan habis. Ini bermakna akan berakhirlah Tamadun
Petroleum.

Habis di sini bukan bermakna tidak ada lagi minyak dalam perut bumi. Zaman
Batu berakhir bukan bermakna batu telah habis. Minyak masih ada dalam bumi
tetapi tidak lagi ekonomik untuk mengambilnya keluar. Minyak ialah tenaga.
Akan sampai masanya nanti untuk mengeluarkan satu tong minyak dari perut
bumi kita memerlukan membakar lima atau sepuluh tong minyak. Ini tidak
berbaloi dan tidak ekonomik.

Pada pagi 2hb Januari 2008 harga satu tong bahan bakar petroleum telah
mencecah 100 dolar di pasaran dunia. Pada petangnya harga telah menurun
sedikit. Ketika saya menulis ini harga satu tong ialah 99.68 dolar. Saya
tidak terperanjat apabila melihat harga minyak naik menjadi 100 dolar
untuk satu tong. Dalam tulisan tulisan saya yang lalu saya juga telah
beberapa kali meramalkan harga bahan bakar ini akan terus naik.

Apa yang memeranjatkan saya ialah kenyataan yang keluar dari Parti
Keadilan Rakyat yang menyatakan jika parti ini memerintah maka harga
minyak akan diturunkan. Untuk saya ini hanyalah kenyataan orang yang tidak
tahu tentang Teori Puncak Minyak dan tidak sedar bahawa tamadun dunia hari
ini adalah Tamadun Petroleum.

Harga minyak

Sama juga dengan susulan jawapan dari Najib Razak seorang pemimpin dari
parti United Malay National Organisation. Najib mengatakan negara ini akan
bankrap jika harga minyak diturunkan. Orang yang bernama Najib ini tidak
sedar semenjak bila pula negara kita ini tidak bankrap.

Susuk-susuk yang mengeluarkan kenyataan ini tidak memahami tanda dan makna
perang di Iraq, perang di Darfur atau perang di Sudan. Mereka juga tidak
membaca dan memahami makna ‘war on terrorism’ sebagai dasar luar negara
Amerika Syarikat. Mereka juga tidak memahami kenapa Hamid Karzai menjadi
penghulu di Kabul. Atau kenapa ada sebuah kapal minyak yang bernama
Condoleezza Rice.

Kedua-dua kumpulan parti politik ini tidak memahami bahan bakar petroleum.
Mereka ini adalah sesat lagi menyesatkan. Kedua-dua kumpulan ini TIDAK
jujur. Mereka adalah politikus yang hanya bercita-cita untuk berkuasa
tetapi tidak memiliki apa-apa di antara dua telinga mereka. Cakap mereka
itu bertujuan memancing undi dan mencari untung politik jangka pendek.

Dalam agenda bahan bakar minyak saya menolak kedua-dua kenyataan tersebut.
Mengikut pandangan parti Keadilan jika United Malay National Organisation
telus dalam memberikan perincian perbelanjaan dan pendapatan dari syarikat
Petronas maka harga minyak akan dapat ditampung. Jika tidak ada pembaziran
dari duit jualan minyak maka harga minyak akan terus dapat disubsidi.

Parti Keadilan tidak sedar dalam masa tidak lebih dari 10 tahun bahan
bakar minyak di persisiran laut kita akan habis. Untuk berhujah, kita
anggaplah mereka dapat mengambilalih kerajaan. Dalam penggal ke-3
pentadbiran Barisan Rakyat minyak habis. Barisan Rakyat adalah satu
pentadbiran yang telus, tidak rasuah dan jujur. Bila minyak habis, mereka
juga tidak dapat tidak akan menaikkan harga minyak. Ini hukum yang
saintifik. Jadi cakap-cakap harga minyak hendak diturunkan itu, tidak
mungkin dapat dilakukan.

Kenaikan harga bahan bakar minyak ini tidak ada sangkut paut dengan
ketelusan kerajaan atau terpaparnya secara terperinci pendapatan dari
Petronas. Harga minyak naik kerana minyak dalam dunia ini telah habis.
Kenapa sukar sangat untuk memahami hakikat ini.

Kerajaan dalam bentuk apa sahaja – komunis, sosialis, kapitalis, Marxis,
Anarkis, Geuvarist, Stalinist, Sosial Demokrat, Islamik, Syiah, Demokrat,
Katholikus, Sembahyangist, Hindu, Buddha - kerajaan ada agama, tak ada
agama, kerajaan rasuah, kerajaan telus lagi jujur, kerajaan alim lagi
warak – semuanya akan menaikkan harga minyak. Inilah yang wajib
diterangkan kepada orang ramai secara telus dan jujur.

Maklum pada orang ramai

Juga wajib diterangkan kepada orang ramai:

Hari minyak habis dalam dunia ini akan sampai. Apabila minyak habis ia
akan membawa bencana besar dan huru-hara terutama negara yang banyak
bergantung pada minyak. Kehabisan minyak akan sampai seperti kereta kita
kehabisan minyak. Masanya datang serta merta dengan tiba-iba. Yang paling
teruk kena bantai apabila minyak habis ialah semua hal ehwal pengangkutan.

Untuk meredakan keadaan minyak habis yang datang secara mendadak kita
memerlukan dan mengambil masa untuk membuat persediaan. Kerana itu
pemimpin kerajaan dan politikus dari semua kumpulan wajib membaca Peak Oil
Theory. Kesedaran minyak akan habis wajib diberitahu kepada orang ramai
sekarang.

Sekurang kurangnya 20 tahun diperlukan oleh kerajaan untuk membuat
persediaan berhadapan dengan hari minyak habis. Kerajaan, industri dan
para pengguna wajib sama-sama memahami hakikat ini. Tidak dapat tidak akan
berlaku kacau bilau, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia
apabila minyak habis.

Saya tidak nampak satu dasar penggunaan bahan bakar petroleum yang tepat
dan betul yang sedang diajukan baik dari parti kerajaan ataupun dari
Barisan Rakyat. Semua dasar yang mereka ajukan adalah dasar jangka pendek
yang digunapakai untuk menipu rakyat. Subsidi atau menaikkan harga bukan
jawapan untuk berhadapan dengan zaman kehabisan minyak.

Saya mengajukan satu perubahan struktur budaya hidup yang baru. Mengubah
secara struktural dan meninggalkan gaya hidup yang kita guna pakai hari
ini. Budaya konsumer dalam tamadun petroleum ini telah nazak dan wajib
ditinggalkan.

Orang ramai wajib digalakkan dari hari ini untuk tidak menggunakan kereta
persendirian dan beralih kepada sistem pengangkutan awam. Basikal perlu
digunakan kembali seperti di zaman ayah dan datuk kita membesar. Hentikan
kilang-kilang yang pengeluaran produk-produk yang tidak berguna dan bukan
asas untuk hidup.

Kota dan bandar kita wajib dapat menampung dan mengeluarkan bahan makanan
sendiri. Makanan tidak perlu diambil dari kawasan yang jauh atau diimport.
Setiap warga wajib tahu hal pertanian. Tanaman yang diusahakan untuk
makanan dan bukan untuk spekulasi mengumpul modal. Siapa bertanam maka
mereka dapat makan.

Tempat kita bekerja pula tidak harus jauh dari tempat kita tinggal.
Rumah-rumah yang kita dirikan bukan gua-gua batu yang memerlukan alat hawa
dingin. Rumah adalah tempat kita berteduh dari hujan dan panas – kembali
kepada asas. Penggunaan kuasa leterik dalam bangunan dan dalam rumah kita
seharusnya pada asas yang paling minimum. Kota-kota kita tidak perlu
disaluti dengan lampu neon yang mengiklankan hampeh-hampeh dan membazirkan
tenaga leterik. Minyak, gas dan arang batu yang tidak miliki wajib dijaga
dan di pergunakan dengan cermat.

Ekonomi yang berasaskan dolar wajib kita tinggalkan sekarang. Dolar adalah
simbol tamadun petroleum. Semenjak tahun 1970-an bilamana Amerika dan
Saudi Arabia menjadi sahabat karib maka dunia telah dipaksa menggunakan
dolar dalam hal jual beli minyak. Kita semua dan rakyat dunia telah ditipu
dengan kertas hijau yang dicetak oleh Amerika. Kertas hijau ini tidak
memiliki apa apa nilai dan zat untuk dimakan. Malah kertas jamban lebih
bernilai dan boleh digunakan berbanding dengan dolar Amerika.

Sekali pandangan apa yang saya ajukan ini sebagai cakap yang TIDAK masuk
akal. Ianya tidak masuk akal kerana apa yang saya nyatakan ini dibaca
dalam tahun 2008. Bayangkan pada tahun 2020 atau tahun 2025 , berapa dolar
agaknya harga satu tong petroleum? Bayangkan juga sepuluh tahun dari hari
ini apabila telaga minyak kita kering. Dari mana hendak dicari dana
subsidi untuk menampung pengurangan harga minyak?

Kepada semua politikus dari semua parti politik sila kaji dan fahami
tentang Tamadun Petroleum dan kajian teori M. King Hubbert. Jangan menjadi
pemalas. Jika tidak tahu apa yang saya tulis ini sila tanya Pak Cik saya
Lebai Google.

Rujukan:-
http://en.wikipedia.org/wiki/Hubbert_peak_theory
Read More

Kisah Asan anak To' Rambai aka ASTORA JABAT

Kuala Lumpur : Penulis ruangan agama akhbar Utusan Malaysia yang paling kontroversi Astora Jabat, telah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti menulis perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam Islam. Menurut sumber MAIJ, fatwa tersebut dikeluarkan berikutan tulisan-tulisan Astora, atau nama sebenarnya Asan anak To' Rambai dari kampung Jabat Narathiwat selatan Siam, amat mengelirukan, sesat lagi menyesatkan.

Astora, seorang wartawan yang bias, berkepentingan dan penjilat, sebelum ini dalam tulisannya telah mengatakan Firaun ada yang baik dan ada yang jahat. Selain Nabi Musa a.s. yang dianggapnya sebagai Firaun, beliau menamakan Dr. Mahathir sebagai Firaun baik. Di atas ketelanjurannya itu, apabila diasak diminta bukti siapakah Firaun baik di sepanjang sejarah, beliau hanya memberi contoh Laith Pharaon, seorang juara lumba bot laju dari Arab Saudi sebagai Firaun baik. Astora juga dalam tulisannya pernah membahagikan hukum aurat wanita kepada mughallazah dan mukhaffafah (seperti pembahagian hukum najis dalam fiqah).

Menurut seorang guru agama, pengdapat dangkal Astora itu tidak pernah dibicarakan langsung sejak zaman Imam Syafie, Imam Ghazali, hinggalah para ulama Islam kini. Seorang wartawan yang mendakwa rapat dengannya memberi tahu,, "hujah 'pakai hentam' beliau itu hanyalah sekadar untuk menghalalkan perlakuan isteri beliau berbangsa Morocco yang tidak pernah menutup aurat sebagaimana seorang wanita Islam". Tuliasn Astora yang sangat merbahaya ialah pendapat beliau yang menyokong ISA. Demi untuk mengampu, beliau sanggup membuat fitnah yang sangat dahsyat apabila mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW menggunakan ISA (akta keselamatamn dalam negeri) untuk membendung pengganas.

Pendapat terbaru beliau ialah cadangannya agar dihapuskan sekolah beraliran agama. Seorang bekas pemberita akhbar Utusan menyatakan, "kita harus faham bahawa Astora ini berasal dari bangsa Patani yang hidup merempat, tertindas dan sentiasa hidup dalam buruan di bawah kerajaaan Budha Siam. Apabila dia beroleh sedikit kesenangan bekerja di sini, umpama anjing peliharaan, dia akan menyalak apa saja untuk menghiburkan tuannya", ujarnya.

Seorang bekas pelajar Universiti AlAzhar Mesir pula merasa hairan bagaimana Astora dibenarkan oleh majikannya untuk menulis berkaitan agama Islam. "Ketika berada di Mesir satu masa dulu, dia hanya bekerja sebagai koresponden akhbar saja. Dia tidak pernaha belajar ilmu Islam secara formal. Saya tahu sebab saya kenal dia. Dia memang banyak membaca termasuk buku-buku tulisan orientalis barat dan musuh Islam". Astora pernah pergi ke Pakistan baru-baru ini untuk membuat liputan sempena serangan ganas Amerika terhadap Afghanistan. Dia dipercayai berada di sana untuk berusaha mengada-adakan bukti bagi mensabitkan Taliban dengan Pergerakan Islam di Malaysia. Bagaimana pun beliau pulang lebih awal ke tanah air kerana merasa khuatir keselamatan dirinya.

Mengenai usaha beliau sekarang yang bersungguh-sungguh dalam tulisan di ruangannya mengulas wawancara rangkaian televisyen Alzajeeera dengan Menteri Besar Terengganu Datu seri Abdul hadi Awang, seorang pemerhati menyatakan, "Astora sebenarnya sudah dilarang dari menulis perkara-perkara berkaitan hukum Islam. Jadi dia memilih untuk menjadi jaguh dengan mengkritik beberapa tokoh agama dengan harapan tulisan beliau akan mendapat perhatian meski pun dia tahu benar bahawa hujahnya hanya akan diketawakan orang"' ujarnya.

Mengenai penyiaran email pembaca di ruangan ugama beliau yang diformatkan seperti debat, seorang stringer Utusan Malaysia berkata, "email pembaca yang disiarkan itu hanya rekaan dia sendiri. Tiada orang yang sudi melayan penulis seumpama itu. Email yang direka dan jawaban darinya itu sebenarnya hanyalah teknik penulisan". Sementara itu, Astora jabat yang bertubuh agak tinggi dan berkulit hitam itu tahun lalu telah disuakan dengan Ustaz Asri Zainal Abidin di dalam satu majlis debat di Pulau Pinang. Malangnya tidak selancar tulisannya, beliau dimalukan sebegitu rupa depan khalayak dengan pertuturan yang tergagap-gagap, hujah yang merapu dan keadaaannya yang kelihatan menggeletar dan keresahan. Video tentang sesi debat itu boleh didapatkan di pasaran.

Seorang saksi yang mendakwa pernah mengikuti majlis ceramah Astora di KL, Kuantan dan beberapa tempat lagi memberi tahu, "selalunya soalan yang ditanyakan hadirin dalam sesi soal jawab tidak pernah dijawab dengan tepat melainkan di luar persoalan, merapu dan berhujah dangkal", ujarnya.

dipetik dari forum ehoza dan dipetik lagi dari utusan katanya
Read More

Jimat dan senang kira: mekanisme penggenapan

pernahkah anda terfikir bahawa 1 sen itu adalah nilai matawang..
oh.. lupa anda ini pemurah.. maka apalah sangat satu sen tu..
mulai hari ini.. anda tanam niat sedekah duit tu..
untuk memantapkan ekonomi..

Kerajaan Malaysia mengumumkan pengenalan Mekanisme Penggenapan kepada 5 sen terdekat untuk semua pembayaran yang dibuat di kaunter pembayaran berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 April 2008.

Mekanisme Penggenapan ini diterima pakai untuk jumlah keseluruhan bil dan bukan bagi setiap unit barangan. Dalam pelaksanaan Mekanisme Penggenapan ini, jumlah keseluruhan bil, yang berakhir dengan 1, 2, 6 dan 7 sen akan diturunkan kepada 5 sen yang terdekat, manakala 3, 4, 8 dan 9 sen akan dinaikkan kepada 5 sen yang terdekat.
Pelaksanaan Mekanisme Penggenapan ini memberikan faedah kepada peniaga dan pelanggan. Para peniaga akan dapat mengurangkan kos pengendalian manakala bagi para pelanggan, pembayaran akan dapat dibuat dengan lebih cepat dan lebih mudah.
Jadual di bawah menggambarkan bagaimana Mekanisme Penggenapan dilaksanakan:
Bil berakhir dengan senPenggenapan kepada 5 sen terdekatJumlah Keseluruhan Bil
Jumlah keseluruhan bil sebelum penggenapan (RM)Jumlah keseluruhan bil selepas penggenapan (RM)
1,2Turun82.01
82.02
82.00
3,4Naik82.03
82.04
82.05
6,7Turun82.06
82.07
82.05
8,9Naik82.08
82.09
82.10
Garis Panduan Mekanisme Penggenapan
  1. Jumlah keseluruhan bil (termasuk barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai) yang berakhir dengan 1, 2, 6 dan 7 sen akan diturunkan kepada 5 sen terdekat dan 3, 4, 8 dan 9 sen dinaikkan kepada 5 sen terdekat.
  2. Mekanisme Penggenapan ini diterima pakai untuk semua pembayaran yang dibuat di kaunter tanpa mengira jenis pembayaran sama ada tunai atau bukan tunai. Mekanisme ini tidak diterima pakai bagi pembayaran secara dalam talian.
  3. Jadual Mekanisme Penggenapan hendaklah dipamerkan di kaunter pembayaran bagi memastikan pengguna dimaklumkan cara penggenapan dilakukan.
  4. Resit perlu menunjukkan jumlah keseluruhan bil sebelum dan selepas penggenapan dilakukan.
  5. Duit syiling 1 sen masih sah diperlakukan.
Maklumat

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)( www.kpdnhep.gov.my) dan laman web Bank Negara Malaysia (www.bnm.gov.my) atau melalui telefon di talian 1-800-886-800 (KPDNHEP) atau 1-300-88-5465 (Bank Negara Malaysia).
Atau melalui emel di 1sen@bnm.gov.my.

nampaknya anda kena bijak mengambil peluang untuk mendapat nilai unutng..
bayar bil pun berniaga maaa.. tapi untung kecil sahaja..
dalam 0.0xsen
Read More

Sunday, March 16, 2008

Malaysia Advertising Network

Do you know how blogger make their side income?
most of blogger/webmaster use adsense
but.. some of us using the others...
this is my list of Malaysia advertising network..
of course you need to register and put their code in your blog..

Nuffnang - Febuary 2007
Advertets - March 2007
GrabMyAds - November 2007
Gokita - December 2007
Netizen Media - January 2008.

if you are the gliteratti members of nuffnang..
beware of other competitors ads

try to monetize your blog using Malaysia advertising network now..
1. Nuffnang - Malaysia | Singapore
2. Adsvertlets
3. GrabMyAds
4. Gokita
5. NitizenMedia
Read More

Saturday, March 15, 2008

Check out Komtar photo- Protest has begun!






photo ini diambil dari email..
niat asal nak em em.. tapi tak jadi..
tido lagi baik.. selamat tido semua..
Read More

Sunday, March 02, 2008

Impian tercapai.. aku gembira.. RM20 Malaysian Notes

gambar figura DARTH VADER yazid
yang aku ambil tanpa kebenaran ketika bosan..
Setelah aku mencapai impian membeli kiub 9x9
dan sudah mengerti rahsia penyelesaian kiub magic itu
aku puas... aku sungguh puas...

mungkin ditakdirkan...
atau ini suratan...
mungkin apa yang aku idam.. aku akan dapat....

yeah.. wang kertas yang menjadi idaman para
pengumpul duit kertas..
'rare item' ini diminati bukan sahaja oleh aku.. malah
jika aku tidak cepat mengambil peluang.. maka ia akan
disimpan oleh bebudak watson...
atau disimpan oleh kak sue..ibu pejabat bank negara malaysia punya bangunan
aku puas melalui kehidupan... aku mencari duit RM50, 100 dan 1000 lama pula :D
mari merempuh arus masa... yeah
related post
Kisah duit lama post lepas
Kisah ingin menjual duit malaysia
Kisah menyelongkar memori usang
yazid mencapai impian beliau dengan figura star wars..
yang ingin dimiliki sejak kecil
tahniah kengkawan yang mencapai impian..
kamu telah menjadikan satu ilusi kepada realiti..
Read More

Wednesday, February 20, 2008

Malay movies DVD, Malaysia movies DVD, Malay Drama TV series VCD DVD price

untuk anda membeli Malay movies DVD, Malaysia movies DVD, Malay Drama TV series VCD DVD
atau dan lain-lain yang seangkatan dengan hiburan bersama keluarga..
anda oleh beli secara online atau download dari rapidshare..
semua bergantung kepada pilihan anda

untuk membeli secara online disini

dan untuk rapidshare.. wah.. anda boleh pergi ke forum-forum atau laman web
saya ada letak skit.. anda bleh cari disini
(tapi campur campur.. mp3,dvd dan lain lain.)
Read More

Tuesday, January 22, 2008

Esok cuti thaipusam dan sedikit senarai harga barang kawalan

semalam berbincang ngan en raja dan yazid tentang cuti
esok cuti ke tidak nih?
tapimengikut perkembangan semasa..
esok cuti yeah

dipetik dari UTUSAN

'Thaipusam kini adalah hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula dengan perayaan tahun ini yang akan disambut Rabu ini.
*****
Sebelum ini, Thaipusam merupakan cuti umum hanya bagi Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.
'

teringat pulak tentang cuti yang telah aku habiskan..
aku dah tak leh bercuti.. kena kumpul cuti balik.
hari khamis & jumaat(7&8 feb) cuti yeah... 4 hari tu
Semua Negeri kecuali Kelantan dan Terengganu

sekarang sara hidup di Malaysia agak tinggi..
terutama dikawasan bandar-wajib-berduit
aku pernah bayangkan.. duk kat kampung ngan duk kat bandar
beza gila..tapi aku prefer duk kat pinggiran bandar..
dan ada internet... kerana bleh tgk tak berapa ramai gelagat
manusia..kira kesederhanaan la jugak nih..
jadi aku yang buta membeli ni tak amik tahu lansung pasal harga
aku cari kat google..

KPDNHEP(Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)

senarai harga barang kawalan di Malaysia

PETROL
Semenanjung: 1 liter = RM 1.92
Sabah: 1 liter = RM 1.90
Sarawak: 1 liter = RM 1.91

DIESEL
Semenanjung: 1 liter = RM 1.581
Sabah: 1 liter = RM 1.584
Sarawak: 1 liter = RM 1.578

GAS PETROLEUM CECAIR
Semenanjung: 1 liter = RM 1.75
Sabah: 1 liter = RM 1.83
Sarawak: 1 liter = RM 1.83

AYAM DAGING
Ayam standard
(disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati & hempedal).
Semenanjung: 1 kg= 6.00
Sabah: 1 kg= 7.20
Sarawak: 1 kg= 6.60

aku pun cari.. ape itu barang kawalan?
pastu jumpa la kat website yang sama..

Barang Kawalan
Barang-Barang Yang Diistiharkan Sebagai Barang-Barang Kawalan

Barang-Barang Yang Telah Diistiharkan Sebagai Barang-Barang Kawalan Sepanjang Masa Dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

# Kayu getah bagi Negeri-Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak
# Gula kasar dan gula halus
# Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair
# Garam
# Simen dan klinker
# Tepung gandum
# Minyak masak
# Baja
# Ubat serangga
# Cuka getah atau apa-apa cuka lain yang digunakan untuk membekukan getah
# Bar bulat keluli lembut
# Minyak tanah
# Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara
# Beras dari semua jenis
# Padi
# Petrol, spirit motor dan gasolin motor dari semua gred
# Bahanapi cecair
# Gas petroleum cecair
# Semua jenis roti
# Minyak bahanapi
# Ayam
Read More

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena