Tuesday, January 22, 2008

Kedai tengah yang...

hari ni aku pergi membeli pataya di kedai tengah
banyak aku blaja dari makcik kedai tengah payung..
kamu tahu tak.. cerita orang lama?

mari dengar cerita aku yang dimuat turun dari payung
murtabak.. dulu.. orang Johor.. pada zaman 1960 an
tak pakai pas gi 'woodlands' .. kamu tahu kenapa?
sebab murtabak... aaa.. kat sana.. ada murtabak mariam..
time tu itulah murtabak yang popular..

makcik tu tak tau mariam tu nama orang atau 'meriam'
zaman tu.. dari johor ke kota singa 'woodlands' Rm0.10..
skang ni tak tahu la berapa..

ramai orang johor(orang lama la) selalu pergi ke kota singa untuk
berhibur.. sampai satu tahap.. apabila duit Rm0.20 tidak laku langsung.
bagai sampah...(kisah dari orang lama ke aku..)
time tu ramai boikot tak g ke kota singa..

bermula masing-masing mencari kerja dan membina empayar
ada yang berniaga.. ada yang kerja makan gaji..
cuba bayangkan.. sejam 41 sen.. kilang gula.. anda mahu?
10 jam.. Rm4.10... peh.. tak terlintas dalam fikiran aku..
begitu susahnya orang lama nak cari duit.. kita patut bersyukur..

tapi begitulah kehidupan..
'semakin besar periuk nasi.. semakin banyak keraknya' kata si yazid
dari pesanan orang lama..
kebanyakan mereka yang bekerja di kilang gula mendapat tahu..
kerja di kota singa bagus.. lumayan
dan mak cik kedai tengah pernah disindir
'camna la ko nak kaya.. sampai ke tua kat sini sahaja' kata si perempuan A
'ape la yang ada kat kilang gula ni..' kata siperempuan B
dan sampai ke perempuan Z yang berhenti kerja untuk mengejar
nikmat di negara orang lain

time tu. mak cik kedai tengah adalah anak dara..
selepas pelbagai kawan die berhenti kerja..
tinggal die seorang sahaja bangsa melayu...
diam membisu seribu bahasa.. kerana disana semua bangsa cina
'apa la diorang cakap nih.. satu ape aku tak paham' kata makcik itu pada mulanya
tapi setelah sedikit lama masa berada disana..
makcik tersebut belajar bahasa cina..
ya.. ya tuan puan... ilmu itu lagi berharga dari duit
dan makcik tersebut.. dapat berkata dalam bahasa cina..
yes..

selepas fasih berbahasa cina..
makcik tersebut terjumpa seorang jejaka(suami die sekang)
yang terer bahse inggeris.. dan belajar bahsa inggeris..
begitu tekun sekali makcik itu belajar..
cuma die rugi kerana tidak dapat belajar bahasa ibundanya..
yang berasal dari thailand...

sampai di satu tahap.. makcik tersebut mencapai gaji gred A
diatas ketaatan kepada syarikat kilang gula itu
zaman dulu RM 1500 dah besar gila..
tiba tiba.. datang la kengkawan makcik tu..
mencari kerja semula di kilang gula..
seperti kata makcik tu..
orang lama suka 'pulang paku buah keras'
terhadap orang yang menghinanya dahulu

bahasa 'pulang paku buah keras' orang lama yang sering digunakan oleh kita..
'dulu ko ludah.. skang ko jilat balik'
tengok.. betapa halus dan tajam seperti pisau
menghiris hati

dan akhirnya.. die berkata.. rezeki berada dimana-mana..
pilih yang 1 atau pilih yang 9...
atau pilih keduanya... sila sila.. tak bermakna anda bijak pandai
anda akan memiliki segalanya..
tak bermakna anda tak dapat belajar tinggi-tinggi anda tak boleh berjaya
rezeki masing-masing.. dan masing-masing itu jika bercampur
dengan penjual minyak wangi.. akan tertempias wanginya
kesimpulannya..

sekian sahaja pesanan muat turun dari orang lama kepada aku yang hina..

ops.. sebelum itu.. sesapa nak save budjet elektrik
kedai atau rumah dari (10%-50% penjimatan)...
sila hubungi Syam(012-2606235)

atau nak beli keta second hand..
sila hubungi Syam(012-2606235)

3 Comment and put their link:

Fairuz said...

orang lama amat menghargai ilmu dan keindahan bahasa..

Anonymous said...

hmm...cerita yang best...maklumla cerita orang lama...heheh

Oda-オダ said...

emm..aku pun rasa cam best jek citer ko nihh...

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena