Monday, April 21, 2008

Jangan pandang luaran Part1

aku jumpa kawan nuar piji tadi..
atok nama dia.. tak sangka..
memang dijodohkan berjumpa..
die pun nak balik johor..
tiket seat no 8.. aku no 7..
bas pukul 4..
bas 'pekerja' Damai express

sebagai seorang juruteknik elektrik..
beliau perlu membeli insuran.. kerana peralatan
atau machine di kilang itu menggunakan tenaga elektrik
sebanyak 11kv..memang rentung kalo kena..

bercerita sebelum berjumpa beliau..
aku pergi bahau pukul 10 dan tiket bas pukul 4
gila.. ya.. memang aku gila..
6 jam itu bukanlah sesuatu yang sekejap..
au pergi ke K-Box tepi pasaraya hiway..
aku paksa adik aku layan aku melalak..
ntah berapa belas round aku tidak tahu..

mari berkaraoke
esok sambung..
aduhai.. sengal-sengal badan nih.
ada sesapa yang sukarela mengurut aku?
wanita.. ya wanita.. lelaki tidak mahu..

okeh. sambungan..
aku menunggu bas 'pekerja' Damai Express dari Bahau ke Larkin
tiba-tiba.. ada seorang lelaki persis bintang rock zaman tahun 80 an
'wak joe palong 7!!!' terkejut kawan aku..
'weh.. tu wak joe.. antara educated punya orang di Felda
ko try speaking ngan dia..speaking dia berabuk
tapi die pening skit.. sejak bini dia meninggal...
hidup dia tak tentu hala.. ko tau tak anak-anak dia..
suma jawatan 41 ke atas.. tiada sokongan suma tadbir
dan urus sahaja' kata kawan ku lagi

'aku pernah wiring rumah dia.. rumah dia takdak api ngan air
diorang kan dapat pampasan 85k.. tapi die taknak besarkan rumah
tak faham aku orang pepandai ni fikir camne' keluh si atok kawanku

'anak dah berbuih mulut, ajak pi duduk serumah..
mungkin rumah tu banyak kenangan antara dia dan bini dia...' sambungnya lagi3

'aku pernah tengok bilik dia.. suma high level bahan bacaan..
suma english.. dan aku mengaku dia ni power... diam ubi berisi' katanya lagi
uhh.. teringat aku kat manpetai.. seorang bekas komando
yang melepak di felda aku..
orang pun kata dia gila.. mana.. aritu dia ada berbual ngan aku

'dik.. kat Bahau banjir.. kebanjiran orang hahahaha'
aku layan sahaja.. kang dipelempangnya aku kang tak ke naya..
kadang-kadang nikmat yang diberi membuatkan
kita terfikir.. adakah nikmat ini untuk aku manfaatkan?
atau ia sekadar untuk orang merujuk aku dikala
aku tidak mahu menggunakan nikmat ini
seperti wak joe dan manpetai..
mereka genius... mereka survive..
mereka berfikiran luar fikiran kita..
anak-anak berjaya.. mereka habiskan sisa hidup dengan
membuat jiwa mereka tenang..

'wak joe.. kalau tak bahau. dia g KL . tak KL Bahau.. Tak bahau KL..'
sambung kawan aku.. die selalu lepak cm..
anda pasti perna terlihat seorang pakcik pakai boot cowboy rambut ikal mayang
paras bahu..spek gelap.. dan bergaya disana..
jangan risau.. dia tak kacau orang.. cuba try speaking ngan dia..
anda pasti kalah.. confirm...
sambung lagi part2..

2 Comment and put their link:

abeming said...

eh mana cerita kepada tajuk post ko?ke aku xbaca betul2 ni...hehehe

فيصل said...

malam kang atau waktu rehat kang aku letak.. malam tadi penat sangat

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena