Wednesday, April 09, 2008

Manusia semakin kejam Part 2

sibangsat perogol perlu dibunuh..
weh.. lelaki² di Manusia semakin kejam Part 1
tiada gunanya kamu belasah perempuan itu..
pasal ragut kamu bunuh.. pasal curang kamu bunuh
ni ha.. orang yang patut kamu bunuh..

aku tengok ehoza dalam petikan isu semasa
aduhai.. tak kesian kah kamu?
kena tukar hukuman perogol nih..

harap siasat.. Malaysia ini macam dah tak selamat sahaja..
rogol,bunuh,culik dll..
kenapa jenayah semakin berluasa?
kerana apa? adakah kerana undang-undang
doakan penjenayah ditangkap..
kalo boleh ditangkap oleh orang awam..
baru dia tahu hukuman orang awam macammana
nak nak yang hilang akal..

kes nurin, sharlinie masih belum selesai..
ni dapat lagi kes baru.. kesian kat encik polis..
satu.. lepas satu satu..
ceh.. bomoh pun karut.. bomoh VIP lah itulah inilah..
haram tak jumpa sharlinie ngan pembunuh nurin..
pergi jalan sama bomoh..
kalo power pi tangkap perogol atau kasi busung semua perogol itu.. ceh..

KOTA BHARU: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli 2, Nurul Anira Rosik, 17, yang ditemui mati akibat dibunuh pada petang Ahad lalu, dikesan menjadi mangsa serangan seksual lebih seorang lelaki, yang kemudian menjerut lehernya dengan akar kayu hingga mati.

Siasatan polis terhadap pembunuhan itu, tidak menolak kemungkinan mangsa mengenali kumpulan penyerangnya yang dipercayai tinggal di kawasan sekitar situ kerana turut mahir keadaan sekeliling Kampung Reka Dalam dan Kampung Chegar Bedil.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata polis juga turut menyiasat kemungkinan ada rakan persekolahan mangsa terbabit dengan kejadian rogol dan bunuh itu.

“Bedah siasat yang dijalankan pakar forensik petang semalam (kelmarin), mengesahkan mangsa mati akibat lehernya dijerut akar kayu. Pemeriksaan forensik juga, mendapati mangsa turut dirogol lebih daripada seorang lelaki dalam serangan itu.

“Kita tidak menolak kemungkinan penyerangnya mahir dengan kawasan sekitar tempat kejadian dan mungkin dikenali mangsa. Siasatan mendapati mangsa dirogol di lokasi lain sebelum dibunuh dan diheret dan disembunyikan di bawah timbunan daun kayu di tempat penemuannya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam penemuan kira-kira jam 6 petang Ahad lalu, mayat Nurul Anira yang juga pelajar Tingkatan Lima itu, ditemui di sebalik timbunan daun-daun bawah rumpun buluh di Kampung Reka Dalam, kira-kira 500 meter dari rumahnya.

Mangsa dilaporkan hilang oleh ibunya, Rosnani Rahim, 44, pada malam Sabtu lalu, selepas anak ke lima daripada enam beradik itu, tidak pulang ke rumah seperti lazimnya selepas mengikuti kelas tambahan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolahnya.

Lazimnya, setiap pagi dengan petang mangsa berjalan kaki dari rumahnya menerusi jalan kecil Kampung Reka Dalam yang sunyi, menuju ke Jalan Kuala Balah-Jeli, sebelum menggunakan khidmat bas yang melalui laluan itu ke sekolahnya.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel, manakala baju, seluar dalam dan pengikat rambut yang dipakai mangsa ketika keluar ke sekolahnya kira-kira jam 8 pagi Sabtu itu, ditemui berselerak tidak jauh daripada lokasi penemuan mayatnya.

Mazlan berkata, mayat mangsa sudah diserahkan kepada keluarganya untuk pengkebumian selepas bedah siasat di Hospital Jeli, selesai kira-kira jam 4 petang kelmarin.
Beliau berkata, setakat ini, tiada tangkapan dibuat berhubung kejadian rogol dan bunuh itu tetapi berdasarkan perkembangan siasatan yang dijalankan, polis yakin tangkapan dapat dibuat dalam tempoh terdekat ini untuk membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi pengkebumian jenazah Nurul Anira di tanah perkuburan Kampung Reka Dalam kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Selain penduduk kampung, rakan persekolahan mangsa yang hadir kelihatan tidak dapat menahan sebak mengenangkan kejadian sedih menimpa gadis malang itu. Turut hadir Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan, Mohd Ghazali Abdul Rahman dan Pengetua SMK Jeli 2, Abdul Kadir Sulaiman.

Mohd Ghazali berkata, kejadian menimpa pelajar terbabit adalah sesuatu yang malang dan amat menyedihkan seluruh kepada pentadbiran JPN Kelantan dan warga sekolahnya kerana mangsa adalah antara pelajar harapan yang dijangka mampu mencatatkan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM akhir tahun ini.

Sementara itu, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan semalam, mengarahkan semua sekolah negeri ini mengambil langkah meningkatkan aspek keselamatan terhadap pelajar masing-masing berikutan kejadian rogol dan bunuh menimpa Nurul Anira.

Timbalan Pengarah JPN, Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata semua pelajar dan murid perlu diberi kefahaman mengenai langkah keselamatan ketika berada di luar kawasan sekolah, khususnya ketika dalam perjalanan pergi dan pulang.

lagi jenayah di Malaysia yang diketahui pemberita
Disangka pencuri, tertembak anak sendiri
Kematian Shahrizal diklasifikasi kes bunuh
Mekanik tidak mengaku salah tikam penganggur
Nurul Anira kenal pembunuhnya
Dua lelaki dituduh rompak Datuk RM10j
Wanita didakwa menipu, miliki kad kredit palsu
Pengawal peribadi didakwa bunuh pekerja
Suspek rogol penculik Sharlinie?
Cubaan bunuh diri, kereta kabel terhenti lima jam

0 Comment and put their link:

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena