gambar ini diambil dari google.
Takziah kepada keluarga beliau..
semoga rohnya dicucuri rahmat
al-Fatihah..
Takziah kepada keluarga beliau..
semoga rohnya dicucuri rahmat
al-Fatihah..
01/04/2008 11:02am
KUALA LUMPUR 1 April – Seniwati veteran, Yusni Jaafar meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Selayang akibat kegagalan hati.
Yusni, 63, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.30 pagi.
Menurut anak keduanya, Raja Ema, ibunya dimasukkan ke hospital itu pada 31 Januari lepas.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah keluarga nya di 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya dekat sini dan disembahyangkan di Masjid USJ 15 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.
Yusni, anak kelahiran Tumpat, Kelantan meninggalkan lima cahaya mata.
Antara pencapaian Allahyarham sepanjang bergelar anak seni ialah memenangi Pelakon Wanita Komedi Terbaik Pesta Filem Malaysia Kelapan pada 1989.
Lakonan terakhirnya ialah dalam filem Cuci pada tahun lepas.
Filem pertama lakonannya ialah filem Panglima Badol pada 1978 dan sepanjang hayatnya telah berlakon dalam kira-kira 20 filem tempatan. — BERNAMA
0 Comment and put their link:
Post a Comment