Tuesday, April 01, 2008

Wilders - pencetus kemarahan umat Islam

Dengan filem 'fitna' yang dimasukkan dalam youtube..
mengambil ayat quran dan menyelewengkan pemahaman
membuat filem untuk dikenali ramai..
boikot? ddos? atau deface website belanda?
aku pilih tulis blog..aku Anti-Geert Wilders community
sungguh keji si Geert Wilder..


KUALA LUMPUR 31 Mac – Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang menerbitkan filem Fitna yang menghina Nabi Muhammad SAW dan juga agama Islam diumpamakan sebagai ‘manusia yang bertopengkan syaitan’.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas berkata, Wilders bukan sahaja biadap malah dia adalah seorang daripada golongan pelampau yang sengaja mencetuskan idea untuk menghina Islam.

‘‘Masyarakat Islam sedunia perlu bersatu mengeji perbuatan Wilders yang boleh memecah-belahkan umatnya dengan tindakannya itu.

‘‘Dia tidak boleh menggunakan alasan kebebasan bersuara dengan menjadikan agama sebagai bahan untuk diperlakukan sewenang-wenangnya,’’ katanya selepas Majlis Pelancaran Rancangan Bicara Integriti bersama IIM di Stesen Radio IKIM.Fm di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.

Rancangan selama setengah jam pada setiap petang Rabu minggu pertama dan ketiga setiap bulan itu bertujuan untuk memantapkan lagi proses pembudayaan integriti di kalangan rakyat Malaysia.

Beliau mengulas mengenai filem Belanda, Fitna yang disiarkan di Internet pada 27 Mac lalu yang mengkritik Islam dengan menunjukkan surah al-Quran dan berlatar belakangkan imej keganasan akibat serangan pengganas.

Wilders kemudiannya menerbitkan filem itu yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah al-Quran dengan antaranya menyelitkan imej serangan 11 September terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York.

Syed Ali memberitahu, masyarakat Islam sedunia perlu bersatu padu untuk memboikot semua barangan keluaran negara terbabit sebagai lambang kebencian terhadap perbuatan Wilders.

‘‘Ini satu cara kita mengajar orang seperti itu dan menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak lain yang mempunyai niat untuk menghina Islam,’’ ujarnya.
Senarai produk Belanda|More@utusan

0 Comment and put their link:

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena