Kuala Lumpur : Penulis ruangan agama akhbar Utusan Malaysia yang paling kontroversi Astora Jabat, telah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti menulis perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam Islam. Menurut sumber MAIJ, fatwa tersebut dikeluarkan berikutan tulisan-tulisan Astora, atau nama sebenarnya Asan anak To' Rambai dari kampung Jabat Narathiwat selatan Siam, amat mengelirukan, sesat lagi menyesatkan.
Astora, seorang wartawan yang bias, berkepentingan dan penjilat, sebelum ini dalam tulisannya telah mengatakan Firaun ada yang baik dan ada yang jahat. Selain Nabi Musa a.s. yang dianggapnya sebagai Firaun, beliau menamakan Dr. Mahathir sebagai Firaun baik. Di atas ketelanjurannya itu, apabila diasak diminta bukti siapakah Firaun baik di sepanjang sejarah, beliau hanya memberi contoh Laith Pharaon, seorang juara lumba bot laju dari Arab Saudi sebagai Firaun baik. Astora juga dalam tulisannya pernah membahagikan hukum aurat wanita kepada mughallazah dan mukhaffafah (seperti pembahagian hukum najis dalam fiqah).
Menurut seorang guru agama, pengdapat dangkal Astora itu tidak pernah dibicarakan langsung sejak zaman Imam Syafie, Imam Ghazali, hinggalah para ulama Islam kini. Seorang wartawan yang mendakwa rapat dengannya memberi tahu,, "hujah 'pakai hentam' beliau itu hanyalah sekadar untuk menghalalkan perlakuan isteri beliau berbangsa Morocco yang tidak pernah menutup aurat sebagaimana seorang wanita Islam". Tuliasn Astora yang sangat merbahaya ialah pendapat beliau yang menyokong ISA. Demi untuk mengampu, beliau sanggup membuat fitnah yang sangat dahsyat apabila mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW menggunakan ISA (akta keselamatamn dalam negeri) untuk membendung pengganas.
Pendapat terbaru beliau ialah cadangannya agar dihapuskan sekolah beraliran agama. Seorang bekas pemberita akhbar Utusan menyatakan, "kita harus faham bahawa Astora ini berasal dari bangsa Patani yang hidup merempat, tertindas dan sentiasa hidup dalam buruan di bawah kerajaaan Budha Siam. Apabila dia beroleh sedikit kesenangan bekerja di sini, umpama anjing peliharaan, dia akan menyalak apa saja untuk menghiburkan tuannya", ujarnya.
Seorang bekas pelajar Universiti AlAzhar Mesir pula merasa hairan bagaimana Astora dibenarkan oleh majikannya untuk menulis berkaitan agama Islam. "Ketika berada di Mesir satu masa dulu, dia hanya bekerja sebagai koresponden akhbar saja. Dia tidak pernaha belajar ilmu Islam secara formal. Saya tahu sebab saya kenal dia. Dia memang banyak membaca termasuk buku-buku tulisan orientalis barat dan musuh Islam". Astora pernah pergi ke Pakistan baru-baru ini untuk membuat liputan sempena serangan ganas Amerika terhadap Afghanistan. Dia dipercayai berada di sana untuk berusaha mengada-adakan bukti bagi mensabitkan Taliban dengan Pergerakan Islam di Malaysia. Bagaimana pun beliau pulang lebih awal ke tanah air kerana merasa khuatir keselamatan dirinya.
Mengenai usaha beliau sekarang yang bersungguh-sungguh dalam tulisan di ruangannya mengulas wawancara rangkaian televisyen Alzajeeera dengan Menteri Besar Terengganu Datu seri Abdul hadi Awang, seorang pemerhati menyatakan, "Astora sebenarnya sudah dilarang dari menulis perkara-perkara berkaitan hukum Islam. Jadi dia memilih untuk menjadi jaguh dengan mengkritik beberapa tokoh agama dengan harapan tulisan beliau akan mendapat perhatian meski pun dia tahu benar bahawa hujahnya hanya akan diketawakan orang"' ujarnya.
Mengenai penyiaran email pembaca di ruangan ugama beliau yang diformatkan seperti debat, seorang stringer Utusan Malaysia berkata, "email pembaca yang disiarkan itu hanya rekaan dia sendiri. Tiada orang yang sudi melayan penulis seumpama itu. Email yang direka dan jawaban darinya itu sebenarnya hanyalah teknik penulisan". Sementara itu, Astora jabat yang bertubuh agak tinggi dan berkulit hitam itu tahun lalu telah disuakan dengan Ustaz Asri Zainal Abidin di dalam satu majlis debat di Pulau Pinang. Malangnya tidak selancar tulisannya, beliau dimalukan sebegitu rupa depan khalayak dengan pertuturan yang tergagap-gagap, hujah yang merapu dan keadaaannya yang kelihatan menggeletar dan keresahan. Video tentang sesi debat itu boleh didapatkan di pasaran.
Seorang saksi yang mendakwa pernah mengikuti majlis ceramah Astora di KL, Kuantan dan beberapa tempat lagi memberi tahu, "selalunya soalan yang ditanyakan hadirin dalam sesi soal jawab tidak pernah dijawab dengan tepat melainkan di luar persoalan, merapu dan berhujah dangkal", ujarnya.
dipetik dari forum ehoza dan dipetik lagi dari utusan katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment and put their link:
Post a Comment