Sunday, March 23, 2008

Kelebihan dan keistimewaan serata khasiat Buah Naga

owh.. ini bukan buah 'red' yang ko banggakan..
ini buah-buahan..sedap dan berkhasiat

Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.

Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan. [alaahaiiiii tak yah gie gym mcm nie lee ya ].

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok dan sering dijadikan pencuci mulut yang lazat.

Buahnya boleh dibuat jus, jem, dan wain merah daripada buah ini. Semetara buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang.[bab nie kena cuba jugak nie .

Begitu jugak dengan bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.[ingat lepas tak yah beli teh lagi ya ]

Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia..

Begitu jugak ngan dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.[mungkin jugak leh wat kerabu kan kan ]

0 Comment and put their link:

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena