Thursday, March 13, 2008

Mohamad Hasan angkat sumpah MB Negeri Sembilan

KUALA PILAH 12 Mac — Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan bagi penggal kedua, empat hari selepas Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat menerusi pilihan raya Sabtu lepas untuk terus mentadbir kerajaan negeri.

Pada istiadat yang berlangsung di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman di Istana Besar Seri Menanti di sini, Mohamad, 52, menerima surat pelantikan, sebelum disusuli majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar.

Beliau kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Datuk Azhar Ma’ah dan Ketua Hakim Syarie Datuk Hussin Harun.

Turut hadir pada majlis itu ialah Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd. Nor serta ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru.

nasib baik n9 tak tuka MB

Read More>>>>

0 Comment and put their link:

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena