Thursday, March 13, 2008

Seketika di bawah tangga

ehem ehem.. sudah lama otak aku membeku kerana tiada idea
sana sini bincang politik.. dan yang pasti info malaysiakini dan lain-lain blog
yang berunsur politik digunakan untuk berbual..
aku kenkadang terfikir..
'Menang sorak.. Kampung Tergadai' satu pepatah orang lama yang aku pegang
dan aku fahami.. ops lupa.. aku ni fusion generasi lama dan baru..
*
berjalan selepas penat memikirkan flow-chart
isap rokok lagi bagus..
dan berbual dengan 'dewa flirt'.. kerana dia adalah idola rahsia memikat
di kalangan orang-orang tua..
zaman sekarang.. ilmu pengasih atau apa-apa yang sewaktu dengannya
tidak digunakan lagi..
rahsianya adalah pandai berbicara/memancing dan umpan kena betul..
kalo ikan tu makan nasi ko bagi makan roti hendak buat apa?
hai.. dah melalut cerita kolej kehidupan aku...
*
'eh pakcik..'
'ye nak..'
aku terus membakar rokok Winston 14..
disedut sedalam-dalamnya
dan dihembus..
lalu aku membuka bicara..
'pakcik ada duit 50 yang baru tak?' tanyaku
'anak saya ada.. duit baru.. die pengurus bank..' balasnya
'bleh la pakcik mintak satu untuk saya' pintaku
'boleh.. nanti kalo dia balik sini.. pakcik tanya' jawabnya
pakcik itu membakar prilys(aku tak reti eja)
'saya baru putus cinta ni.. malam tadi saya menangis..' katanya
'fasal apa jadi macam itu?' tanyaku
'yela.. saya bengang.. duit saya beriban habis..
dia pakat gadai barang kemas yang saya belikan untuk dia..
dasar perempuan tak menghargai.. saya dah serahkan seluruh jiwa raga..
tapi....' perbualan pakcik tersebut tersekat...
*
*
'anak-anak kita tak faham.. kita lelaki.. kita punya nafsu dan keinginan
bila kita cakap nak kawin.. diorang mengamuk.. diorang marah..
yang tanggung seksa batin.. saya' katanya separuh emosi..
'meh tengok duit 50 awak.. nampak kecik je.. eh.. samalah saiz..
tapi nampak kecik..' perubahan topik berlaku.. dan aku faham..
*
aku sudah meletakkan foto ku di http://malaysianphoto.blogspot.com
semua foto.. tiada penjelasan foto.. sebab english aku broken..
aku kena bersabar nampaknya melihat hasil
*
aku juga menukar topik.. faham-faham sahaja...

0 Comment and put their link:

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena