Sunday, March 23, 2008

Jimat dan senang kira: mekanisme penggenapan

pernahkah anda terfikir bahawa 1 sen itu adalah nilai matawang..
oh.. lupa anda ini pemurah.. maka apalah sangat satu sen tu..
mulai hari ini.. anda tanam niat sedekah duit tu..
untuk memantapkan ekonomi..

Kerajaan Malaysia mengumumkan pengenalan Mekanisme Penggenapan kepada 5 sen terdekat untuk semua pembayaran yang dibuat di kaunter pembayaran berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 April 2008.

Mekanisme Penggenapan ini diterima pakai untuk jumlah keseluruhan bil dan bukan bagi setiap unit barangan. Dalam pelaksanaan Mekanisme Penggenapan ini, jumlah keseluruhan bil, yang berakhir dengan 1, 2, 6 dan 7 sen akan diturunkan kepada 5 sen yang terdekat, manakala 3, 4, 8 dan 9 sen akan dinaikkan kepada 5 sen yang terdekat.
Pelaksanaan Mekanisme Penggenapan ini memberikan faedah kepada peniaga dan pelanggan. Para peniaga akan dapat mengurangkan kos pengendalian manakala bagi para pelanggan, pembayaran akan dapat dibuat dengan lebih cepat dan lebih mudah.
Jadual di bawah menggambarkan bagaimana Mekanisme Penggenapan dilaksanakan:
Bil berakhir dengan senPenggenapan kepada 5 sen terdekatJumlah Keseluruhan Bil
Jumlah keseluruhan bil sebelum penggenapan (RM)Jumlah keseluruhan bil selepas penggenapan (RM)
1,2Turun82.01
82.02
82.00
3,4Naik82.03
82.04
82.05
6,7Turun82.06
82.07
82.05
8,9Naik82.08
82.09
82.10
Garis Panduan Mekanisme Penggenapan
  1. Jumlah keseluruhan bil (termasuk barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai) yang berakhir dengan 1, 2, 6 dan 7 sen akan diturunkan kepada 5 sen terdekat dan 3, 4, 8 dan 9 sen dinaikkan kepada 5 sen terdekat.
  2. Mekanisme Penggenapan ini diterima pakai untuk semua pembayaran yang dibuat di kaunter tanpa mengira jenis pembayaran sama ada tunai atau bukan tunai. Mekanisme ini tidak diterima pakai bagi pembayaran secara dalam talian.
  3. Jadual Mekanisme Penggenapan hendaklah dipamerkan di kaunter pembayaran bagi memastikan pengguna dimaklumkan cara penggenapan dilakukan.
  4. Resit perlu menunjukkan jumlah keseluruhan bil sebelum dan selepas penggenapan dilakukan.
  5. Duit syiling 1 sen masih sah diperlakukan.
Maklumat

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)( www.kpdnhep.gov.my) dan laman web Bank Negara Malaysia (www.bnm.gov.my) atau melalui telefon di talian 1-800-886-800 (KPDNHEP) atau 1-300-88-5465 (Bank Negara Malaysia).
Atau melalui emel di 1sen@bnm.gov.my.

nampaknya anda kena bijak mengambil peluang untuk mendapat nilai unutng..
bayar bil pun berniaga maaa.. tapi untung kecil sahaja..
dalam 0.0xsen

0 Comment and put their link:

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena