Friday, November 23, 2007

No plat peh...

diambil dari harian metro

Nombor plat RM76,600



KUANTAN: Nombor plat kenderaan CCC di negeri ini ibarat pisang goreng panas apabila orang ramai yang berminat sanggup membida sehingga RM76,000.

Tinjauan Harian Metro di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di Alor Akar mendapati orang ramai terkejut apabila nombor plat CCC termasuk dua atau empat digit ditempah dengan harga tinggi.

Harga tawaran paling tinggi diterima melalui tender terbuka ialah CCC 1 iaitu RM76,600.

Berdasarkan keputusan tender yang dipaparkan, CCC 1 dimiliki `KDYMM Tuanku Sultan Pahang' yang turut memperoleh CCC 2 dengan harga RM37,000.

Dua exco kerajaan negeri, Datuk Ahmad Shukri Ismail dan Datuk Shahiruddin Ab Moin pula membida harga kedua tertinggi iaitu RM62,400 untuk masing-masing memperoleh nombor plat CCC 3 dan CCC 8.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Datuk Ti Lian Ker pula memperoleh CCC 5 dengan harga bidaan RM32,000.

Angka lain yang turut mendapat bidaan tinggi ialah CCC 888 (RM40,600); CCC 9 (RM48,000); CCC 6, (RM42,000); CCC 7 (RM32, 000); CCC 4 (RM21, 200); CCC 11(RM21,400); CCC 88 (RM28, 800) dan CCC 333 (RM27, 000).

Selain kombinasi digit yang dikelaskan JPJ sebagai `nombor istimewa' dan `cantik,' nombor plat lain dalam siri CCC turut mendapat tempahan pada harga antara RM500 hingga RM15,000.

Penolong Pengarah JPJ Pahang, Abdul Hakim Abdul Rauf, berkata siri CCC mencatat sejarah apabila memperoleh hasil kutipan tender tertinggi nombor plat berikutan keunikan kombinasi tiga abjad C.

"Biasanya, hanya sekitar enam peratus nombor plat baru akan ditender bermula digit 1 hingga 9999 dalam setiap siri nombor pendaftaran yang dibuka untuk bidaan.

"Bagaimanapun, bagi siri CCC, peratusan nombor plat ditender meningkat dua kali ganda dengan jumlah pembida meningkat kepada 2,000 berbanding sekitar 500 hingga 600 orang.

"Keadaan itu menyebabkan JPJ menambah peti tender daripada satu kepada tiga manakala tempoh untuk orang ramai menghantar borang juga dilanjutkan daripada 14 hari kepada 45 hari berakhir 25 Oktober lalu," katanya.

Berikutan permintaan tinggi terhadap siri nombor CCC, pihaknya terpaksa menawarkan lebih awal tender bagi siri nombor CCD yang sudah menerima borang permohonan.

"Bagaimanapun, orang ramai masih berpeluang memperolehi siri CCC melalui tender kedua yang sedang berjalan dengan kebanyakannya bagi nombor empat digit yang masih belum dibeli ketika tender pusingan pertama," katanya.

========================================================

peh.. kalo aku kaya raya.. aku bid
CCC 6666(impian/in my dream)
CCC 2013(kalo sempat.. nak sambung generasi seterusnya)

3 Comment and put their link:

Anonymous said...

semalam aku ternampak myvi berplat DAR4....dara beb dara....aku rasa plat tu lg mahal dari harga kete myvi....damn!

فيصل said...

aku nak cari gak lah.. peh peh peh.. bape die bid eah.. aku pun tak tau

Fairuz said...

kalo aku kaya, nak aje aku beli no
MAX 666

no idaman aku dari form 2 jugak...

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena