Thursday, November 29, 2007

Ayat kias dari google groupku

cerita ini aku amik dari okhokhkok batuk plak google group aku
khokkhok.. batuk lagi...
mungkin ia memberi pengajaran kepada korang..


*PERANGKAP TIKUS*

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika
mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil
menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus.
Sang tikus naik panic bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di
rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !"
Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada
kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati...tapi tidak ada
yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi
perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku
ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata "
Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan
aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan
menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap
tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap
tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang
terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak
sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian
isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya
sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun
dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman
menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk
mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya
meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami
pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu
apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi
makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari
kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

SUATU HARI....
KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN
DAN
MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...
PIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

5 Comment and put their link:

nazry said...

Abg Cai, seriously cerita ni sudah membuka mata aku. X sangka, kisah tikus ni telah mengubah pendirian hidup aku. Betul tu...

nazry said...

Kite mesti sentiasa berkongsi masalh dengan kawan x kira ape kes pun..

nazry said...

Sebagai saudara, aku faham niat yang kau cuba sampaikan dalam cerita ini...

nazry said...

Terima kaseh, ABC ( a bang cai)...

فيصل said...

ha... tima kasih kerana memahami cerita kiasan ini.. harap harap.. orang lain yang membacanya dapat memahami maksud cerita ini...

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena