Friday, December 21, 2007

yesterday is boring.. aktiviti aidiladhaku di rumah sewa

aku tengok tv3.. RMK9 akan dikaji.. yela.. banyak sangat banjirnya..
salahkan sistem saliran... kena rombak balik.. kang tahun depat.. banyak lak
negeri banjir..pagi raya bersama en joe...
aku bermimpi joe membuat makanan yang best²
dan joe bermimpi kami berjalan-jalan ke satu tempat yang indah sambil tangkap gambar awan
hakikat realiti selepas bangun pagi....
joe masak jemput-jemput dan aku amik gamba tv dan die tengah memasak..
begitu indah sekali di pagi raya ini.. suma orang bergembira..
aku makan megi .. ah.. sungguh hiba sekali....
aku dan joe kebosanan tidak terkata... teringat keluarga..lepas tu.. joe amik keputusan balik rumah...
aku amik keputusan melepak kat opis main internet...
dan menjelajah segala group google yang ada..

minggu ni kena berjaga-jaga..
tgk berita harian tadi...

dipetik dari Berita harian
'KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran peringkat merah bagi kawasan Johor Utara berikutan ramalan hujan sederhana dan lebat di negeri itu ketika negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga menghadapi gelombang kedua banjir.

Amaran peringkat merah bermaksud hujan monsun lebat dan meluas akan berlaku selama beberapa jam berserta ribut tropika atau taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60 kilometer sejam yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai serta arus air deras. '

mak aih.. 60 km sejam tu... kalo berjalan menempuh arus angin..
kita mungkin bergerak kebelakang kena tolak..
ko bayangkan jalan kaki... bawak payung nak hindarkan hujan lah kononya..
memang tak taulah ape jadi.. kena duk rumah lah pasni... bahaya woo...

'Jabatan itu turut mengeluarkan amaran peringkat jingga bagi kawasan Johor Selatan dan Pahang Selatan bagi persediaan menghadapi kemungkinan hujan sederhana selama beberapa jam, disertai angin kencang selaju 50-60 kilometer (km) sejam yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai.

Gelombang kedua banjir diramal bermula hari ini berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka mencecah sehingga 3.7 meter berbanding 3.4 meter dalam gelombang pertama banjir pada 10 Disember lalu, manakala angin dijangka selaju antara 40km sejam dan 50km sejam.
'

berhati hati semua... jangan rosakkan barang berharga anda..
malam tadi.. aktiviti membakar duit di CC.. aku ngan yazid tidak tahan seksaan
teknologi informasi ini...
aku yang agak kebosanan.. mencuba teknik light grafiti ini..
kelihatan aku mengeluarkan aura berwana biru...

Selamat balik Kerja.. dan Selamat Bercuti panjang ye semua..
hati-hati... jaga diri baik-baik..

0 Comment and put their link:

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena