aku tidak tahu kenapa.. dan mengapa..
tetapi yang aku tahu.. aku memerlukanNya
dan mungkin pembaca blog aku jua memerlukanNya..
mengikut rasa hati yang disimbah cahayaNya...
'Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadanya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy yang agung' at-taubah 128-129
Bersedekah - Ia mengundang rahmat Allah & menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.
Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam,
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,
yg dikirim oleeh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yg membanyakkan pemberian kepada orang lain,
nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan,
nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat as-Daruquthni dari Anas r.a.)
Berikhtiar sehabisnya - Siapa berusaha, dia akan dapat.Ini sunnatullah.
Dalam satu hadis sahih dikatakan
bahawa Allah berikan dunia pada orang yg dicintaiNya & yg tidak dicintaiNya,
tapi agama Allah di beri kepada orang yg dicintaiNya shaja
Bertawakal - Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah.
Allah S.W.T. berfirman,
"Barang siap bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."
Nabi S.A.W. bersabda,
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,
nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki,
ia pagi hari lapar & petang hari telah kenyang."
- (Riwayat at-Tirmizi, Ibu Majah, Ibnu Ibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Mengamalkan zikir & membaca ayat Al-Quran tertentu -
Zikir dari ayat Al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan,
menjernihkan & melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu,
terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
diberi jemanisan iman & dilapangkan rezeki.
Misalnya dua ayt terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129)
jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap lepas solat,
dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan rezeki.
Salah satu nama Allah, Al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selau.
Misalnya dibaca,"Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang,
diiringi doa,"Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali Mu,
bukalah pintu rahmat & keampunan Mu, Ya Fattah ya 'Alim."
Ada juga hadis menyebut,
siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam,
dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.
Bersyukur kepada Allah - Syukur ertinya mengakui segala pemberian & nikmat dari Allah.
Lawannya adalah kufur nikmat.
Allah berfirman,"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur,
nescaya Aku tambahi nikmat Ku kepada mu & demi sesungguhnya jika kamu kufur,
sesungguhnya azab Ku amat keras." (Ibrahim: 7)
FirmanNya lagi:
"....dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." - (Ali Imran : 145)
tips murah rezeki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 Comment and put their link:
sob sob sob...aku pon turut insaf...sob sob sob...
ko kenape chai?
aku mengikut gerak hati aku... aku pun tak tahu.. insaf...
Alhamdulillah syukur
jangan terlalu lama duk di alam sangkaan, dah tiba masa untuk 'berjalan' :)
tima kasih.. aku sudah mula 'berjalan'
Post a Comment