Sunday, August 18, 2013

Taraf PR dilucut, Proton Suprima S


Taraf PR pemilik resort dilucut
[1]
KUALA LUMPUR – Taraf pemastautin tetap (PR) pemilik resort Kampung Sedili Besar di Kota Tinggi, Johor dilucutkan serta-merta ekoran sikap lelaki kelahiran Singapura itu yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.
Tiga kerabat Diraja parah, seorang maut[2]
GUA MUSANG – Tiga kerabat Istana Kelantan yang juga dua pupu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V parah selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan yang turut membabitkan seorang maut di Kilometer 25.9 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Bukit Sejuk, Gua Musang di sini pada pukul 7.30 pagi semalam.
Mengamuk selepas dihalang kahwin[3]
PONTIAN – Seorang lelaki yang gagal menahan marah selepas hajatnya untuk berkahwin lagi dihalang isterinya bertindak membelasah wanita berkenaan dengan kayu dan peralatan perabot hingga cedera dalam kejadian di Kampung Parit Wakaf, Tenggayun di sini kelmarin.
Mufti Perlis larang kahwini pengikut Syiah[4]
KUCHING – Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menegaskan umat Islam di negara ini dilarang daripada berkahwin dengan pengikut ajaran Syiah.
JKM lindungi 3 beradik didera ibu kandung[5]
KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melindungi tiga beradik yang dipercayai didera oleh ibu mereka sendiri di Perak.
PDRM, Jabatan peguam negara bincang pemasangan peranti pada penjenayah[6]
CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara kini berbincang berkaitan pemasangan peranti pengawasan elektronik (EMD) ke atas penjenayah tertentu bagi memantau pergerakan mereka.
Tauke rawatan kecantikan dibunuh[7]
NUSAJAYA – Perbualan singkat antara tauke sebuah salun dengan sepasang pelanggan mengenai rawatan kecantikan berakhir tragedi apabila pengusaha premis tersebut mati dibunuh dalam kedainya di Jalan Indah 1/1 Taman Bukit Indah di sini semalam.
Samun, culik sebelum perkosa pekerja kilang[8]
KOTA TINGGI – Tiga penjenayah bertindak kejam apabila bukan sahaja menyamun sekumpulan pekerja wanita Myanmar sebuah kilang elektronik selepas memecah masuk asrama mereka malah, melarikan salah seorang mangsa sebelum merogolnya dalam kejadian di Jalan Kijang, Taman Kota di sini kelmarin.
Amah mangsa pemerdagangan orang diselamatkan[9]
PETALING JAYA – Seorang amah warga India diselamatkan daripada terus menjadi mangsa pemerdagangan orang dalam kejadian di sini semalam.
Proton lancar Suprima S[10]
KUALA LUMPUR – Kereta model terbaharu keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton), Suprima S, yang dilancarkan semalam mengikis persepsi kononnya syarikat itu menghasilkan kenderaan berkualiti rendah.

0 Comment and put their link:

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena