Sunday, June 29, 2008

Video Clip rapidshare download

Read More

Photoshop online guide/Photoshop tips,trick and information

Fat Boy - Speedpainting
My first Speedpainting video, i love to make one! more at: http://antiheroe.com
Uploaded: June 29, 2008 at 10:35 am
Author: antiheroedotcom
Length: 31:37
Rating: N/A
Views: N/A
Tajae for Charlie
Tajae is © Charlie Art is © me Song used: Gackt - Todokanai Ai to Shitteiru no ni Osaekirezuni Aishitsuzuketa (Instrumental) Programs used: Snagit 8, Photoshop Elements 2.0 Time this...
Uploaded: June 29, 2008 at 10:25 am
Author: AriusShadow
Length: 34:29
Rating: N/A
Views: N/A
Adobe Ph Shop Tutorial
hehe PLZ VOTATI SI COMENTAI CV :(( PLZ!!
Uploaded: June 29, 2008 at 10:21 am
Author: RpcLover
Length: 33:00
Rating: N/A
Views: 2

More>>>>>
photoshop tutorials photoshop elements photoshop cs3 photoshop brushes photoshop cs2 flame effects in photoshop photoshop actions photoshop tips photoshop tricks photoshop techniques photoshop text effects photoshop special effects photoshop paint effects lens flare effects photoshop photoshop text trick photoshop cs3 tricks advanced photoshop tricks photoshop x-ray trick photoshop matte painting tutorials photoshop background tutorials photoshop classes photoshop demo digital painting photoshop adobe learn photoshop photoshop unsharp mask photoshop tutorials photoshop web design
Read More

Video List about Nature Photography

Read More

Anwar dakwa laporan polis satu tindak balas

aku sudah pening.. tetapi.. aku tetap membaca MalaysiaKini sebagai bahan bacaan isu semasa yang aku percaya..

'Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.

Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.'

aku tak tahu nak cakap apa.. serabut aku tentang Malaysia.. berita serabut sana-sini.. kiri cakap 'A', Kanan cakap 'B', depan cakap 'C'.. 'Belakang cakap 'D'.. pusing-pusing buat aku pening.. dan akan lahir la lepas ni gabungan berita yang membuat anda lagi pening='ABCD'.. atau ¼A+½B+¾C atau ¾D+A²+¼C³

nah.. amik berita serabut dari aku.. kan dah serabut.. aku rasa.. media ni kena betul.. ni kasi rakyat 'confuse'.. best ke buat rakyat 'confuse'?

'Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.'

tengok utusan plak...

Liwat: Laporan polis terhadap pemimpin politik

KUALA LUMPUR 28 Jun - Seorang pemimpin sebuah parti politik didakwa meliwat seorang pekerjanya di sebuah tempat di ibu negara. Khamis lalu.Satu laporan polis mengenai dakwaan tersebut dibuat oleh lelaki berusia 23 tahun itu di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, laporan berhubung kejadian itu sudah dimaklumkan kepada beliau dan siasatan terperinci akan dilakukan.

Jelasnya, berdasarkan laporan yang diterima oleh polis, lelaki berkenaan mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara.

"Lelaki berkenaan akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur esok atau Isnin ini untuk pemeriksaan kesihatan termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Siasatan terperinci akan dilakukan selepas menerima laporan DNA tersebut," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Aku tengok jenayah makin subur bak cendawan selepas hujan.. melambak.. peh.. makin hebat ya.. penjenayah itu.. tetapi di negeri manakah yang selalu dilaporkan ada jenayah?

mengikut berita utusan..

Kad kuasa: 2 anggota polis masih ditahan
KUALA LUMPUR 28 Jun - Polis masih menahan 15 orang termasuk dua anggota polis dari Bukit Aman yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan kad kuasa polis dan tentera. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pada peringkat awal mereka ditahan reman selama tiga hari bermula 25 Jun lalu dan tamat pada hari ini.

PUCHONG 28 Jun - Kes rompakan tiga mesin pengeluaran wang automatik (ATM) melibatkan wang tunai RM600,000 dari sebuah bank di Taman Equine, Puchong, Selasa lalu dianggap selesai dengan tertangkapnya dua lagi suspek kelmarin. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dengan tangkapan terbaru itu, jumlah suspek yang ditahan membabitkan kes tersebut berjumlah 12 orang.

aku pun tengok ehoza.. yang membincangkan pasal politik..
dan pasal kes Anwar..
dibawah ni antara gelagat para forumer disana..

'kat mana gaknya filem liwat ni dibuat ....
ada video dia tak ...
saper ader ... share2 yer ...

dah takder idea ke haper ....
ni nak tipoooooo kali yg keberapa ratus kali nih ....
sajer nak tutup kes minyak naik ngan cerita si Rosmah ler ni ....'

'kali nie nak usung apa pulak masuk mahkamah... Xkan nak guna modal lama, usung tilam lagi kut...'

'usung seat kete pulak ke...owhh damm.'

Read More

Terima kasih nuffnang

Hi Mohd Faisal Bin Nasron,

Congratulations!

You are one of the first bloggers in Nuffnang to run the first
widgetized functional ad called the Happy-O-Meter, on ~Menempuh arus kehidupan~.

The new widgetized ad will last from:

Campaign:
Digi Happy O Meter W1

Week(s):
30th June - 5th July

Ad Unit:
Skyscraper (Top).

If you want to learn more about the Happy-O-Meter and what you can do
with it, login to your Nuffnang account on the 30th of June 2008 and
click on the \"Happy-O-Meter\" tab.

Note that the Happy-o-meter page shows code that can be used to show the Happy-o-meter on your blog. For the duration of the campaign, you will not need to paste this code on your blog manually because it will show up automatically for you as an Ad Unit.

Please do not remove the Ad Unit from your blog during the period(s)
of time above or you will not be paid the full amount for the ad.

If you have a Skyscraper Ad Unit, please ensure that it is placed high up in the sidebar or the advertiser may choose to withdraw the ad.

Thank you.

The Nuffnang Team

aku tak faham lagi sebenarnya..
ada sesapa yang dapat lagi?
nampaknya 30 june sampai 5 july nih.. memang aku rajin update blog lah..
tima kasih nuffnang...
Read More

Tuesday, June 24, 2008

Punca minyak naik - Raja Arab Saudi dedahkan di Jeddah

JEDDAH – Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah semalam menyatakan bahawa negaranya tidak boleh dipersalahkan berhubung peningkatan harga minyak.

Bagaimanapun, baginda menuding jari kepada spekulator, cukai bahan api tinggi di negara-negara pengguna dan peningkatan penggunaan di negara-negara membangun.

Raja Abdullah menyatakan demikian ketika merasmikan persidangan minyak di bandar pelabuhan Jeddah.

Baginda turut menjelaskan bahawa Arab Saudi yang merupakan negara pengeksport minyak terbesar di dunia sudah meningkatkan pengeluaran kepada 9.7 juta tong sehari.

“Dan kita kini bersedia untuk memenuhi sebarang permintaan tambahan pada masa depan,” katanya.

Raja Abdullah juga meminta diwujudkan satu inisiatif tenaga yang bernilai AS$1 bilion (RM3.25 juta) untuk negara-negara miskin bagi menghadapi kenaikan harga minyak. Kebanyakan negara di dunia mengalami pengalaman kekacauan sosial oleh penduduk yang berang kerana kenaikan harga bahan bakar itu, peningkatan kos makanan dan lain-lain barangan keperluan asas.

Baginda juga menyatakan Arab Saudi akan menyumbangkan AS$500 juta (RM1.6 bilion) untuk membantu memberi pinjaman kepada negara-negara miskin bagi membiayai projek tenaga dan kewangan. - AP

Sumber>>>

Read More

secret, tips, information and technique in wifi

Read More

Monday, June 23, 2008

Mimpi tentang kiamat...

aku skang cuak...
aku mimpi pasal kiamat...skang pukul 4.30 pagi...
peh.. banyak gila dosa aku...
korang pernah mimpi pasal kiamat tak?
aku mimpi berbincang pasal kiamat.. beberapa orang masa dalam mimpi tu dah pasrah.. kiamat dah nak datang... berbincang tentang perkataan 'wujud'.. cuak betul aku...
aku nak cerita.. ia terlalu komplek.. aku rasa sudah cukup 'dosa' yang aku buat.. skang masa berubah.. aduhai.... takutnya..

wujud itu khayalan atau wujud itu bebetul? mimpi itu wujud... peh...takut la weh...
dah macam perbincangan agama dalam mimpi aku.. aku jadi konfius..
berbincang pasal syurga... neraka... khayalan.. itu ini... aduhai... bermimpi bacaan bismillahhirrahmannirrahim jelas..... beberapa kali sambil tangan kanan aku menggenggam..
saja aku nak kongsi.. kebelakangan ini.. banyak mimpi tak pernah aku hadapi.. dan ia sungguh pelik..
Read More

Sunday, June 22, 2008

Duit syiling 1971, kucing,penyepit baju dan diy booster

'cai.. kau tahu tak.. ramai yang nak duit syiling 1971..
aku cari hampir 3 tahun.. ni baru jumpa.. ' kata man sambil menunjukkan duit syiling dua puluh sen milik beliau yang hitam.. aku ini pantang dicabar.. aku terus selongkar botol simpanan duit syiling.. 'peh.. betul lah.. susah gila nak jumpa..' balasku


seminggu selepas itu.. 'ayang.. ni duit topup erin semalam..' kata si gadis.. sambil menghulurkan duit.. 'aik.. ada duit syiling... peh.. 1971... lucky.. lucky' Kucing adalah seeokor mamalia yang comel... ia juga degil.. dan manja.. ia menyebabkan aku geram...penyepit baju.. ia seeloknya disimpan atau dibiarkan di ampaian baju.. itulah nasib si penyepit baju
apabila kamu hangin dengan broadband celcom yang tak stabil kebelakangan ini.. dari download speed 150kb/s-200kb/s kepada 12kb/s-30kb/s
aduhai.. kenapa lah kat taman universiti ni problem? surfing? memang tak jadi hal.. yang jadi hal.. bab-bab mendownload... kena sekat ke? aku langgan sebab aku nak download.. kalau surfing baik aku guna internet rumah jiran.. lagi laju.. coih....
Read More

Friday, June 20, 2008

wonderful web give away 2008

Over 200 gifts valued at more than $ 10 000 donated by people from all walks of life. My gift for you
“You’re About To Learn Secrets That Most Entrepreneurs Will Never Know About Marketing...”
Contributed by: Reed Floren
This method is what most marketers are using to generate consistant pay-days for themselves and now you too can learn how to get started... The right way... This is the simplest most effective strategy that oftentimes gets me and you to open up your wallet day after day to spend your cold hard cash... This method is not... * NOT Joint Ventures * NOT SEO * NOT Web 2.0 * NOT eBay * NOT Forums * NOT Pay Per Click * NOT Blogging
and many more..
Read More

Wednesday, June 18, 2008

Terima kasih kerana menggunakan http://proxy.kucai.org

terima kasih.. terima kasih..
sambutan anda sungguh menggalakkan...
gunakan ia sebaik-baiknyaops.. ada lagi satu.. anda boleh gunakan ia sebaik-baiknya
freesurf
bypass
Read More

Monday, June 16, 2008

Rakyat Malaysia Patut Tahu...

akibat kesuntukan idea.. serta kekurangan air...
aku menjenguk ehoza... serius discussion...

Rakyat Malaysia membayar petrol sebanyak RM2.70 seliter, lebih murah berbanding rakyat Singapore yang membayar sebanyak RM5.20 seliter.

Ironinya, pendapatan perkapita Malaysian ialah USD5000 manakala pendapatan perkapita Singaporean ialah USD25000

Harga petrol di Thailand ialah RM3.90 seliter, tetapi adakah kita sedar bahawa harga kereta di Thailand lebih murah RM10,000 berbanding kereta di Malaysia ? Rakyat Thailand hanya membayar lesen memandu sekali seumur hidup. Tidak ada kos memperbaharui lesen memandu. Begitu juga dengan cukai jalan. Kita juga terlupa bahawa memandu di lebuh raya enam lines dari Hatyai ke Bangkok adalah percuma tanpa sebarang tol!

Apa yang kita rakyat Malaysia perlu bayar ialah: kos memperbaharui lesen memandu setiap satu, dua atau tiga tahun; cukai jalan setiap setahun atau enam bulan; dan juga tol setiap hari (atau setiap 5km)

Sering diulang bahawa rakyat Singapura membayar RM5.20 untuk seliter minyak. Kenapa kita tidak menyatakan harga dalam Singapore Dollar SGD kerana gaji mereka di dalam SGD dan bukannya MYR. Kenapa mereka tidak kata orang Perancis membayar RM12 untuk seliter minyak? RM5.20 = 2.20SGD, masih lebih murah berbanding Malaysia jika difikir bahawa Singapura bukannya Negara pengeluar minyak!

Mungkin ada menteri yang berfikir bahawa kalau kita berada di Singapura, kita boleh membayar petrol dengan Ringgit Malaysia . Mungkin mereka pernah mengisi RM100 petrol di Singapura dan mendapat 19.23 liter seterusnya mengatakan bahawa kalau mereka mengisi di Malaysia , mereka akan mendapat 37.04 liter!

Di dalam ekonomi, Dollar harus dibandingkan dengan Dollar.. Ianya ibarat kita membandingkan Epal dengan Epal. Dan bukannya membandingkan bahawa buah Durian di Malaysia jauh lebih murah berbanding Durian di Jepun. Yang jelasnya, Jepun bukannya pengeluar buah Durian!

Kalau kita perhatikan, harga Toyota Vios adalah RM89,000..

Di pasaran antarabangsa, harga Toyota Vios ialah USD19,000.

USD19,000 = RM62,700. Ini bermakna pemilik Vios membayar lebihan RM26,300. Kos RM26,300 ini ialah kos operasi, keuntungan tambahan dan cukai kerana kos mengeluarkan sebiji Toyota Vios adalah USD19,000.

RM26,300 / RM625 rebate petrol setiap tahun bermaksud kita menggunakan Vios selama 42.08 tahun.

Kita faham bahawa kerajaan memberi rebate sebanyak RM625 setahun, tapi ianya juga bermakna bahawa seseorang perlu menggunakan Vios selama 42.08 tahun bagi mendapat kos sama yang dibayar untuk cukai kerana menggunakan kereta bukan Nasional.

Adakah kita akan menggunakan kereta yang sama untuk 42 tahun?

Dan sekarang, apabila anda melihat nombor-nombor di atas, adakah ialah adalah subsidi atau penalty? Ianya adalah peningkatan kos, bukan sahaja kos untuk memiliki kereta, malah kos untuk mengerakkan kereta. Harga Coca-Cola 1.5 liter ialah RM3, manakala harga minyak untuk 1.5liter adalah RM4.05.. Jelas bahawa kereta kita lebih banyak minum berbanding kita sendiri!

atau untuk lebih lanjut sila baca...
Read More

Miskin?.. itu sudah pasti.. Nikah? cari iklan cina buta..

nilai empat titik perpuluhan.........
Rm2.70x11=29.9997
30-29.9997=0.0003

membaca Malaysia kini.. dengan tajuk Minyak: Lebih ramai jadi miskin

'Kenaikan mendadak harga minyak sejak 5 Jun akan menjejaskan sasaran kerajaan untuk menghapuskan sepenuhnya kemiskinan tegar menjelang 2010, kata beberapa penganalisis ekonomi.

Mereka yakin kenaikan harga petrol sebanyak 40 peratus dan diesel pula lebih 60 peratus pasti memberi kesan negatif terhadap rancangan itu walau menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A. Aziz pada April lalu berkata beliau yakin kerajaan akan berjaya mencapai sasarannya menghapuskan kemiskinan.'

hapus? mana hapusnya? bertambah melarat adalah.. abihlah.. ramai yang buat side income.. tak larat la nak tumpu kat satu kerja sahaja.. blog ni side income jugak ape.. kuikuikui.. pekerja kerajaan.. kamu guna duit rakyat.. hati-hati ya.. jangan tak jalankan tugas... kang haram jadinya..
kamu makan duit itu...

tengok utusan pula.. 11 pasangan nikah serentak untuk jimat kos JOHOR BAHRU 15 Jun – Dalam keadaan kos hidup yang semakin meningkat pada masa ini, seramai 11 pasangan pengantin di sini hari ini mengambil keputusan untuk berkahwin secara serentak....

ha... kan best tu.. tapi sekarang dengan keadaan kos hidup yang meningkat serta batin yang meraung-raung.. aku pun cari alternatif lain.. nikah cina buta.. kuikuikui

aku sebenarnya nak cari iklan 'gadis sunti untuk disewa' atau 'lelaki cina buta dikehendaki sehari' er... ada sesapa mahu aku jadi cina buta? bayarlah ea.. service charge dan hidden charge sekali.. layanan terhadap isteri yang dikenakan talak 3 sungguh special.. atau tak mahu layan lansung.. harga special gila.. RM 5k kamu sanggup? satu hari 5K.. kalau langgar kontrak.. didenda RM 10k(gurauan berkias maksud bersepah)
Read More

Friday, June 13, 2008

Aduhai.... Malaysia kini serabut

huih... kalo boleh aku tak nak lansung jadi pemimpin..
paling tinggi pun pemimpin keluarga.. cukuplah.. duit rakyat... kesian pulak..
diorang gaji riban-riban tak apa.. tak risau pun minyak naik... kalo penganggur, pemandu teksi, pemandu bas dan lain-lain kerja sokongan.. aku rasa dah tak macam sokongan lagi dah.. jadi bahan kajian adalah.. kalo dah nama penganggur.. nak cari kerja.. kena guna kenderaan.. kalo nak gerakkan kenderaan kena ada minyak.. kalo nak minyak kena ada duit.. kalo nak ada duit kena mintak mak bapak atau kengkawan.. tapi diorang akan kata.. minyak mahal la.. sori.. aku tak dapat bantu.. penggangur tu give up.. tukar pulak jadi penjenayah.... penjenayah educated.. sex tak main la beb.. bukannya dapat duit pun.. segalanya memerlukan duit.. tetapi duit bukan segalanya..

pening aku kalau aku baca surat khabar, tengok tv3 dengan Malaysia Kini sekaligus..
dan aku bertambah pening.. terkenang aku kat mak bapak aku.. camne la keadaan diorang skang nih.. minyak naik.. sanan kata betul.. sesuai minyak naik.. kepala hotak...
sinun plak kata bantah.. kalo aku.. memang aku bantah.. tapi dalam blog sahajalah..

masuk forum.. ish ish ish.. dahulu pemimpin kita tak pernah dikutuk secara berleluasa.. kira ada perasaan hormat lah juga.. skang.. tv tunjuk lain, youtube tunjuk lain.. semua tunjuk lain.. 'google'kan sahaja "Pak lah".. try plak cari kat youtube "klik sini" huah..

aku pun tengok ehoza..
astalavista6048 bagi info..

"Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4.

Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk setiap kenderaan RM 6.20 X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun.

Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.

" Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara. "Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia . Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan," kata Abdullah."

Figure2 di atas tidak termasuk "Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain."


korang baca sendiri .. untuk pengetahuan juga..
Polis halang perarakan isu minyak /MalaysiaKini
esok katanya.. aku memang suka tengok gambar dan pengalaman diorang..
Cetusan tsunami harga barang | Hairul Anuar Sarip
standard.. itulah teori domino, selepas ini teori tsunami politik skali lagi..
Minyak: Demo reaksi tidak matang | Mohd Hanafi Ani
mungkin ada cara lain .. tapi itu sahaja yang dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan..

aku rasa.. kalau kamu baca utusan juga.. mungkin kamu pening.. hahaha aku pening dengan keadaan sekarang.. tak stabil.. kejap cakap lain.. esok lusa cakap lain... kesimpulannya.. lu pikirlah sendiri..
Read More

Sunday, June 08, 2008

aku bosan.. kamera hilang

mintak tolong sesapa doakan aku terjumpa semula kamera kesayangan aku..

apa kamu akan buat jikalau ada hard disk 500 gb? 500gb aku buat download semua movie dari rapidshare..woooooo

kalau sesapa nak tengok movie.. sila datang rumah.. jikalau gadis.. pakai bikini ya.. atau tak payah pakai apa-apa.. kita layan movie sesama.. kuikuikui

tilam disediakan.. bantal serta selimut juga ada... minuman disediakan.. err.. sini ada 6 jejaka.. mahu party?? bawak makanan sendiri...

aku yang keciwa kerana ketagihan kamera.. ketagihan rokok... dan juga ketagihan em em..
Read More

Saturday, June 07, 2008

pmo.gov.my got hacked.. ouch..... save the chicken..

aku dapat berita dari encik foxkid..
pmo kena hack..
skang dah recover balik..

mengikut yang diberitahu.. itu cubaan yang gagal..
tetapi.. mengikut manifesto PENGGODAM MISKIN
ia cubaan yang berjaya..

A special officer to Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi confirmed the
incident and said it was an "unsuccessful hacking attempt".
"What happened is that someone copied the URL (the site's address) and cloned it
to make it look like the real site.


Special Officer?
There is nothing special about you just the same as the rest of those
lazy adminz

UBAH GAYA HIDUP ... Lancau ahh

You cant stop the unstoppable!!


.-" "-.
/ \
| |
| , .-. .-. , |
| )(_o/ \o_)( |
| / /\ \|
(@_ (_ ^^ _)
) \__\_|IIIIII|_/_______________________
(_)@8@<_|-\iiiiii/-|________________________>
)_/ \ /
(@ `----`


[@web ~]$ w
16:38:42 up 16:42, 2 users, load average: 0.22, 0.15, 0.11
USER TTY FROM LOGIN@ IDLE JCPU PCPU WHAT
root pts/0 172.17.27.60 09:11 7:27m 0.03s 0.01s tail -f access_log

[@web ~]$ uname -a
Linux web 2.6.9-5.EL #1 Wed Jan 5 19:22:18 EST 2005 i686 i686 i386 GNU/Linux

[@web ~]$ cat /etc/*ease
Red Hat Enterprise Linux AS release 4 (Nahant Update 4)

[@web ~]$ cat /etc/hosts
# Do not remove the following line, or various programs
# that require network functionality will fail.
127.0.0.1 web.heritage.gov.my web localhost.localdomain localhost www www.heritage.gov.my
172.16.10.2 web web.heritage.gov.my www www.heritage.gov.my
#172.16.10.7 murad
#172.16.10.9 zuraihan
172.16.10.27 mail



-PENGGODAM MISKIN-
from hacker to rockstar

wah.. second tsunami nampaknya..
l337 vs RM2.70

klik gambar untuk besar..


dan si lazy admin pun jawab..
Ouch!! Hacked? mcm tu ke hacking?? ouwwwwwwww..... my 2 years old daughter pon boleh buat macam tu...

"lazy adminz" ??? Ouchhhh...... kalau betul hack, please tell me the type of the server, the programming language and the database used...

For sure tak boleh kan? because, the so called "hacker" do nothing except just change the parameter in his own browser, and then screen captured the page.. mcm tu hack ker? really fucking dumb ass loser..

kalau u Melayu, please don't terpengaruh dengan these Chinese boy punya trick.. you sendiri tau la kan chinese tak boleh percaya punya... by the way, please stop passing this thing around because it's fake dude... nothing, server, database is been take over.. just some "smart" kid and some "design problems" on the page.

-some "lazy adminz"

dan berakhirlah cerita kononnya pmo di hack.. aku pun tak tengok screenshot habis.. kuikuikui
Read More

Thursday, June 05, 2008

Petrol naik 78 sen, diesel RM1.. adoi.. yang miskin terus miskin

'Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.
'

petikan dari MalaysiaKini

pukul 7pm tadi semua berpusu-pusu.. sedaplah 'abang' stesen minyak dia penuh.. sebijik jadi parking lot jusco dikala jcard day.. diorang untung 2 sen seliter kalo harga 1.92.. tu tak kira tanker yang isi 20k lagi tu.. memang masyuk habis... api pun naik..

wah... sesak.. macammana nih.. cuba kamu pk..

gila lah... tapi kenapa compare/banding ngan negara jiran?
kenapa compare/banding ngan negara bukan pengeluar?
kami terseksa... uhuhu..
aku berdoa.. sapa yang menzalimi aku disambar petir...

ada sesiapa mahu buat motor yang guna air tak? tolonglah para jurutera.. ilmu kamu untuk memudahkan generasi seterusnya.. abih tu anak aku nanti macammana? aduahai..
kamu suh set timer jadi 1..

tips isi minyak..
1.tekan slow sahaja.. biar dia alir slow..
2.isi waktu malam.. supaya tak meruap..
Mulai 1 Julai ini, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas di Semenanjung akan diubah seperti berikut:

'Bagi sektor elektrik, harga gas akan dinaikkan dari RM6.40 setiap mmBtu kepada RM14.31 setiap mmBtu. Bagi pengguna sektor industri, yang menggunakan kurang daripada 2mmscfd, harga yang ditetapkan oleh Gas Malaysia Sdn Bhd akan dinaikkan dari RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54 setiap mmBtu. Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan lebih daripada 2mmscfd, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas akan dinaikkan daripada RM11.32 kepada RM32.56 setiap mmBtu. Harga minyak masak (gas petroleim cecair atau LPG) dan gas asli kenderaan (NGV) tidak akan berubah. harga bagi LPG ialah RM1.75 setiap kilogram dan harga NGV ialah 63.5 sen setiap liter.'
sumber MalaysiaKini
Read More

Tuesday, June 03, 2008

3000 Kiyai di Indonesia

Ceritanya apabila mereka tiada kren atau bantuan
teknologi manusia untuk mengangkat kubah..
lalau 3000 kiyai dipanggil.. mereka berzikir...
dan kubah itu berjaya diangkat dengan
kekuatan zikir mereka yang ikhlas.. subhanallah...

kamu tengoklah sendiri.. aku amik video dari ehoza..

kalau salah tolong bagitau ea..
kat malaysia aku belum lagi tengok..
mana tahu ada..
video
Read More

Best dan bersyarat.. sedapnya

Impulse 2008, memang macam celaka..
aku ingat cita makhluk asing.. rupanya cita orang dewasa..
chait.. terkena aku...

memang la impulse tak keluar kat Malaysia..
tadi aku download lain plak.. The Hive 2008..
ntah korang dah tengok ke belum aku tidak tahu..

baru laju skit connection internet 3g aku.. sebab double wi-fry..
boost kaw kaw punya...
aku nak tangkap gambar.. tetapi malang lah..
sama ada aku terlupa aku letak kat mana kamera aku atau hilang..
papehal.. itu dugaan..
hidup ini memang palat.. tetapi esok masih ada...

'tapi bang.. aini tak pernah buat apa yang abang tuduh.. jiwa aini hanya ada abang..'
damn.. skrip novel cinta itu tidak berguna untuk aku... aku terus membaca lagi di MPH..
2 urut refleksi.. aha.. ini memang berguna... aku cari lagi..
kamus jepun-bahasa malaysia.. ahh bosannya..
huhuhuuhu.. best best.. aku delete suma cita satu kaler aku.. niat aku download benda berfaedah sahaja.. yeah.. dari free space=3gb ke free space 15gb.. 12gb satu kaler.. gila..
Read More

Sunday, June 01, 2008

Wallet hilang..

aduhai.. aku punya kamera kesayangan tidak dijumpai.. damn it..
aku pun mengajak seorang gadis berhibur melepaskan tekanan emosi yang memuncak disertai air di kepala.. 'jom tengok long khong 2' kata aku.. 'cita apa tu? cita seram ke? kalau cita seram awak tengok sensorang.. cita sepi ada tak?' sambil bertanya si dia menjawab soalan aku.. err.. 3 tanya satu jawapan.. ia membuatkan kita tidak putus idea berbual.. bagus bagus.. gadis ini sesuai..

sampai disana.. si gadis takut lalu menyorokkan muka di dalam sweater.. mungkin terlalu kejam.. 'awak boleh tengok cerita macam ini? kejam sangat.. tak sanggup saya tengok..' tanya si gadis
'biasalah.. cita lagi kejam dari ini pun pernah saya tengok..' kata si jejaka angkuh..
'tak nak lah tengok.. nak tengok mata awak ajelah..' kata si gadis..
'silakan.. silakan..' si jejaka membalas acuh tak acuh..
'nah air..' sambungnya lagi..
'aku menghulur mulut untuk menyedut.. eh.. ceh.. popcorn..' aku terkena..
damn.. banyak kali aku terkena..
awas.. jangan membawa orang yang tak suka cerita yang digemari awak.. tak fokus jadinya.. kena kacau aje.. aku pun hilang fokus lalu.......... dirahsiakan.........

cerita pun habis.. ntah apa ntah.. memang tak dak feel... aku tengok sedikit sahaja.. yang lain.....
ntah.. alam khayalan...makan sekejap dengan fit dan aweknya.. dan hidap sbatang dua rokok..
'jom pegi wayang balik.. wallet saya hilang.. tercicir kat sana' kata si gadis..
'jom cepat sikit.. skang dah pukul berapa..' balas ku..

'awak duduk cinema berapa tadi? seat no berapa?' kata petugas..
'cinema 10 seat g9 ngan g10' balas ku..
air mata si gadis mula menitis... ia menggelabahkan aku sebagai seorang lelaki
'sabar.. diorang pergi cek kejap ea' balasku.. skang ni tawakal aje tau..'
'bang.. beg warna apa? diorang dah jumpa? warna hijau ke?' balas petugas wayang..
'bleh tak kami pergi cari?' tanya si gadis sangsi dengan petugas disitu..

kami pun pergi ke cinema 10.. cari punya cari.. hampir 30 minit mencari.. tak jumpa-jumpa..
seorang petugas mengusulkan pendapat.. 'bang.. kalau kami jumpa.. kami bagitau.. meh no telefon abang..' kami pun give up.. dan menuju ke pintu keluar.. tanpa disangka..
tiba-tiba.. seorang bro jumpa wallet.. kat cinema 4.. 'peh setup nih cam sial pun ada.. ahh tak mengapa asal ic,atau dokumen penting selamat..' kata aku di dalam hati..
aku tertanya tanya..
adakah penonton boleh pergi dari cinema 10 ke 4? atau petugas? atau cleaner? ahh.. asal selamat.. damn it.. ia tidak menyeronokkan.. kesian si gadis.. duit kosong habis.. tidak tinggal walaupun seringgit.. kosong.. damn.. damn... kesiannya..

teringat aku kat kamera aku yang masih tidak dijumpai.. tadi aku pergi ke shell.. tiba diserang sakit belakang badan.. hampir pengsan aku.. ape pasal? aku pun tidak tahu.. sengal.. tangan kanan aku bagaikan lumpuh.. tapi boleh bergerak lemah... damn... dugaan ini sungguh berat.. aku berehat selama 2 jam sebelum berinternet.. hu.. lega.. sang tangan sudah okeh..
Read More

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena