Friday, June 13, 2008

Aduhai.... Malaysia kini serabut

huih... kalo boleh aku tak nak lansung jadi pemimpin..
paling tinggi pun pemimpin keluarga.. cukuplah.. duit rakyat... kesian pulak..
diorang gaji riban-riban tak apa.. tak risau pun minyak naik... kalo penganggur, pemandu teksi, pemandu bas dan lain-lain kerja sokongan.. aku rasa dah tak macam sokongan lagi dah.. jadi bahan kajian adalah.. kalo dah nama penganggur.. nak cari kerja.. kena guna kenderaan.. kalo nak gerakkan kenderaan kena ada minyak.. kalo nak minyak kena ada duit.. kalo nak ada duit kena mintak mak bapak atau kengkawan.. tapi diorang akan kata.. minyak mahal la.. sori.. aku tak dapat bantu.. penggangur tu give up.. tukar pulak jadi penjenayah.... penjenayah educated.. sex tak main la beb.. bukannya dapat duit pun.. segalanya memerlukan duit.. tetapi duit bukan segalanya..

pening aku kalau aku baca surat khabar, tengok tv3 dengan Malaysia Kini sekaligus..
dan aku bertambah pening.. terkenang aku kat mak bapak aku.. camne la keadaan diorang skang nih.. minyak naik.. sanan kata betul.. sesuai minyak naik.. kepala hotak...
sinun plak kata bantah.. kalo aku.. memang aku bantah.. tapi dalam blog sahajalah..

masuk forum.. ish ish ish.. dahulu pemimpin kita tak pernah dikutuk secara berleluasa.. kira ada perasaan hormat lah juga.. skang.. tv tunjuk lain, youtube tunjuk lain.. semua tunjuk lain.. 'google'kan sahaja "Pak lah".. try plak cari kat youtube "klik sini" huah..

aku pun tengok ehoza..
astalavista6048 bagi info..

"Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4.

Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk setiap kenderaan RM 6.20 X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun.

Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.

" Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara. "Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia . Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan," kata Abdullah."

Figure2 di atas tidak termasuk "Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain."


korang baca sendiri .. untuk pengetahuan juga..
Polis halang perarakan isu minyak /MalaysiaKini
esok katanya.. aku memang suka tengok gambar dan pengalaman diorang..
Cetusan tsunami harga barang | Hairul Anuar Sarip
standard.. itulah teori domino, selepas ini teori tsunami politik skali lagi..
Minyak: Demo reaksi tidak matang | Mohd Hanafi Ani
mungkin ada cara lain .. tapi itu sahaja yang dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan..

aku rasa.. kalau kamu baca utusan juga.. mungkin kamu pening.. hahaha aku pening dengan keadaan sekarang.. tak stabil.. kejap cakap lain.. esok lusa cakap lain... kesimpulannya.. lu pikirlah sendiri..

5 Comment and put their link:

abeming said...

tak tau nak ckp pe cai...mmg serabut skarang ni...

zuhairy said...

dah tuntut rebet ker?

Ni lah cara kerajaan nak gula-gulakan rakyat!

Dasar Penipu Negara.

Oda-オダ said...

emm tu la...aku pun ada rasa cam nak jadik pemimpin jugak skrang...kita dah xde pemimpin yg memikirkan rakyat dahh...aku kesian kat org yg berpendapatan rendah..makin ramai la rakyat miskin kat malaysia ni...

edriaty said...

pasni aku n yazid jalan semban nek bas jek.minyak mahal.huhuhu

:+:CikPayung:+: said...

jgn baca la akhbar utama.. semua tu mmg dipantau..hanya citer yg baik baik ttg dasar kerajaan sekarang.. =) bias..

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena