Thursday, June 05, 2008

Petrol naik 78 sen, diesel RM1.. adoi.. yang miskin terus miskin

'Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.
'

petikan dari MalaysiaKini

pukul 7pm tadi semua berpusu-pusu.. sedaplah 'abang' stesen minyak dia penuh.. sebijik jadi parking lot jusco dikala jcard day.. diorang untung 2 sen seliter kalo harga 1.92.. tu tak kira tanker yang isi 20k lagi tu.. memang masyuk habis... api pun naik..

wah... sesak.. macammana nih.. cuba kamu pk..

gila lah... tapi kenapa compare/banding ngan negara jiran?
kenapa compare/banding ngan negara bukan pengeluar?
kami terseksa... uhuhu..
aku berdoa.. sapa yang menzalimi aku disambar petir...

ada sesiapa mahu buat motor yang guna air tak? tolonglah para jurutera.. ilmu kamu untuk memudahkan generasi seterusnya.. abih tu anak aku nanti macammana? aduahai..
kamu suh set timer jadi 1..

tips isi minyak..
1.tekan slow sahaja.. biar dia alir slow..
2.isi waktu malam.. supaya tak meruap..
Mulai 1 Julai ini, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas di Semenanjung akan diubah seperti berikut:

'Bagi sektor elektrik, harga gas akan dinaikkan dari RM6.40 setiap mmBtu kepada RM14.31 setiap mmBtu. Bagi pengguna sektor industri, yang menggunakan kurang daripada 2mmscfd, harga yang ditetapkan oleh Gas Malaysia Sdn Bhd akan dinaikkan dari RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54 setiap mmBtu. Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan lebih daripada 2mmscfd, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas akan dinaikkan daripada RM11.32 kepada RM32.56 setiap mmBtu. Harga minyak masak (gas petroleim cecair atau LPG) dan gas asli kenderaan (NGV) tidak akan berubah. harga bagi LPG ialah RM1.75 setiap kilogram dan harga NGV ialah 63.5 sen setiap liter.'
sumber MalaysiaKini

3 Comment and put their link:

A t i Q a h said...

Ya ya. Mereka harus disambar petir. Wachaa!!

&137 4P15 said...

bersyukurlah kerajaan masih laksanakan sistem subsidi ni, cuba korang cari negara mana masih fikirkan nak bagi subsidi minyak pada rakyatnya. Mahal sket tak apa janji masih ada subsidi..... Bayangkan kalau subsidi dimansuhkan terus mcm mana? mesti harga 1 liter RM5.50. Tak caya tunggu subsidi di mansuhkan..... Lagi satu, kos hidup makin naik so pandai2lah kerja kuat atau lebih sket, kalau kita jenis teruskan hidup mcm sediakala alamat nayahler masa depan korang. Mulai harini start ler buat bisnes kecil2lan insyallah akan maju pada masa akan datang.... Ingatlah kata nabi 90% rezeki kita datangnya dari berniaga.....(jujur, ikhlas dan amanah sure boleh suksess.....)Jom bela kambing kat kampung faisal.....

Anonymous said...

@atiqah
hahahaha.. emosi semalam tak dapat isi minyak....

@mdh
huhuhu.. pasni bela kambing,ikan ngan tanam sayur.. kena strugle nak hidup..

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena