Showing posts with label happiest day in my life. Show all posts
Showing posts with label happiest day in my life. Show all posts

Tuesday, September 23, 2008

Aduhai.. gigi bongsu ini tumbuh..

Sakit ya ampun.. ampun..
sakit... gigi bongsu ini menyeksakan aku dikala pagi..
'yazid.. camne nak hilangkan sakit gigi bongsu?' kataku kepada yazid..
'kau tumbuh juga ke? aku dua hari lepas tumbuh.. skang dah ulser. bahaya kalo gigi bongsu tumbuh senget.. kena buat pembedahan..' kata yazid kepada aku
'berdenyut rasanya gusi aku sekarang ni' kata aku lagi..
'aku pun sama.. tu yang aku macam tiada mood tu'

2 ahli teratak tumbuh gigi bongsu nampaknya..
ada sesapa tahu cara termudah nak hilangkan badmood kerana gigi bongsu?
Macamana nak kunyah :D sakit... aku selalu guna belah kanan.. uhuhuhuhuhuhuhuhu ada sesapa nak bagi aku CPR?
Read More

Sunday, July 27, 2008

Ankara peraduan kotex

peraduan kotex ini dengan hadiah laptop memang membutakan jiwa serta akal aku.. walaupun aku kurang yakin menang.. kerana ia membabitkan impian laptop.. aku perjudikan jua.. 2 kotak slim.. itu syaratnya.. harga RM 15 atau keatas.. selepas bayar jumlah tiket perjudian nasib ini.. aku kembali ke meja petugas.. dan bermain.. damn... hanya 93 markah.. aduhai.. lemah gila.... sekarang aku sudah ketagih... karaoke kat Giant... dan sekarang game flash... damn it.. damn it sekali lagi...

mengenang kembali kehidupan 2008 ini.. aku sungguh gembira diuji pahit,masam dan manis sudah aku rasa.. memang kehidupan ini mematangkan diri.. ia berkadar lansung dengan nilai persekitaran.. dan pergaulan sosial di tempat kita merempat..sejak aku kehilangan kamera kesayangan.. aku sudah ketagih menangkap gambar.. nasib baik telefon bimbit ada kamera.. untuk merakam kehidupan.. nampak gaya.. aku aktif semula menangkap gambar selepas ini.. sekarang mengumpul duit mencapai impian kamera..
gadis ferarri.. walaupun ia tiada petunjukan ferarri namun sungguh mulus,gebu serta mungil.. gambar ini ditangkap oleh rakan aka qarin aku.. tapi terkantoi dengan akak di seven e.. 'uiii tangkap apa tu....' jeritnya... 'aduh.. kantoi....' balas qarin aku
setiap malam minggu.. adalah penjimatan terhebat.. dan setelah jimat.. kita jimatkan lagi.. mengeksperimen dengan nilai
kenkadang.. ada duit lebih.. aku berkaraoke dengan orang tersayang.. kenkadang juga aku menghaiskan masa disini..
iklan.. ya... ia sekadar iklan.. tidak ada kena mengena sama ada hidup atau mati
Read More

Wednesday, May 28, 2008

Tukar separuh pinjaman PTPTN pada biasiswa

aku memang bersyukur gegila.. kalau tukar separuh pinjaman PTPTN pada biasiswa.. kamu tahu tak tentang seksa seorang peminjam PTPTN.. zaman sekarang ini zaman duit.. semua kena ada duit. kamu ingat pinjam 1000 baya 1000 ka? ini zaman along.. bukan along kepada adik-adikku tetapi along betul.. ceti!!(ayat nabil).. sebelum itu.. meh aku terangkan kenapa orang pelik tentang bebanan membayar hutang.. itu bagi yang lalai membayar hutang sahaja.. memang terbeban..

okeh.. jikalau anda pinjam Full RM 24000.. dan kamu lepas graduate tak dapat kerja.. tak reti nak cari duit sendiri.. duduk melepak.. kos perkhidmatan jalan beb.. 6 bulan kamu menganggur.. sebulan dia cas RM 48(tak tahu berapa peratus.. ikut pinjaman sendirilah.. yang ni contoh sahaja) kos perkhidmatan tu.. adui.. kalau jadi along ni mahu 3%/month dari pinjaman..baik jadi along.. 6 bulan kamu melepak.. naik lah kos perkhidmatan tu sebanyak RM48x6=RM288
jadi pinjaman kamu sudah meningkat kepada RM24000+RM288=RM24288
selepas itu kamu bayar tak ikut jadual lagi..

bagi peminjam lalai.. tak sedar diri.. pemalas nak bayar..
jika kamu bayar RM200 setiap 4 bulan.. tiada maknanya.. memang sampai tua ah tak habis bayar pinjaman.. meh aku bagi jadual untuk peminjam lalai,tak ikut jadual
Awal RM 24000
Jan RM 48(Kos perkhidmatan)
Feb RM 48(Kos perkhidmatan)
Mac RM 48(Kos perkhidmatan)
Apr RM 48(Kos perkhidmatan)
Mei kamu bayar RM 200 jadi kos perkhidmatan = RM 192..
RM 200 + Kos Perkhidmatan pungutan kat bank RM 2.50 = RM202.50
RM 200 - RM 192 = RM 8
maknanya kamu bayar hanyalah RM 8 sahaja dan kamu kena keluar modal RM 2.50 untuk bayar kos pungutan..
ish ish ish.. cukuplah kamu susah.. jangan susahkan orang lain...
kalau online banking RM 0.50 sahaja(kalau tak salah)

baki RM 23992(Yeah.. anda berjaya bayar RM 8)
itulah dia bagi jadual bayaran.. kamu taknak cari kerja.. kamu tak faham cara.. camnilah jadinya..

kira ibarat.. kamu bayar RM 2 sahaja setiap bulan.. kamu ni tak ingat mati agaknya..
RM 2x12=24..kalau kamu hidup 40 tahun maksimun dan mengamalkan gaya hidup bayar PTPTN 4 bulan sekali RM 200 maka jumlah yang kamu bayar untuk menolak hutang adalah RM24x40=RM960
maka RM 23992-RM 960=RM 23032
cuba kamu kira.. mesti kamu ingat.. kamu bayar 2 kali..kiranya RM 400 setahun bukan??..
RM 400*40 tahun berapa? RM 16000..
kamu lupa yang caj perkhidmatan???
kamu mudah lupa agaknya.. kiranya caj perkhidmatan Rm16000-RM960
maka kamu hidup-hidup ingat kamu bayar hutang.. rupanya bayar cas perkhidmatan sahaja..
kuikuikui.. RM 15040 tu casj la woi.. kamu baru bayar RM 960. hutang masih RM 23032
lepas tu kamu pun tersedar.. dan nak ikut jadual balik...
dowh.. dah nak mati dah tu.. utang PTPTN camtu..
itu adalah amaran untuk orang yang masih lalai.. baca bebetul ea..

kesimpulannya.. harap dapatlah jadi separuh pinjaman PTPTN pada biasiswa.. memang lega..
kalau hapuskan kos perkhidmatan pun jadilah.. memang beruntung sesiapa yang dapat pinjaman dari Mara,JPA dan lain lain.. aku salut sama MARA dan JPA..

Keratan/Salinan dan tampal dari kosmo

KUALA LUMPUR - Seorang senator menyarankan supaya 50 peratus daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukar kepada biasiswa, manakala caj perkhidmatan bayaran balik pinjaman dihapuskan.

Senator Datuk Roslan Awang Chik berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan bebanan bayaran balik pinjaman yang terpaksa ditanggung pelajar dan bagi melahirkan modal insan bermutu untuk pembangunan negara pada masa akan datang.

Katanya, isu pelajar terbeban dengan bayaran balik pinjaman dan caj perkhidmatan yang tinggi adalah antara faktor yang menyebabkan tercetusnya tsunami politik pada pilihan raya umum ke-12, Mac lalu.

"Bagi mengelak tsunami itu berulang, kerajaan perlu mengkaji mekanisme yang sesuai untuk memastikan pembangunan modal insan dapat dilaksanakan dengan terancang. Dahulu, kerajaan memberikan biasiswa kepada pelajar dan apabila tamat pengajian, pelajar dijamin dengan pekerjaan yang sesuai berdasarkan kelayakan akademik.

"Tetapi kini, bukan hanya tidak dijamin pekerjaan apabila keluar daripada institusi pengajian tinggi, malah fikiran pelajar sudah tersemat satu perkataan iaitu 'berhutang' kerana apabila mereka menamatkan pengajian, hutang antara RM50,000 hingga RM60,000 tidak termasuk caj perkhidmatan menunggu mereka,'' katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, di sini semalam. - Bernama

Read More

Tuesday, May 27, 2008

Sunday, May 18, 2008

Spa.. tempat dirahsiakan

aduhai.. hari ini sungguh menyeronokkan.. aku teman seorang gadis buat facial.. ngan aku-aku terjebak buat facial sekali.. damn... minggu depan sauna.. mahu?... atau Thai Village.. body massage.. RM30 kat Giant.. balik aje.. singgah Aras Ledang.. bungkus makanan.. lepak 7e.. dan gadis itu bersuara.. 'yang.. bleh tengok kamera...' senyuman membunuh diukir lembut menawan... 'errr.. boleh..(tolonglah jangan delete.. tolonglah...) kurungan didalam hati' kata si jejaka..

'kelaka la.. macam hantu... eh.. camne nak tengok yang lain...' senyuman membunuh diukir lembut menawan lagi... 'er.... camni(jujur gila aku) kurungan di dalam hati' kata si jejaka gugup... 'eh.. ada gamba kak Linda.. baik cakap.. time orang sauna tadi awak sorang aje lelaki dalam bilik tu.. awak buat apa?' tanya si gadis sambil tersenyum dengan senyuman membunuh diukir lembut menawan.. 'err.. orang baring la.. bukan dapat tengok pun kak linda lulur ke ape ke.. kan orang pejam mata...' balas si jejaka... 'saya delete gambar kak linda ea...' kata si gadis meminta kebenaran.. 'ala.. biarkan aje la..' balas si jejaka ... 'awak nak buat apa? ewah ewah.. saya delete.. ingat saya nak bagi awak simpan gambar perempuan lain?' balas si gadis agak marah cemburu meluap-luap.. 'ok.. baik....(time marah.. ikutkan sahaja.. jangan jawab ..) kurungan di dalam hati' balas si jejaka.. 'betul awak tak tengok???' tanya si gadis meminta kepastian 'tak... saya tak tengok lansung' balas si jejaka...
*
*
itulah kisah tadi.. sekarang mata aku bengkak.. ketumbil.. damn... esok camne nak jawab? adoila........


sepatutnya ada gadis bersauna disini.. kamu cuba dahulu.. pasti kamu akan kata 'panas' dengan nada yang seksi..
doakan aku selamat esok.. eh.. tak lupa juga.. selamat menyambut cuti wesak..
Read More

Thursday, April 10, 2008

Bunga Ros, Adsense, Nuffnang dan dot dot dot

aku balik ke rumah..
menghalang si siput dari masuk ke peti surat
kang dimakan surat kang susah plak aku

berkhayal tentang mimpi kelmarin..
mimpi tahi bintang.. seronok..
aku masih dapat bayangkan gambaran
tahi bintang jatuh ke bumi..
dan meletup.. banyak.. bukan satu bukan dua
banyak...

duduk dan berfikir tentang masa hadapan..
mengurut pinggang dan berfikir tentang seorang isteri
yang dapat mengurut badanku ini..
dari aku pergi chiang mai..

hari ini agak emo dengan berita..
media alternatif dan media yang biasa didengar dan dilihat
memang begitu adat resam maklumat..
kita kena cari maklumat yang betul..
jangan sampai bercakap tanpa fakta

oh.. dahulu aku tidak pernah tengok bunga ros
depan mata.. maksud aku yang semulajadi tumbuh melata..
kagum aku.. wangi woo
cantik syot.. cantik dan berbisa..
kecik kecik dah kiut
selepas itu aku pun balik..
sampai sahaja dirumah.. alangkah terkejutnya aku
didalam peti surat ada surat..
yeah... adsense dan nuffnang menjengah
ya.. hidup ini sungguh indah..
hasil penat lelah 2 bulan akhirnya berjaya juga
nampaknya aku dah dapat saluran
yang betul
Read More

Monday, April 07, 2008

Peperiksaan Khas Akhir

peh.. syukur...
'bang.. tolong benti kat sri puteri.'
dan akhirnya aku ingin membebaskan diri dari konkongan
dunia bersempadan.. tak sabar aku nak update blog..
dan aku terus tepon raja..sambil menunggu..
aku menghisap rokok 4 hingga 5 batang
'eh.. sibuk jugak malam ni..' kataku sendirian
diatas jejantas..
menunggu orang tiada sekejap..
untuk lebih fokus..
menggunakan effect firework..
aku menangkap gambar lalulintas

aku jadi seronok.. yeah..
aku sudah tidak hirau...
aku biarkan segala-gala dugaan aku tadi
seperti lalulintas ini..
ia datang dan pergi..
dalam fikiran aku..selepas ini
aku boleh surfing..
ahh.. tidak dapat aku gambarkan keseronokan
aku sampai kat sri puteri ini
Read More

Peperiksaan khas: Bahagian 5(ujian kesabaran dari tuhan)

jika anda tertinggal bahagian 1 sila baca sini
jika anda tertinggal bahagian 2 sila baca sini
jika anda tertinggal bahagian 3 sila baca sini
jika anda tertinggal bahagian 4 sila baca sini
Balik lah...
akhirnya aku balik.. dengan bas yang ikut mood..
fakkk... aku hangin selepas episod tidak dapat
pergi mengambil peperiksaan khas..
sabar.. sabar.. sabar.. sampai bila?


huh.. aku pun amik keputusan menunggu.. menunggu lagi?

damn.. letih syot.. jiran aku dari kul 7-9 tak dak bas lalu depan rumah
aku 10-11.30 baru ada bas..
aku menyumpah seranah didalam hati
akhirnya sampai jua ke Bahau..
tanya tiket..
dan tiada.. semua pukul 4.00PM
fakkk. aku pergi ke stesen ketapi.. tanya..
4.30PM

pukul 12.. sampai kul 4 aku mahu buat apa?
aku sudah penat.. letih..
jikalau ada gadis mahu urut aku atau melakukan lebih dari itu
aku rela.. aku rela.. aku tak sanggup menunggu lebih lama

inilah dugaan untuk menjadi seorang suami yang penyabar.. ceh..
*=1 jam
*
*
*
3 jam.. bayangkan 3 jam yang bosan..
tidak dapat aku nak lalui lagi
akhirnya bas sampai..
CAJ 6600.. yeah.. bas tambahan.. &^87^*&^%*
aku hangin.. masuk aje macam sauna.. habis toksin aku
suma keluar..

aku redha dengan segala ujian/peperiksaan khas dari tuhan..
ini untuk aku melihat keadaan di sekeliling..
aku terus tidur.. akhirnya sampai segamat.. wow.. tayangan free..
dah dah.. tido.. baik aku tido sambil melihat permandangan...
Read More

Peperiksaan khas: Bahagian 4(ujian kesabaran dari tuhan)

jika anda tertinggal bahagian 1 sila baca sini
jika anda tertinggal bahagian 2 sila baca sini
jika anda tertinggal bahagian 3 sila baca sini

aku pergi ke Bahau
dengan adik aku.. dan selepas aku frust tak dapat pergi
ke Seremban untuk mengambil peperiksaan khas.
sejak aku frust ini.. aku tersilap panggil adik aku jadi gelaran
'ani', 'ayang' dan 'sayang'
gila lah aku ini...
gila bayang....
muka dia sudah banyak jerawat.. mungkin resdung
aku pergi teman dia separuh hari suntuk jenjalan..
banyak dugaan juga adik perempuan kita yang menigkat dewasa ini
dari aku tak dapat apa aku mahu..
aku berazam untuk dapatkan apa yang family aku mahu

dan berhasil.. membeli printer canon pixma 1880
beli handset abah..
dan lain lain lagi.. hari ini aku gembira.. semua tercapai..
maksud aku.. impian family tercapai..
aku aje belum lagi.. sabar.. untuk menjadi seorang suami penyabar
camni lah dugaan dia.. uhuhuhuhu
sampai ke malam aku tersilap nama.. damn..
Read More

Peperiksaan khas: Bahagian 3(ujian kesabaran dari tuhan)

jika anda tertinggal bahagian 1 sila baca sini
jika anda tertinggal bahagian 2 sila baca sini

sampai pun rumah.. 6.30 AM..
bas ke Seremban sudah terlepas
'ham jadah'.. kata aku..
gila.. dugaan menunggu ini sungguh perit...
tapi aku dah lepas 2 dugaan..
lega.. sekarang dugaan menunggu bas ke Bahau.. dan Bahau ke Seremban
dan pukul 9.00 AM sudah habis.. damn

'adakah ini dugaan yang dilalui raja?'
aku berkata di dalam hati...
perit, sedih semua emosi bercampur gaul..
nasib baik ada 'si gebu busuk' kucing peliharaan adik aku..
sungguh hiperaktif.. susah gila aku nak tengok 'si gebu' ini berehat

dan aku melayan karenah sigebu ini sampailah aku tertidur kepenantan
ekor tupainya sungguh menggoda aku..
aku belai dan belai dan belai.. sampai aku tertidur
damn.. tidur.. aku mahu tidur..

Read More

Peperiksaan khas: Bahagian 2(ujian kesabaran dari tuhan)

jika anda tertinggal bahagian 1 sila baca sini

pukul 6.55 PM..raja memandu laju
akhirnya sampai jua ke stesen keretapi itu..
masuk aje.. dapat pelbagai 'rumour'
mengatakan bahawa 'train' tergelincir kat Triang
ada jua mengatakan 'train' tergolek kat Kluang
aku tabah jua.. 'delay' sampai pukul 10.00 PM
aku digelar 'sidegil'.. mana taknya.. risau aku..
aku asyik tanya brader tu..
Abd Hafiz rasanya

speaker kat situ cam haram.. sepatah haram tak dapat dengar
mungkin 'barang antik' kata aku..
lepak lagi.. mengurat seorang penggemar novel 'Harry Potter'
Atie nama dia.. seorang budak PoliJB tetapi tiada blog
leka plak aku berbual.. sampai 2 train aku tak jenguk bertanya khabar
selepas itu aku keluar.. bebual dengan budak kelantan
yang sama nasib dengan aku.. damn.. 'delay' lagi
pukul 11:00 PM plak..
ni dugaan aku menunggu.. mungkin dilatih secara halus menjadi
seorang suami yang penyabar.. ceh..
damn lagi... pukul 12:00 PM... dan ramailah
penumpang express antarabandar mengeluh..
akhirnya dapat jua masuk..
terjumpa pula seorang pakcik(old timer) bab travel
semua dia tahu.. kampung aku punyalah ceruk pun dia tahu selok belok
kampung si budak kelantan itu pu dia tahu..
gila.... kaki travel ini.. pakcik tu pun tiada blog..


tanda tanya aku menunggu train akhirnya terjawab apabila
'hand break' ditarik.. tidak sabar rasanya..

aku terus lepak sambil memakai baju teratak42
dan minum serta makan..
pakcik tu belanja.. kebetulan budak kelantan itu dapat seat sebelah aku
'kalau ko nak naik tanpa tiket.. ko duk kat kantin..
modal dia hanya makan dan minum kat situ..
' 1:45 mula bertolak
yeah.. inlah peperiksaan khas aku...

Read More

Sunday, April 06, 2008

Peperiksaan khas: Bahagian 1(ujian kesabaran dari tuhan)

Yeah... nampaknya dapat aku balik petang ini..
tidak sabar rasanya untuk balik.. banyak benda aku dah plan..
kalo dari larkin pukul 3, pukul 8 sampai Bahau
seronoknya... 'Raja.. mintak tolong anta aku ke larkin'
'jom..' balasnya
dengan hiruk pikuk bandar Johor dan pelbagai ragam warga kota
kami redahi jua.. hampir terlanggar sebuah kereta..
'huhuhuhu.. lega.. skill pemanduan raja berada pada tahap advance'
kataku didalam hati.. akhirnya sampai jua ke Larkin
'nenek nenek sibongkok tiga.. siang malam asyik berjaga..
mencari tiket dimana ada ..nenek ku kahwin dengan dengan anak raja'
nyanyi hati kecilku

'tiket pukul bapa?' tanyaku dan disambung didalam hati 'datuk harimau'
'pukul 5:30 petang' jawab mak cik itu ops.. kakak itu
aku mencari lagi.. syarikat bas yang dipercayai aku ada 3
iaitu Transnasional(T), Damai Ekspress(DE) dan Cepat Ekspress(CE)..
ketiga-tiga syarikat menunjukkan masa atas 5.. jadi aku pergi
ke syarikat bas T itu semula.. dan jawapan yang amat mengecewakan
'tiket habis'.. pergi ke DE dan CE pun sama.. 'tiket habis'
'itulah.. kat sini(Larkin) kena buat keputusan dengan cepat..
jangan memilih.. camni jadinya' tegur si Raja diatas sikap memilih masa aku..
tma kasih...selepas itu Raja bagi 'option' lain iaitu keretaapi..

yeah.. masa pada ketika itu menunjukkan 4.00 PM
dan kami bertanya staff KTM disitu samaada ada tiket tak untuk
ke Bahau.. jawapan yang agak menggembirakan.. 'pukul 7.00 PM'
lagi 3 jam.. raja cadangkan beli dan balik rumah dahulu..
sebelum balik ke rumah... kami lepak di mutiara rini..

posing maut jejaka teratak42(kiri aku.. dan raja)

scene senja nan biru
scene awan..
scene pokok
dan scene awas..

Read More

Friday, April 04, 2008

Selamat bercuti semua

aku tak dapat nak update blog sampailah hari isnin minggu depan..
ada peperiksaan khas..
uhuhuhuhu.. satu haram knowledge aku tak tahu..
jadi.. doakan aku dapat pencerahan dengan melihat permandangan
masyarakat sepanjang perjalanan..
ops ya..

aku naik keretapi pukul 7..
doakan keretapi itu dapat sampai ya
terima kasih..

mak... ical nak balik nih..
Read More

Thanks a lot Nuffnang

wehehe akhirnya..
memang betul.. 30 hari beb
nuffnang tak tipu..
kalo korang nak redeem..
amik 3 hari sebelum akhir bulan..
pastu tunggu sebulan baru dapat check..
nampaknya aku kumpul duit sahajalah..
dah terdesak.. ujung bulan aku redeem..
hehehe
klik gambar untuk besar :D
gembira hasil titik peluh aku.. heheh
*
*
*life aku tadi..
gi angsana.. ngan baju sama...
aku rasa aku dah tahap bukan aku dah nih
sib baik aku tak pakai baju warna pink..
disebabkan blog aku dibaca oleh orang tersayang maka
aku katakan saya sayang kamu..
tapi saya tak nak warna baju merah, pink ea..
ada berita baik untuk kamu.. nanti saya suh kamu simpan hasil titik peluh saya..
Read More

Saturday, March 29, 2008

Official Shirt for Teratak 42 bloggers

'yang.. ni ada baju baru :)' kata si lelaki sambil menanggalkan jaket K-Swissnya
'tak buatkan untuk orang pun...' balas si gadis..
'cantik x?' kata si lelaki..
'cantik..eh... apa dia tulis nih.. Rumah yang Tenang jangan di sangka tiada Buaya!!!!'
balas si gadis
'sapa yang buat baju ni? cuba cakap sikit? sapa bos buaya kat situ?' kata si gadis agak marah dengan moto ituh
'erk.. erk... erk...ada tulis buaya eh.. macam mana bisnes hari ini' lelaki itu terkedu dan memikirkan jalan mengubah topik...
Read More

Tuesday, January 01, 2008

Selamat Tahun Baru

welcome back
Selamat Tahun Baru :)
kepada Asmahani Hussein.. selamat hari jadi...

Kepada Yang mahu bekerja kat kulim..

under ncs is
keje kat lab intel
position: validation engineer
requirement: background OS, registry, raid, bios flashing,
tau pasal driver install / download / fail2 driver.. urm.. ngan rajin. tu je
emel ke edu.izham@gmail.com
nak sorang aje.. dan berkelayakan..
gaji ikut experience dan grad of course..

sedikit gambar lagi ihsan dari slr yazid :)Selamat tahun baru kengkawan...
pak tam.. ni la kawan aku yang lama tak jumpa... peh
Read More

Wednesday, June 27, 2007

Apabila bosan hehehe



















melihat wallet pow dari adik...
sori aman.. nanti aku beli baru utk ko
dah jahanam dah aku pegang.. hehe
sebelah kiri 'rare item'
tengah dokumen penting
belah kanan 'rare item dari 2 negeri'
hehehe




















ni kenangan semalam aku kat danga bay(ponteng keja)
sampai je pepagi 10.30 aku tgk ada
pompuan ngan lelaki kat tempat refleksi tu..
apesal ni.. aku agak diorang berbual..
tapi bahasakan saya awak saya awak

aku cari port lain..
dah sampai nk tengahari diroang mula bising..
gaduh kat tempat refleksi..

perghh.. aku snap skit.. pastu bla ngan ani ke tempat lain
uiyo.. x leh tengok aku..
dah tegang gila suasana..

elok elok nak bergembira.. jadi camtu lak..
pompuan tu kesat air mata...
huuhuhuu sedih

mari makan kfc...



















mari makan... yeah.. pasni aku terseksa 30 hari
25-7... cepatlah sampai... huhuhuhu
sabar...... sabar.......
Read More

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena