okeh.. jikalau anda pinjam Full RM 24000.. dan kamu lepas graduate tak dapat kerja.. tak reti nak cari duit sendiri.. duduk melepak.. kos perkhidmatan jalan beb.. 6 bulan kamu menganggur.. sebulan dia cas RM 48(tak tahu berapa peratus.. ikut pinjaman sendirilah.. yang ni contoh sahaja) kos perkhidmatan tu.. adui.. kalau jadi along ni mahu 3%/month dari pinjaman..baik jadi along.. 6 bulan kamu melepak.. naik lah kos perkhidmatan tu sebanyak RM48x6=RM288
jadi pinjaman kamu sudah meningkat kepada RM24000+RM288=RM24288
selepas itu kamu bayar tak ikut jadual lagi..
bagi peminjam lalai.. tak sedar diri.. pemalas nak bayar..
jika kamu bayar RM200 setiap 4 bulan.. tiada maknanya.. memang sampai tua ah tak habis bayar pinjaman.. meh aku bagi jadual untuk peminjam lalai,tak ikut jadual
Awal RM 24000
Jan RM 48(Kos perkhidmatan)
Feb RM 48(Kos perkhidmatan)
Mac RM 48(Kos perkhidmatan)
Apr RM 48(Kos perkhidmatan)
Mei kamu bayar RM 200 jadi kos perkhidmatan = RM 192..
RM 200 + Kos Perkhidmatan pungutan kat bank RM 2.50 = RM202.50
RM 200 - RM 192 = RM 8
maknanya kamu bayar hanyalah RM 8 sahaja dan kamu kena keluar modal RM 2.50 untuk bayar kos pungutan..
ish ish ish.. cukuplah kamu susah.. jangan susahkan orang lain...
kalau online banking RM 0.50 sahaja(kalau tak salah)
baki RM 23992(Yeah.. anda berjaya bayar RM 8)
itulah dia bagi jadual bayaran.. kamu taknak cari kerja.. kamu tak faham cara.. camnilah jadinya..
kira ibarat.. kamu bayar RM 2 sahaja setiap bulan.. kamu ni tak ingat mati agaknya..
RM 2x12=24..kalau kamu hidup 40 tahun maksimun dan mengamalkan gaya hidup bayar PTPTN 4 bulan sekali RM 200 maka jumlah yang kamu bayar untuk menolak hutang adalah RM24x40=RM960
maka RM 23992-RM 960=RM 23032
cuba kamu kira.. mesti kamu ingat.. kamu bayar 2 kali..kiranya RM 400 setahun bukan??..
RM 400*40 tahun berapa? RM 16000..
kamu lupa yang caj perkhidmatan???
kamu mudah lupa agaknya.. kiranya caj perkhidmatan Rm16000-RM960
maka kamu hidup-hidup ingat kamu bayar hutang.. rupanya bayar cas perkhidmatan sahaja..
kuikuikui.. RM 15040 tu casj la woi.. kamu baru bayar RM 960. hutang masih RM 23032
lepas tu kamu pun tersedar.. dan nak ikut jadual balik...
dowh.. dah nak mati dah tu.. utang PTPTN camtu..
itu adalah amaran untuk orang yang masih lalai.. baca bebetul ea..
kesimpulannya.. harap dapatlah jadi separuh pinjaman PTPTN pada biasiswa.. memang lega..
kalau hapuskan kos perkhidmatan pun jadilah.. memang beruntung sesiapa yang dapat pinjaman dari Mara,JPA dan lain lain.. aku salut sama MARA dan JPA..
Keratan/Salinan dan tampal dari kosmo
KUALA LUMPUR - Seorang senator menyarankan supaya 50 peratus daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukar kepada biasiswa, manakala caj perkhidmatan bayaran balik pinjaman dihapuskan.
Senator Datuk Roslan Awang Chik berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan bebanan bayaran balik pinjaman yang terpaksa ditanggung pelajar dan bagi melahirkan modal insan bermutu untuk pembangunan negara pada masa akan datang.
Katanya, isu pelajar terbeban dengan bayaran balik pinjaman dan caj perkhidmatan yang tinggi adalah antara faktor yang menyebabkan tercetusnya tsunami politik pada pilihan raya umum ke-12, Mac lalu.
"Bagi mengelak tsunami itu berulang, kerajaan perlu mengkaji mekanisme yang sesuai untuk memastikan pembangunan modal insan dapat dilaksanakan dengan terancang. Dahulu, kerajaan memberikan biasiswa kepada pelajar dan apabila tamat pengajian, pelajar dijamin dengan pekerjaan yang sesuai berdasarkan kelayakan akademik.
"Tetapi kini, bukan hanya tidak dijamin pekerjaan apabila keluar daripada institusi pengajian tinggi, malah fikiran pelajar sudah tersemat satu perkataan iaitu 'berhutang' kerana apabila mereka menamatkan pengajian, hutang antara RM50,000 hingga RM60,000 tidak termasuk caj perkhidmatan menunggu mereka,'' katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, di sini semalam. - Bernama
1 Comment and put their link:
Info Yang bagus. Sedikit saya hendak kongsikan. Sekiranya ada diantara anda sedang mencari-cari biasiswa atau pinjaman. Usah risau dan kecewa, anda boleh dapatkan 40 Biasiswa 'Low Profile' di link ini >> Senarai Lubuk Biasiswa.
Post a Comment