Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Wednesday, August 06, 2008

seperti kad.. ya hidup ini seperti kad kertas banci tahun 1999

apa kamu akan buat? disebabkan terlalu mematuhi arahan.. beginilah jadinya..
ya.. 'Harap jangan tanggalkan kad ini' bertarikh 5-2-99 peh...
Read More

Tuesday, August 05, 2008

Rapidshare,jamu dan vb.net

serabut.. ya.. serabut...
apa kaitan rapidshare,jamu dan vb.net?
meh sini aku cerita.. rapidshare premium akaun ni menghadkan 5gb sehari.. ko bleh tak bayangkan berapa lama sangat nak capai 5 gb tu.. maksud aku .. download ngan premium akaun.. sekejap sahaja.. cara deal ngan rapidshare premium account sellerjamu? aku pun serabut.. tapi tidak mengapa..vb.net.. ahhhh.. mataku merah.. tak cukup tidur..
Read More

Wednesday, July 23, 2008

Kisah kebenaran 'Wanita membeli apa yang tak perlu dibeli diatas sebab Naluri semulajadi'

Wanita membeli apa yang tak perlu dibeli diatas sebab Naluri semulajadi.. ya..
*
'ayg.. stokin ni macam stokin avon.. selesa.. semalam beli dua' kata seorang gadis.. 'malam ni teman kita nak gi Giant ea' sambungnya lagi.. 'kita nak beli lapan.. nak cukupkan sepuluh' katanya sungguh gembira..
'kenapa nak beli sampai cukup sepuluh? kompleknya perkara ini' balas si jejaka
*
*
'ayg.. badan sakit sakit...' kata seorang gadis.. 'jom pergi giant' balas si jejaka.. 'yea.. jom..' balas si gadis.. 'hebat betul Giant.. ilang terus rasa sakit' balas sijejaka didalam hati
*
*
'ayg.. jom teman gi beli baju lengan panjang, keronsang ngan tudung..' kata seorang gadis.. 'aih.. kan dah banyak baju.. tudung pun dah banyak..' balas seorang lelaki.. 'esok jcard day.. ' balasnya.. 'peh jcard day punya penangan.. kompleknya.. dah macam hari raya plak jcard day nih' kata sijejaka didalam hati
*
ya.. Wanita membeli apa yang tak perlu dibeli diatas sebab Naluri semulajadi
Read More

Tuesday, June 03, 2008

Best dan bersyarat.. sedapnya

Impulse 2008, memang macam celaka..
aku ingat cita makhluk asing.. rupanya cita orang dewasa..
chait.. terkena aku...

memang la impulse tak keluar kat Malaysia..
tadi aku download lain plak.. The Hive 2008..
ntah korang dah tengok ke belum aku tidak tahu..

baru laju skit connection internet 3g aku.. sebab double wi-fry..
boost kaw kaw punya...
aku nak tangkap gambar.. tetapi malang lah..
sama ada aku terlupa aku letak kat mana kamera aku atau hilang..
papehal.. itu dugaan..
hidup ini memang palat.. tetapi esok masih ada...

'tapi bang.. aini tak pernah buat apa yang abang tuduh.. jiwa aini hanya ada abang..'
damn.. skrip novel cinta itu tidak berguna untuk aku... aku terus membaca lagi di MPH..
2 urut refleksi.. aha.. ini memang berguna... aku cari lagi..
kamus jepun-bahasa malaysia.. ahh bosannya..
huhuhuuhu.. best best.. aku delete suma cita satu kaler aku.. niat aku download benda berfaedah sahaja.. yeah.. dari free space=3gb ke free space 15gb.. 12gb satu kaler.. gila..
Read More

Sunday, June 01, 2008

Wallet hilang..

aduhai.. aku punya kamera kesayangan tidak dijumpai.. damn it..
aku pun mengajak seorang gadis berhibur melepaskan tekanan emosi yang memuncak disertai air di kepala.. 'jom tengok long khong 2' kata aku.. 'cita apa tu? cita seram ke? kalau cita seram awak tengok sensorang.. cita sepi ada tak?' sambil bertanya si dia menjawab soalan aku.. err.. 3 tanya satu jawapan.. ia membuatkan kita tidak putus idea berbual.. bagus bagus.. gadis ini sesuai..

sampai disana.. si gadis takut lalu menyorokkan muka di dalam sweater.. mungkin terlalu kejam.. 'awak boleh tengok cerita macam ini? kejam sangat.. tak sanggup saya tengok..' tanya si gadis
'biasalah.. cita lagi kejam dari ini pun pernah saya tengok..' kata si jejaka angkuh..
'tak nak lah tengok.. nak tengok mata awak ajelah..' kata si gadis..
'silakan.. silakan..' si jejaka membalas acuh tak acuh..
'nah air..' sambungnya lagi..
'aku menghulur mulut untuk menyedut.. eh.. ceh.. popcorn..' aku terkena..
damn.. banyak kali aku terkena..
awas.. jangan membawa orang yang tak suka cerita yang digemari awak.. tak fokus jadinya.. kena kacau aje.. aku pun hilang fokus lalu.......... dirahsiakan.........

cerita pun habis.. ntah apa ntah.. memang tak dak feel... aku tengok sedikit sahaja.. yang lain.....
ntah.. alam khayalan...makan sekejap dengan fit dan aweknya.. dan hidap sbatang dua rokok..
'jom pegi wayang balik.. wallet saya hilang.. tercicir kat sana' kata si gadis..
'jom cepat sikit.. skang dah pukul berapa..' balas ku..

'awak duduk cinema berapa tadi? seat no berapa?' kata petugas..
'cinema 10 seat g9 ngan g10' balas ku..
air mata si gadis mula menitis... ia menggelabahkan aku sebagai seorang lelaki
'sabar.. diorang pergi cek kejap ea' balasku.. skang ni tawakal aje tau..'
'bang.. beg warna apa? diorang dah jumpa? warna hijau ke?' balas petugas wayang..
'bleh tak kami pergi cari?' tanya si gadis sangsi dengan petugas disitu..

kami pun pergi ke cinema 10.. cari punya cari.. hampir 30 minit mencari.. tak jumpa-jumpa..
seorang petugas mengusulkan pendapat.. 'bang.. kalau kami jumpa.. kami bagitau.. meh no telefon abang..' kami pun give up.. dan menuju ke pintu keluar.. tanpa disangka..
tiba-tiba.. seorang bro jumpa wallet.. kat cinema 4.. 'peh setup nih cam sial pun ada.. ahh tak mengapa asal ic,atau dokumen penting selamat..' kata aku di dalam hati..
aku tertanya tanya..
adakah penonton boleh pergi dari cinema 10 ke 4? atau petugas? atau cleaner? ahh.. asal selamat.. damn it.. ia tidak menyeronokkan.. kesian si gadis.. duit kosong habis.. tidak tinggal walaupun seringgit.. kosong.. damn.. damn... kesiannya..

teringat aku kat kamera aku yang masih tidak dijumpai.. tadi aku pergi ke shell.. tiba diserang sakit belakang badan.. hampir pengsan aku.. ape pasal? aku pun tidak tahu.. sengal.. tangan kanan aku bagaikan lumpuh.. tapi boleh bergerak lemah... damn... dugaan ini sungguh berat.. aku berehat selama 2 jam sebelum berinternet.. hu.. lega.. sang tangan sudah okeh..
Read More

Tuesday, May 27, 2008

Today news at Malaysia Kini

aku kagum dengan Fit.. salah seorang ahli teratak blogger yang tersenarai didalam blog malaysia kini setiap hari.. trafik dari Malaysia kini memang daboom.. sampai aku terkena tempias trafik itu..

yang di bold kan itu adalah Fit punya blog..
aktif juga tentang politik ya Fit..
tapi tak mengapa.. sekurang-kurangnya aku update gak.. tempias berita itu ada..
terima kasih ya Fit..


BLOG | BERITA | KAMI BLOG | BLOG TERBAIK
Read More

Barang kastam,

dahulu
'cai.. aku ada lubang.. kau mahu barang kastam.. diorang nak jual murah' kata si A
'peh.. mahu.. aku mahu.. ada laptop tak?' kata aku
'suma ada.. jangan risau lah.. nanti aku deal ngan dia..' sambung si A

sekarang
'cai.. aku kena tipulah.. RM300.. nasib baik Rm300.. tak tamak sangat.. barang kastam konon..' kata Si A
'kawan aku RM600 kena tipu..' sambung si A lagi
'ko tahu ke rumah budak yang tipu ko tu?' tanya aku
'apesal tak gegas aje ke rumah dia' sambung aku lagi
'silap aku jugak.. aku tak amik tahu pasal rumah kat mana, kerja kat mana dan lain-lain..' balas si A
'dia guna viva, no plat wqk 9278.. warna silver.. kitorang panggil dia pak long..' balas si A
'kalau kau jumpa.. tolong bagitau ea.. aku nak mintak duit aku sahaja.. ' sambung si A sambil melihat kakinya menggigil kegeraman..

p/s jika anda mahu belajar mlm atau belajar cari duit.. sila ke Shell Taman Universiti yang ada Seven E.. kamu pasang telinga sahaja.. damn.. charger kamera aku rosak.. damn... dugaan nih...
Read More

Exabyte, domain best

dengan unlimited sub-domain dan juga cpanel yang senang digunakan exabyte memang best.. aduhai.. akhirnya impian mempunyai domain sendiri tercapai...

sila bookmark laman web yang anda suka ya.. terima kasih kerana mengunjung

http://adsense.kucai.org
http://affiliatemarketing.kucai.org
http://autoresponders.kucai.org
http://blogging.kucai.org
http://fishing.kucai.org
http://hiburan.kucai.org
http://myrealitytv.kucai.org
http://myspace.kucai.org
http://proxy.kucai.org
http://proxytutorial.kucai.org
http://surgery.kucai.org
http://swimming.kucai.org
Read More

Monday, May 26, 2008

Angkara gula-gula kopi

'nak.. saya skang rasa nak bunuh orang.. kalau saya dapat.. saya nak bunuh orang tu.. saya mati pun saya tak kisah.. asal dapat bunuh orang tu.. masalahnya.. orang tu dah balik indonesia..' kata pakcik tu

'apesal pakcik?' tanya aku keliru..

'awek pakcik dirampasnya dengan cara keji.. kalau nak kira salah.. salah perempuan tu jugak.. mulut main lepas.. ceritanya begini.. awek pakcik lepak kat bus stop.. tunggu bas.. ada mamat indonesia mengurat.. memang lah awek pakcik tak layan.. awek pakcik main lepas aje cakap.. "muka macam mat gian.. ada hati nak ngurat aku"' sambung pakcik tu

'peh... itu dah cari pasal dah tu pakcik' sambung aku

'itu lah yang saya kata awek pakcik salah.. terlepas cakap.. lepas tu aje.. mamat indonesia tu bagi gula-gula kopi.. awek pakcik ni main terima aje.. 2 hari selepas makan gula-gula kopi tu.. awek pakcik tak bleh nak tidur.. asyik teringat kat mamat tu aje.. seminggu selepas tu diorang kahwin.. sebab awek pakcik memang dah tak bleh lupakan dia.. pakcik memang panas hati.. bukan sekejap ngan awek pakcik .. 2 tahun.. 2 tahun dirampas ngan seminggu.. sapa tak panas hati.. kalau gentlemen tak pa.. ini keji.. taktik ilmu hitam... pakcik dah letih berbuih cakap kat awek pakcik tu.. dia taknak dengar.. kerana gula-gula kopi itulah hidup dia hancur.. sekarang anak dah satu.. suami dia kahwin lain kat indonesia... dia sensorang terkontang-kanting.. kelmarin baru lah dia akui.. datang mencari kerja.. sedih pakcik nak..' sambung pakcik tu..

'diorang ada RM5000 dah bleh beli macam-macam.. siap bleh beli tanah,kereta dan buat rumah sewa.. kerja cleaner aje.. kat sana rumah besar,kereta,kedai dan macam-macam..'
sambungnya lagi

'nak.. saya skang rasa nak bunuh orang.. kalau saya dapat.. saya nak bunuh orang tu.. saya mati pun saya tak kisah.. asal dapat bunuh orang tu.. masalahnya.. orang tu dah balik indonesia..' kata pakcik tu

aku cuak.. 'pakcik.. saya nak buat kerja jap.. kang pukul 1 saya nak balik rumah.'
Read More

Saturday, May 24, 2008

Kehidupan Generasi 'KITA' atau 'KAMI' atau 'SAYA'?

kamu memang beruntung.. kamu patut bersyukur.. kamu dilahirkan didalam keadaan kehidupan keluarga yang stabil.. banyak lagi yang kamu perlu ingat.. generasi dahulu memerdekakan diri.. kita menikmati kehidupan yang 'merdeka' ini.. neocolonialism menghantui generasi seterusnya.. ia sungguh bahaya.. aku pun sudah dipengaruhi oleh colonialism ini.. sekarang teknik Sun Tzu ke Bab 1 di praktik habis-habisan..

di dalam bab 1(LAYING PLANS) ada beberapa perkara yang dapat aku nampak..

okeh.. dari 1(17)-1(24)

17. According as circumstances are favorable,one should modify one's plans.

18. All warfare is based on deception.

19. Hence, when able to attack, we must seem unable;
when using our forces, we must seem inactive; when we
are near, we must make the enemy believe we are far away;
when far away, we must make him believe we are near.

20. Hold out baits to entice the enemy.Feign disorder,
and crush him.

21. If he is secure at all points, be prepared for him.
If he is in superior strength, evade him.

22. If your opponent is of choleric temper, seek to
irritate him. Pretend to be weak, that he may grow arrogant.

23. If he is taking his ease, give him no rest.
If his forces are united, separate them.

24. Attack him where he is unprepared, appear where
you are not expected.

ahh.. seperti kata Nabil.. 'Lu fikir la sendiri..'
adakah logik Singapore jauh dapat Pulau Batu Putih?

Sumber bacaan lain...
pulau batu puteh belongs to singapore!
Operation of Lighthouse
Malaysiakini: Batu Puteh goes to Singapore
Read More

Thursday, May 22, 2008

Balik rumah orang rumah yea....

selamat balik rumah orang rumah.. badan sakit-sakit.. penangan tribulus juice.. memang pahit.. tapi hasil yang menggila.. memang gila.. aduhai.. aku kena berehat.. bertapa.. untuk mengembalikan tenaga..

ada sorang lelaki berlagak kawan pijus.. telefon aku untuk masuk amway ntah ape.. aku menolak.. selang 5 hari.. pijus ym aku.. 'cai.. kalo ada sesapa kata dia kawan aku.. pastu nak ajak jumpa jangan layan..' aku terkejut.. aku ingat pijus tahu... rupanya budak tu berlakon aje.. dengan starting 'pijus ape cita.. dia keja mana skang?' kata penipu itu.. 'aik.. kata kawan pijus.. tempat keja tak tau ke?' kata aku di dalam hati.. 'mamat ni biar betul...' aku berprasangka buruk.. malah busuk.. berprasangka busuk gila kat mamat ni..

dari awal.. aku dah melawan.. apa yang dia kata aku betah.. karut.. ceh.. menyesal aku.. habiskan masa aje.. dah lah tipu aku.. pastu tipu aku lagi.. 2 kali tipu dalam satu masa.. tipu pertama .. dia kata dia kawan pijus.. tipu kedua .. dia kata ada projek.. nak handle syarikat kat jb.. itu yang aku faham.. aku pun dah ready ngan php,asp,jsp.. asas aje lah.. sekali jumpa.. mlm rupanya.. direct la cakap.. macam john dia cakap direct.. tak adalah simpang siur.. ni mlm.. nak masuk ke tak nak.. tak nak sudah.. kan senang.. ini skrip mana ntah... dari awal aku kena pancing mlm.. suma skrip sama.. uptrend pakai skrip tu.. amway pakai skrip yang sama..cni pakai skrip yang sama.. nak dapat modal dengan cepat.. mestilah cari orang.. dah macam head hunter plak aku tengok..

ahhh.. baik aku masuk mlm yang aku guna,member aku guna,adik aku guna,awek aku guna..suma orang guna..korang pernah tengok tak satu produk.. macam jel lidah buaya.. kononnya harga RM200.. baik aku pergi spa.. boleh pergi 8 kali.. lagi puas hati.. x ada masa.. lepas tu hanta mesej.. panggil member.. kasi push... kononya adik belah mak belah kakak tiri guna jadi cinderella... damn it.. sudah lapok la woi.. kena tuka strategi.. mlm head hunter itu berlainan ngan mlm produk bermutu.. kena cari pelanggan yang sesuai..

hah.. dari aku nak mengkomen source code.. dah jadi mengkomen mlm.. eh.. dari aku tengah suka ria nak balik pontian.. dah jadi bad mood.. ops lupa.. aku menulis blog tentang kehidupan ini dengan jiwa.. bukan copy paste..
Read More

Tuesday, May 20, 2008

Aku berfikir ..

dahulu.. hafiz har*n menjadi produk di kalangan warga 3gp/avi/mpg/wmv bawah tanah.. selepas itu budak palapes.. dan semalam.. membuak-buak ke email aku seorang gadis.. faezah.. faezah. ya.. ini adalah nama yang paling taboo buat aku.. asal berperang.. nama ini akan diungkit..
'faezah kan ada.. pergilah ngan dia..'
'faezah kan lawa.. pergila.. jangan kacau hidup saya lagi'
'faezah ....'
dan lain lain lagi..
aku menjadi tertekan.. masalahnya.. faezah tu gabungan 2 gadis sunti yang mulus serta mantap... ape kena mengena datang lambat buat blog ngan faezah? perempuan itu komplek
ya.. perempuan itu komplek..
*
bersambung topik tadi.. kalau kamu dah 'rasa' perempuan itu.. jangan lah kamu rakam.. bila perempuan itu tak nak dekat kamu.. janganlah kamu sebarkan gambar/malukan dia .. ish ish.. tak berperikemanusiaan betul.. tutor utm lah itu la inilah
rosak rosak.. tanda kiamat inilah yang jelas lagi nyata..

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

dahulu mana dapat tahu.. teknologi tak canggih.. skang.. melambak lambak.. separuh hardisk sahaja melayu.. yang lain tak payah cita..
aduhai.. bohonglah kamu tak tengok dan tak tahu.. jangan hipokrit..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

kamu pergi jusco.. kamu tengok.. aku sanggup ke jusco memerhatikan tanda kiamat ini.. makin lama makin realiti.. tudung sahaja lebih..coih.. bukan bermaksud 'tak payah pakai'.. tapi 'serupa tak payah pakai'

"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan" - Sahih Bukhari

nak buat macammana.. banyak ilmu lama hilang.. satu-satu hilang atau hilang satu-satu.. mungkin ada kitab.. hanya kat kawasan itu.. lepas tu.. kitab tu musnah.. kat tempat tu aje ada kitab ilmu itu.. tapi musnah.. kan dah hilang.... gempa bumi 6.1 skalar ricter kat sumatera.. sampai kat cheras dah terasa.. skit skit... kiamat bagi bandar aceh.. time tsunami..
lepas ni apa pula yang melanda.. kamu memendang enteng perkara ni.. lepas ni sila jilat.. ya.. sila jilat muntah hijau anda sendiri.. mungkin setahun dua, atau tiga tahun..
ilmu itu yang menjadi kemegahan.. bukan masjid..

teringat aku... 'nak.. kamu perasan tak langit jadi rendah?' tanya seorang pakcik.. kebetulan aku selalu perhatikan langit.. 'ya pakcik.. saya pun pelik gak.. macam awan tu rendah sangat'

macammana masa depan? kata kamu... rezeki masing masing jawapan aku.. yang penting.. berbuat baik sesama makhluk.. hatta seekor semut sekalipun.. ya.. aku tahu kamu kaya.. nasi buang-buang.. tapi sebelum menjadi membazir.. baik kamu niat bersedekah kat semut.. ya.. niat bersedekah..
Read More

Sunday, May 18, 2008

Spa.. tempat dirahsiakan

aduhai.. hari ini sungguh menyeronokkan.. aku teman seorang gadis buat facial.. ngan aku-aku terjebak buat facial sekali.. damn... minggu depan sauna.. mahu?... atau Thai Village.. body massage.. RM30 kat Giant.. balik aje.. singgah Aras Ledang.. bungkus makanan.. lepak 7e.. dan gadis itu bersuara.. 'yang.. bleh tengok kamera...' senyuman membunuh diukir lembut menawan... 'errr.. boleh..(tolonglah jangan delete.. tolonglah...) kurungan didalam hati' kata si jejaka..

'kelaka la.. macam hantu... eh.. camne nak tengok yang lain...' senyuman membunuh diukir lembut menawan lagi... 'er.... camni(jujur gila aku) kurungan di dalam hati' kata si jejaka gugup... 'eh.. ada gamba kak Linda.. baik cakap.. time orang sauna tadi awak sorang aje lelaki dalam bilik tu.. awak buat apa?' tanya si gadis sambil tersenyum dengan senyuman membunuh diukir lembut menawan.. 'err.. orang baring la.. bukan dapat tengok pun kak linda lulur ke ape ke.. kan orang pejam mata...' balas si jejaka... 'saya delete gambar kak linda ea...' kata si gadis meminta kebenaran.. 'ala.. biarkan aje la..' balas si jejaka ... 'awak nak buat apa? ewah ewah.. saya delete.. ingat saya nak bagi awak simpan gambar perempuan lain?' balas si gadis agak marah cemburu meluap-luap.. 'ok.. baik....(time marah.. ikutkan sahaja.. jangan jawab ..) kurungan di dalam hati' balas si jejaka.. 'betul awak tak tengok???' tanya si gadis meminta kepastian 'tak... saya tak tengok lansung' balas si jejaka...
*
*
itulah kisah tadi.. sekarang mata aku bengkak.. ketumbil.. damn... esok camne nak jawab? adoila........


sepatutnya ada gadis bersauna disini.. kamu cuba dahulu.. pasti kamu akan kata 'panas' dengan nada yang seksi..
doakan aku selamat esok.. eh.. tak lupa juga.. selamat menyambut cuti wesak..
Read More

Thursday, May 15, 2008

Scam.. woot..

this is new scammer list..
yesterday i was been told by Guido Nussbaum

Unfortunately we are currently dealing with a hacker and scammer inside the internet marketing scene. This guy is best known as Daniel Armstrong and he has stolen 2 of our scripts including the Giveaway Manager 2. Now he runs an illegal giveaway event with that at: http://jokeboxgiveaway.com/contributor.php

What's going on?

Please read the full story at my blog: http://www.easy-viral-traffic.com/blog/index.php/illegal-giveaway-event-warning/

I'm sorry that I have to send out an email like this but I want to make sure that you don't signup there and that your name does not get associated with this hacker.

also my friends told me that he had been cheated by somebody in Malaysia..
yup.. malaysian internet marketeer who known by the name of Azuanfx
nurul ikhwan atau mr-jack
this is his website..
http://fxmalaysignal.blogspot.com

i don't know who wrong or right here..
if the Azuanfx is right.. he should clean his name..

Hoax sms santet, merah pula.. bleh cari kat internet.. tak payah percaya lah orang bagi ilmu hitam melalui telefon. no warna merah la itu lah inilah..

xxxx: xxxx: assalamualaikum wbt..kepada semua sahabat yang dikasihi..jikalau anda mendapat panggilan telefon yang bernombor panjang cth: +62852731520946 dan nombor itu berwarna merah. Diharap sgat jgnlag anda menjawab pgilan itu. Ini kerana di indonesia sekumpulan penuntut ilmu hitam sedang mguji ilmu hitam mereka melalui telfon.jikan ssiapa yang mnjawab pgilan itu akan berbuih dan akan mati selepas itu. di indonesia sudah 9 orang mati dan mlm td di puchong telah mati.ini benar terjadi..tolong sebarkan msg ini...YA ALLAH SELAMATKANLAH KAMI..JAUHKANLAH KAMI DARI SEBARANG MALA PETAKA DAN GANGGUAN SYAITAN,,,AMINNN

dan hakikatnya adalah

http://www.google.com.my/
http://adeenz.multiply.com/journal/item/223/SMS_Santet.........Argh.....Gw_terlambat

dari riau
aku tertipu beberapa minit.. kuikuikui..
Read More

Antibodi tidak mencukupi

'ayang.. tahu x ini untuk apa?' kata si gadis sambil menunjukkan produk kat majalah wanita
'tak tahu .. ni untuk apa?' tanya si jejaka
'ni penting tau.. kalau ada baby.. kena bagi.. kena paksa jugak .. kalau tak.. antibodi baby tu tak kuat.. senang nanti dapat penyakit.. tu yang pentingnya susu ibu..' jelas si gadis..
'tapi... saya antibodi tak kuat' jawapan ringkas si jejaka sambil merenung tajam kedalam mata sigadis.. mengharap si gadis memahami
'jangan macam-macam.. dah kawin nanti baru boleh... dah lepas dapat baby lagi boleh.. lepas habis menyusukan baby.. saya letak baby kat tepi.. pastu giliran awak plak ea..' amaran dan harapan dari si gadis..
'eh.. ni baby mana plak ni? dah reti pakai seluar ngan baju plak' tanya di doktor lakonan si gadis..
'ntah.. dari mana ntah dia datang..' lakon sigadis lagi
'ahhh seronoknya...' senyuman bahagia dari si jejaka..
'jangan berangan.. jom pi kerja..' balas si gadis merangkap cubitan berbisa
'bab tu.. dia no satu' bebelnya lagi
Read More

Monday, May 12, 2008

Manik? Kesang?

'yang.. jom teman gi kedai jahit.. nak cari manik' kata si gadis.. 'apa? manik? nak buat apa ngan manik?' tanya si jejaka 'nak buat kesang atau keronsang' balas si gadis.. 'ooo ok.. jom' si jejaka mengalah..
*
*
'pusing sana sini.. tak jumpa juga manik.. jom pi beli dvd' si jejaka memberi cadangan.. 5 dvd dibeli, duyung ori copy,sweeney toodd ori copy,kung fu dunk ori copy,flood ori copy dan superhero movie cam copy.. puas.. 'jom tengok kat rumah' ajak si jejaka 'sebelum tu pergi giant dan jusco.. nak cari manik...' balas si gadis yang belum dapat apa yang dimahu.. 'jom.. uhuhuh' si jejaka mengalah.. 'pusing-pusing nampaknya dah lain dah awak beli.. susu? oat? aik.. ni dah lari objektif ke sini dah ni. eh kedai gunting rambut.. jom teman saya' nada geram si jejaka.. 'tapi.... oat ngan susu dah habis...' balas si gadis manja dan muncung sedikit..
si jejaka mengalah dan mencair.. balik rumah.. tilam dibentang.. komputer dipasang..
*
*
'duyung ni best jugak.. kan best kalau kita camtu..' kias si gadis.. 'kang awak cemburu pulak saya jumpa ngan duyung aka puteri' usik si jejaka.. 'jangan macam macam...' si gadis memberi amaran.. 'baik....(aik? kata tadi best macam tu.. ahhh kompleknya...) kurungan dalam hati'.. 'yang jom pi angsana.... nak beli manik...' usul si gadis.. 'uhuhhuuhuuhuuhuhu' si lelaki ingin menangis....
'(dengan niat membeli/mencari manik tadi sahaja.. banyak benda yang tak berkaitan dibeli)' kata si lelaki.. kurungan di dalam hati
*
*
'yang.. jom teman gi kedai jahit.. nak cari manik' kata si gadis.. 'apa? manik? nak buat apa ngan manik?' tanya si jejaka
Read More

Itu hantu kah? atau dot dot dot

'ayang.. malam tadi kak Linda kena kacau'
kata si gadis
'benda tu menjelma kat luar..'
sambung si gadis
'biar betul malam tadi pukul berapa?'
tanya si jejaka
'dah nak dekat tengah malam.. lepas balik kerja..'
balas si gadis
'macammana rupa dia?'
tanya si jejaka seperti ingin tahu
'rambut lurus.. mata lebam.. pucat... pakai baju putih...'
jawab si gadis
dan si jejaka berpura-pura takut dan berusaha menyampaikan mesej
minda bawah sedar ini 'aku suka dipeluk.. aku suka dipeluk.. peluklah aku..'
* yes
* yes
'bleh tanya lagi?' tanya si lelaki yang kurang mempercayai kisah hantu yang menjelma
'apa hantu tu cakap?'
tanya lagi si jejaka..
'hantu tu mintak Rm10 kat kakak Linda. nanti dia bayar..'
sambung si gadis serius..mimik muka serius..
'aik? lagi apa lagi keadaan hantu tu?'
tanya si jejaka
'hantu tu hisap rokok.. dia pegang rokok kat tangan kiri..'
sambung si gadis serius.. mimik muka serius..
'err.. takpe.. malam kang tido awal..(macam bukan hantu aje) kurungan dalam hati'
jawab si jejaka
Read More

Friday, May 09, 2008

Gambar Handphone Sony K510i lama ku

aku menjenguk handset aku untuk mengambil folder 'ghaib dan menyeronokkan' .. untuk meletakkan sesuatu yang 'best lagi mengiurkan'.. dan niat itu terbatal apabila melihat kenangan yang ada di dalamnya..

ni masa dapat vaucher jusco.. dalam masa beberapa minit sahaja ia hilang dari pandangan.. uhuhuhu.. gamar adik aku..skang ni dia spm.. blaja rerajin...
gambar ayo dan jauze.. haritu aku lepak ngan diorang..
mereka sudah matang..
awan dan gagak...
jauze dan eksan.. bakal doktor dan farmasi..
Read More

Thursday, May 08, 2008

Salahkah kalau lelaki ke spa?

'yang teman gi spa malam ni' kata sigadis memujuk.. 'awak tu kuat cemburu.. kang saya pandang lain.. awak kata saya cuci mata..lagipun spa tu hanya untuk perempuan sahaja' kata silelaki..

'coih.. masa kat jusco tadi.. masa tengah jalan tadi... kat kedai pakaian dalam depan dia ada gadis seksi dua orang.. awak pandang mana?' balas si gadis.. 'saya pandang pakaian dalam(kalo pandang orang lagi gaduh besar.. ni nak uji kejujuran ke apa? ) kurungan.. dalam hati... kalo saya pandang gadis seksi kat tepi tu sah-sah gaduh seminggu.' jawab si lelaki yakin.. 'ooo ingat orang tak nampak ke? mata tu pandang mana?' balas sigadis .. 'nampak ke? orang pandang lain la.. ish ish ish.. awak tu fikir bukan-bukan(kantoi ke aku tadi.. aku sambil menyelam.. amik ikan nak bela.. cek pasir mana tau ada duit jatuh, wallet ke ape..duit syiling lama atau harta karun) kurungan...bermetafora dalam hati'
*
*
sampai juga ke spa.. naik atas aje.. ada dua orang.. anak bos ngan pekerja.. aku jenguk-jenguk tempat sauna,tempat urut dan lain-lain dengan harapan ada seorang gadis sedang berbaring sambil mata ditutupi hirisan timun. '(coih.. tutup pukul 8 malam rupanya) kurungan.. dalam hati.'
*
'kak.. esok saya nak spa.. bleh..' tanya si lelaki
'ni special skit.. mana ada lelaki spa kat sini' balas kak Z
'esok lepas awak balik kerja datang lah sini.. pastu dah siap spa baru ambil si A tu' sambung kak Z.. 'wah wah wah.. sedapnya.. tak de.. takde.. lepas ambil saya.. baru kita g spa..' nada tegas sigadis .. '(kan.. tu cemburu tu.. ni belum tengok sigadis berbaring dengan hirisan timun dimata) kurungan.. di dalam hati.'
*
'yang teman gi spa malam ni' kata sigadis memujuk.. 'awak tu kuat cemburu.. kang saya pandang lain.. awak kata saya cuci mata..lagipun spa tu hanya untuk perempuan sahaja' kata silelaki..

p/s: malam ni spa.. best.. rumah spa..
Read More

Tuesday, May 06, 2008

Kisah si tikus.. Cik Ti, Mek Ti dan si hensem

kisah ini adalah kisah benar..ya.. ia adalah kisah benar..disampaikan dari mulut ke mulut..

di sebuah rumah.. kejadian ini berlaku disebuah rumah.. pada suatu hari.. Kak A,L,N menyirap.. puas sudah di nyorokkan makanan kecemasan.. namun sitikus bernama Cik Ti ini tetap dapat mencari.. 'sudahla cik ti.. janganlah ko buat sepah,tebuk sana.. tebuk sini' kata Kak A namun Cik Ti tetap dengan naluri kebinatangan beliau(Cik Ti).. sepah tak sepah dibuatnya.. bekas makanan kecemasan rumah di tebuk dengan rakus sekali.. akibat daripada itu.. Kak L mengamuk.. 'hai Mek Ti.. ko jangan cari pasal.. karang aku bunuh ko..sambil memaki hamun bahasa asing'.. keesokkan harinya.. hanya berus gigi Kak L diserang.. habis punah.. Kak L mengamuk lagi..

pada malam itu mereka berbincang.. kenapa Cik Ti atau Mek Ti ini sungguh degil .. dan Kak N menjerit.. 'Hensem.. jangan kaco kami lagi ea.. roti atas meja tu jangan makan ea hensem.. jangan makan berus gigi kami ea.. ' dan pelbagai pesanan untuk si hensem(Nama baru bagi Cik Ti atau Mek Ti)

sejak dari hari itu.. rumah mereka aman.. dan Si Hensem mengikut sahaja kata-kata mereka.. kalau mereka kesian.. diberinya makan roti.. diletakkan di tepi dinding..dan undang-undang baru ditetapkan.. jangan panggil Cik Ti,Mek Ti di dalam rumah.. panggil si tikus itu Si Hensem

dan apabila keluar rumah.. dan berada di linkungan jarak 20 meter.. keluhan ini perlu dikeluarkan.. 'coih.. perasan hensem.. dasar si tikus jantan rupanya..' sambil memeluk erat pinggang teman lelaki masing-masing..

kisah ini adalah kisah benar..ya.. ia adalah kisah benar..disampaikan dari mulut ke mulut..
Read More

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena