Showing posts with label ujian hidup. Show all posts
Showing posts with label ujian hidup. Show all posts

Monday, June 16, 2008

Rakyat Malaysia Patut Tahu...

akibat kesuntukan idea.. serta kekurangan air...
aku menjenguk ehoza... serius discussion...

Rakyat Malaysia membayar petrol sebanyak RM2.70 seliter, lebih murah berbanding rakyat Singapore yang membayar sebanyak RM5.20 seliter.

Ironinya, pendapatan perkapita Malaysian ialah USD5000 manakala pendapatan perkapita Singaporean ialah USD25000

Harga petrol di Thailand ialah RM3.90 seliter, tetapi adakah kita sedar bahawa harga kereta di Thailand lebih murah RM10,000 berbanding kereta di Malaysia ? Rakyat Thailand hanya membayar lesen memandu sekali seumur hidup. Tidak ada kos memperbaharui lesen memandu. Begitu juga dengan cukai jalan. Kita juga terlupa bahawa memandu di lebuh raya enam lines dari Hatyai ke Bangkok adalah percuma tanpa sebarang tol!

Apa yang kita rakyat Malaysia perlu bayar ialah: kos memperbaharui lesen memandu setiap satu, dua atau tiga tahun; cukai jalan setiap setahun atau enam bulan; dan juga tol setiap hari (atau setiap 5km)

Sering diulang bahawa rakyat Singapura membayar RM5.20 untuk seliter minyak. Kenapa kita tidak menyatakan harga dalam Singapore Dollar SGD kerana gaji mereka di dalam SGD dan bukannya MYR. Kenapa mereka tidak kata orang Perancis membayar RM12 untuk seliter minyak? RM5.20 = 2.20SGD, masih lebih murah berbanding Malaysia jika difikir bahawa Singapura bukannya Negara pengeluar minyak!

Mungkin ada menteri yang berfikir bahawa kalau kita berada di Singapura, kita boleh membayar petrol dengan Ringgit Malaysia . Mungkin mereka pernah mengisi RM100 petrol di Singapura dan mendapat 19.23 liter seterusnya mengatakan bahawa kalau mereka mengisi di Malaysia , mereka akan mendapat 37.04 liter!

Di dalam ekonomi, Dollar harus dibandingkan dengan Dollar.. Ianya ibarat kita membandingkan Epal dengan Epal. Dan bukannya membandingkan bahawa buah Durian di Malaysia jauh lebih murah berbanding Durian di Jepun. Yang jelasnya, Jepun bukannya pengeluar buah Durian!

Kalau kita perhatikan, harga Toyota Vios adalah RM89,000..

Di pasaran antarabangsa, harga Toyota Vios ialah USD19,000.

USD19,000 = RM62,700. Ini bermakna pemilik Vios membayar lebihan RM26,300. Kos RM26,300 ini ialah kos operasi, keuntungan tambahan dan cukai kerana kos mengeluarkan sebiji Toyota Vios adalah USD19,000.

RM26,300 / RM625 rebate petrol setiap tahun bermaksud kita menggunakan Vios selama 42.08 tahun.

Kita faham bahawa kerajaan memberi rebate sebanyak RM625 setahun, tapi ianya juga bermakna bahawa seseorang perlu menggunakan Vios selama 42.08 tahun bagi mendapat kos sama yang dibayar untuk cukai kerana menggunakan kereta bukan Nasional.

Adakah kita akan menggunakan kereta yang sama untuk 42 tahun?

Dan sekarang, apabila anda melihat nombor-nombor di atas, adakah ialah adalah subsidi atau penalty? Ianya adalah peningkatan kos, bukan sahaja kos untuk memiliki kereta, malah kos untuk mengerakkan kereta. Harga Coca-Cola 1.5 liter ialah RM3, manakala harga minyak untuk 1.5liter adalah RM4.05.. Jelas bahawa kereta kita lebih banyak minum berbanding kita sendiri!

atau untuk lebih lanjut sila baca...
Read More

Monday, April 07, 2008

Peperiksaan Khas Akhir

peh.. syukur...
'bang.. tolong benti kat sri puteri.'
dan akhirnya aku ingin membebaskan diri dari konkongan
dunia bersempadan.. tak sabar aku nak update blog..
dan aku terus tepon raja..sambil menunggu..
aku menghisap rokok 4 hingga 5 batang
'eh.. sibuk jugak malam ni..' kataku sendirian
diatas jejantas..
menunggu orang tiada sekejap..
untuk lebih fokus..
menggunakan effect firework..
aku menangkap gambar lalulintas

aku jadi seronok.. yeah..
aku sudah tidak hirau...
aku biarkan segala-gala dugaan aku tadi
seperti lalulintas ini..
ia datang dan pergi..
dalam fikiran aku..selepas ini
aku boleh surfing..
ahh.. tidak dapat aku gambarkan keseronokan
aku sampai kat sri puteri ini
Read More

Peperiksaan khas: Bahagian 5(ujian kesabaran dari tuhan)

jika anda tertinggal bahagian 1 sila baca sini
jika anda tertinggal bahagian 2 sila baca sini
jika anda tertinggal bahagian 3 sila baca sini
jika anda tertinggal bahagian 4 sila baca sini
Balik lah...
akhirnya aku balik.. dengan bas yang ikut mood..
fakkk... aku hangin selepas episod tidak dapat
pergi mengambil peperiksaan khas..
sabar.. sabar.. sabar.. sampai bila?


huh.. aku pun amik keputusan menunggu.. menunggu lagi?

damn.. letih syot.. jiran aku dari kul 7-9 tak dak bas lalu depan rumah
aku 10-11.30 baru ada bas..
aku menyumpah seranah didalam hati
akhirnya sampai jua ke Bahau..
tanya tiket..
dan tiada.. semua pukul 4.00PM
fakkk. aku pergi ke stesen ketapi.. tanya..
4.30PM

pukul 12.. sampai kul 4 aku mahu buat apa?
aku sudah penat.. letih..
jikalau ada gadis mahu urut aku atau melakukan lebih dari itu
aku rela.. aku rela.. aku tak sanggup menunggu lebih lama

inilah dugaan untuk menjadi seorang suami yang penyabar.. ceh..
*=1 jam
*
*
*
3 jam.. bayangkan 3 jam yang bosan..
tidak dapat aku nak lalui lagi
akhirnya bas sampai..
CAJ 6600.. yeah.. bas tambahan.. &^87^*&^%*
aku hangin.. masuk aje macam sauna.. habis toksin aku
suma keluar..

aku redha dengan segala ujian/peperiksaan khas dari tuhan..
ini untuk aku melihat keadaan di sekeliling..
aku terus tidur.. akhirnya sampai segamat.. wow.. tayangan free..
dah dah.. tido.. baik aku tido sambil melihat permandangan...
Read More

Peperiksaan khas: Bahagian 4(ujian kesabaran dari tuhan)

jika anda tertinggal bahagian 1 sila baca sini
jika anda tertinggal bahagian 2 sila baca sini
jika anda tertinggal bahagian 3 sila baca sini

aku pergi ke Bahau
dengan adik aku.. dan selepas aku frust tak dapat pergi
ke Seremban untuk mengambil peperiksaan khas.
sejak aku frust ini.. aku tersilap panggil adik aku jadi gelaran
'ani', 'ayang' dan 'sayang'
gila lah aku ini...
gila bayang....
muka dia sudah banyak jerawat.. mungkin resdung
aku pergi teman dia separuh hari suntuk jenjalan..
banyak dugaan juga adik perempuan kita yang menigkat dewasa ini
dari aku tak dapat apa aku mahu..
aku berazam untuk dapatkan apa yang family aku mahu

dan berhasil.. membeli printer canon pixma 1880
beli handset abah..
dan lain lain lagi.. hari ini aku gembira.. semua tercapai..
maksud aku.. impian family tercapai..
aku aje belum lagi.. sabar.. untuk menjadi seorang suami penyabar
camni lah dugaan dia.. uhuhuhuhu
sampai ke malam aku tersilap nama.. damn..
Read More

Peperiksaan khas: Bahagian 3(ujian kesabaran dari tuhan)

jika anda tertinggal bahagian 1 sila baca sini
jika anda tertinggal bahagian 2 sila baca sini

sampai pun rumah.. 6.30 AM..
bas ke Seremban sudah terlepas
'ham jadah'.. kata aku..
gila.. dugaan menunggu ini sungguh perit...
tapi aku dah lepas 2 dugaan..
lega.. sekarang dugaan menunggu bas ke Bahau.. dan Bahau ke Seremban
dan pukul 9.00 AM sudah habis.. damn

'adakah ini dugaan yang dilalui raja?'
aku berkata di dalam hati...
perit, sedih semua emosi bercampur gaul..
nasib baik ada 'si gebu busuk' kucing peliharaan adik aku..
sungguh hiperaktif.. susah gila aku nak tengok 'si gebu' ini berehat

dan aku melayan karenah sigebu ini sampailah aku tertidur kepenantan
ekor tupainya sungguh menggoda aku..
aku belai dan belai dan belai.. sampai aku tertidur
damn.. tidur.. aku mahu tidur..

Read More

Peperiksaan khas: Bahagian 2(ujian kesabaran dari tuhan)

jika anda tertinggal bahagian 1 sila baca sini

pukul 6.55 PM..raja memandu laju
akhirnya sampai jua ke stesen keretapi itu..
masuk aje.. dapat pelbagai 'rumour'
mengatakan bahawa 'train' tergelincir kat Triang
ada jua mengatakan 'train' tergolek kat Kluang
aku tabah jua.. 'delay' sampai pukul 10.00 PM
aku digelar 'sidegil'.. mana taknya.. risau aku..
aku asyik tanya brader tu..
Abd Hafiz rasanya

speaker kat situ cam haram.. sepatah haram tak dapat dengar
mungkin 'barang antik' kata aku..
lepak lagi.. mengurat seorang penggemar novel 'Harry Potter'
Atie nama dia.. seorang budak PoliJB tetapi tiada blog
leka plak aku berbual.. sampai 2 train aku tak jenguk bertanya khabar
selepas itu aku keluar.. bebual dengan budak kelantan
yang sama nasib dengan aku.. damn.. 'delay' lagi
pukul 11:00 PM plak..
ni dugaan aku menunggu.. mungkin dilatih secara halus menjadi
seorang suami yang penyabar.. ceh..
damn lagi... pukul 12:00 PM... dan ramailah
penumpang express antarabandar mengeluh..
akhirnya dapat jua masuk..
terjumpa pula seorang pakcik(old timer) bab travel
semua dia tahu.. kampung aku punyalah ceruk pun dia tahu selok belok
kampung si budak kelantan itu pu dia tahu..
gila.... kaki travel ini.. pakcik tu pun tiada blog..


tanda tanya aku menunggu train akhirnya terjawab apabila
'hand break' ditarik.. tidak sabar rasanya..

aku terus lepak sambil memakai baju teratak42
dan minum serta makan..
pakcik tu belanja.. kebetulan budak kelantan itu dapat seat sebelah aku
'kalau ko nak naik tanpa tiket.. ko duk kat kantin..
modal dia hanya makan dan minum kat situ..
' 1:45 mula bertolak
yeah.. inlah peperiksaan khas aku...

Read More

Sunday, April 06, 2008

Peperiksaan khas: Bahagian 1(ujian kesabaran dari tuhan)

Yeah... nampaknya dapat aku balik petang ini..
tidak sabar rasanya untuk balik.. banyak benda aku dah plan..
kalo dari larkin pukul 3, pukul 8 sampai Bahau
seronoknya... 'Raja.. mintak tolong anta aku ke larkin'
'jom..' balasnya
dengan hiruk pikuk bandar Johor dan pelbagai ragam warga kota
kami redahi jua.. hampir terlanggar sebuah kereta..
'huhuhuhu.. lega.. skill pemanduan raja berada pada tahap advance'
kataku didalam hati.. akhirnya sampai jua ke Larkin
'nenek nenek sibongkok tiga.. siang malam asyik berjaga..
mencari tiket dimana ada ..nenek ku kahwin dengan dengan anak raja'
nyanyi hati kecilku

'tiket pukul bapa?' tanyaku dan disambung didalam hati 'datuk harimau'
'pukul 5:30 petang' jawab mak cik itu ops.. kakak itu
aku mencari lagi.. syarikat bas yang dipercayai aku ada 3
iaitu Transnasional(T), Damai Ekspress(DE) dan Cepat Ekspress(CE)..
ketiga-tiga syarikat menunjukkan masa atas 5.. jadi aku pergi
ke syarikat bas T itu semula.. dan jawapan yang amat mengecewakan
'tiket habis'.. pergi ke DE dan CE pun sama.. 'tiket habis'
'itulah.. kat sini(Larkin) kena buat keputusan dengan cepat..
jangan memilih.. camni jadinya' tegur si Raja diatas sikap memilih masa aku..
tma kasih...selepas itu Raja bagi 'option' lain iaitu keretaapi..

yeah.. masa pada ketika itu menunjukkan 4.00 PM
dan kami bertanya staff KTM disitu samaada ada tiket tak untuk
ke Bahau.. jawapan yang agak menggembirakan.. 'pukul 7.00 PM'
lagi 3 jam.. raja cadangkan beli dan balik rumah dahulu..
sebelum balik ke rumah... kami lepak di mutiara rini..

posing maut jejaka teratak42(kiri aku.. dan raja)

scene senja nan biru
scene awan..
scene pokok
dan scene awas..

Read More

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena