Thursday, August 14, 2008

Fakta tentang air.. ya ...AIR

Air ini menyejukkan.. ia menenangkan..

setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong
sekurang-kurangnya 1 liter
*Contoh: Berat 50kg, perlukan 2 liter air *Praktikkan mengambil air yang
cukup setiap hari, kalau boleh mulakan dari sekarang dan anda akan rasa
perbezaannya! Sukat berapa liter yang anda minum setiap hari.
Muhasabah diri dan perbaiki pencapaian pada keesokkannya.

Sedikit tips bagaimana untuk minum air secukupnya:
(1) Minum 2 teguk setiap 10 minit dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
*Anda akan minum 3 liter dalam tempoh tersebut!
(2) Masukkan air dalam botol-botol kecil dan kira berapa yang anda telah
minum *Jika botol besar, semangat mudah luntur
(3) Jika anda selalu minum seliter sahaja sehari atau kurang, cuba
tambah sedikit demi sedikit setiap hari (bukan sekali gus 3 liter).
Tanamkan sikap "Hari ini lebih baik dari semalam"

Fakta:
Tubuh akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan
kumbuhan.
*Bayangkan jika anda cuma minum seliter sehari!

Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?
Otak kita mengandungi 90% air
*Lihat di sekolah, anak siapa yang selalu menjinjing botol air? Dan anak
siapa yang selalunya bijak?
Otot kita 75% air
Tulang kita 22% air
Darah kita 83% air
Air menstabilkan suhu badan
Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel Air melembabkan udara
dalam paru-paru Air meningkatkan kadar metabolisma!
Air melindungi organ-organ
Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik Air melindungi
dan melembabkan rawan

Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?
Tubuh selalu kepenatan
Sakit kepala yang kerap atau migrain
Sembelit
Ketegangan otot
Tekanan darah yang tidak seimbang
Masalah buah pinggang
Kulit kering
Risiko Kematian

0 Comment and put their link:

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena