Wednesday, July 16, 2008

Debat Anwar-Shabery

'ayang.. tgh wat ape?' kata si gadis..
'tgh surf internet ni ha' balas si jejaka acuh tidak acuh
'bukak tv9.. ada debat' kata si gadis..
'sapa debat?' jawab si jejaka
'anwar ngan menteri penerangan' kata si gadis
'waaaaa.. terima kasih.. terima kasih'

lebih kurang sejam berlalu.. ulasan yang diterima oleh hati sanubariku adalah
bagus jugak shabery nih.. seorang menteri yang berani.. tapi kenapa out topic aje? ada soalan yang tak dijawab..ermm.. ini mungkin kerana masa singkat sangat..

anwar penuh dengan fakta..rilek bila peribadinya diserang.. ini mungkin kerana masa singkat sangat..

dipetik dari MalaysiaKini
=========================================
Anwar berkata kerajaan boleh menjimatkan sekurang-kurang RM2 bilion sekiranya ia mengurangkan tahap simpanan tenaga negara dari 40 peratus sekarang, kepada 20 peratus dan dimanfaatkan untuk menurun harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat.

Dengan itu, katanya, kerajaan dapat mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat penjana kuasa bebas (IPP) dan mengelak Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terus menanggung kerugiaan.

Di samping itu, katanya, lebih banyak lagi dapat diselamatkan jika dapat dikurangkan kebocoran yang berlaku, termasuk RM700 juta akibat kebocoran dan penyelewengan dalam pembekalan diesel.

Menurutnya, kerajaan juga boleh memperuntukan RM1 bilion daripada dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar harga minyak.

Berdasarkan cadangan tersebut, katanya, harga petrol boleh diturunkan sebanyak 50 sen kepada RM2.20 selitar.
More>>>
========================================
mungkin kerana masa yang singkat..masa singkat sangat.. :(

0 Comment and put their link:

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena