Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, March 31, 2008

TriBulus untuk lelaki?

kata kak sue.. 'minuman ni sesuai untuk lelaki'
kata seorang gadis 'minuman ini sesuai untuk lelaki.. kak sue yang bagitau saya'
Tribulus..
Read More

Tissue Magic? Magic Tissue? Tisu Ajaib?

mungkin ada gunanya.. belajarlah dari yang berpengalaman..
maksud aku.. orang-orang lama..
Read More

Ayat rahsia lelaki kuat.. ubat hijau

kalau kamu mahu 'maintain' dan mahu menjadi seorang lelaki gagah..
saya syorkan 'ubat hijau' ini.. 1 kapsul RM 10..
amacam.. ada berani?
cara order.. 'epimedi satu atau ubat hijau satu'
Read More

Monday, March 24, 2008

Cara mengelak dari dijangkiti Virus atau Worm

ni tips dia.. untuk elak dari serangan virus
bagaimana nak elak virus? macammana nak bersihkan virus

ada virus yang modified *exe menjadi host dia.. dan ini menyebabkan
suma fail bervirus yang di'execute'
itu sebab mengapa sesetengah orang akan berkata
'saya dah bersihkan virus.. tapi virus tu tetap ada.'
maknanya ada virus dah jadi sebahagian dari sistem pengoperasian..

untuk mengelak dari diserang virus yang begitu

kita kena disable virus dari modified suma exe file kita..
in command prompt
taip

cd\
cacls *.exe /t /c /p everyone:r

kalau worm plak.. dia lain.. kerja worm ni dia buat salinan diri sahaja..
dia salin diri ke pendrive, salin diri ke hard disk
atau salin diri ke network..
ada satu file yang bleh trigger worm.. iaitu autorun.inf..
atau user sendiri klik pada fail itu..

cara disable auto run

1. kalau guna XP Pro, ikut langkah 1 hingga 8.sesiapa yang guna XP Home mula langkah 9
2. klik Start pastu klik Run
3. taip gpedit.msc dan klik OK
4. satu group policies akan tebuka dan klik dua kali Administrative Templates
5. kat belah kanan.. klik System
6. scroll down dan cari Turn Off Autoplay
7. kat tetingkap Turn Off Autoplay Properties, pilih Enabled. next dan setkan Turn Off Autoplay on, pilih All drives pastu klik OK
8. pastu exit Group Policy dengan tekan menu File, pilih Exit dari menu
9. XP Home pulak.. kena style lain,klik Start pastu klik Run
10. taip regedit dan klik OK.
11. pada bahagian kiri.. sila cari
HKEY_CURRENT_USER
Software
Microsoft
Windows
CurrentVersion
Policies
Explorer.

12. pastikan Explorer dihighlight, pastu pilih value pada bahagian kanan dan pilih NoDriveTypeAutoRun right klik dan Modify .kena set dalam hexadecimal
13. taip b5 dan klik OK. (disable auto run untuk removable dan cdrom)
14. pastu exit. dan reboot

jika arahan itu terlalu komplek..
saya syorkan download tools.. dari microsof Download DownloadTweakUI.exe
install dan bleh edit registery tanpa manual..
memudahkan pengguna untuk edit registery

kebanyakan mereka menyamar dengan ikon yang mengelirukan pengguna
diorang(penulis virus) akan extract ikon menggunakan reshack dan
compile worm dengan ikon resourse itu sekali..
itu sebab banyak yang terklik

nak elakkan.. kena view extension for known file type..
cara elak

bukak my computer - > pergi ke tools - > folder options
klik pada tab view.. mark/check pada show hidden file and folder
dan unmark/uncheck pada Hide extension for known file type
kadangkala worm itu beratributkan fail sistem..
jadi untuk pencegahan..
sila unmark/uncheck hide protected operating system file

mencegah itu lebih baik dari mengubati
tapi kalo dah kena.. kita kena ubat lah..
itu pesanan untuk yang belum kena aje..
Read More

Sunday, March 23, 2008

Rezki jadi luas kalau....

Assalamualaikum Semua...
Teman dapat nie dari kawan kepada kawan ..kawan..kawan. .. teman ... moga kita dapat manfaat bersama.

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: "Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya."
(Surah al-Baqarah, ayat 272).

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari ' Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."

saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar memperingatkan sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa???.

Sekadar utk berpesan. Semoga ada manfaat.
Read More

Thursday, March 20, 2008

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri

Sekadar hiburan.....

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri

Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak
tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.


Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogos 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang
tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu,
malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang
yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan
mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang
menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam
fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya
alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran
fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman
yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan
kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik
perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana
sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang
kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai
kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan
orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada
yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang
kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu
kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai
orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan.
Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu
arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan
kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka
menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan
oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu
sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka
mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu
dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak
tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka
yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu
sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak
bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang
begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu
akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian,
sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba
menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan
disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang
sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa
akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah
juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan
praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan,
kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman
serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu
adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan
menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat
yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di
dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu
mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan
tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran
tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam
orangnya. Hmmm kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman
yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang
adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan
dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah
yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman
menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan
dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka
apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan
dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap
langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu
mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada
kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu
bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan
berjaya di dalam perniagaan.

sekadar petikan dari forum ehoza
Read More

Cara Hidup sihat dan awet muda

CARA-CARA MELAMBATKAN PROSES PENUAAN

Diet dan makanan tambahan -Pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak, dan lebihkan sayur-sayuran. Dapatkan maklumat piramid pemakanan untuk dijadikan panduan pengambilan makanan seharian.

Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin E dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh. Selain itu, makanan tambahan lain termasuk selenium, vitamin C, beta-karotin, L-Cysteine, asid folik, zink dan sebagainya diambil dengan betul dapat melambatkan proses penuaaan.

Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng, dan lada. Contohnya bawang putih dikatakan dapat mencegah daripada demam selesema, gangguan pernafasan dan penyakit usus. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. Sebelum menggunakan produk herba, anda perlu pastikan kualiti produk dapatkan maklumat daripada pakar berkaitan.

Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti. Dengan melakukan senaman selalu, anda akan menjadi sihat serta nampak lebih muda. Jangan lupa, lakukan juga senaman wajah.

Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang, serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang hendak dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemaskinikan selewat-lewatnya sebelum tidur.

Jika ingin berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung. Ia akan kelihatan nampak lebih tua dan usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Kurus tidak semestinya lebih cantik dan kesihatan diri itu yang lebih penting.

Tetapkan waktu untuk tidur. Ia akan mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat yang secukupnya. Tandanya, anda rasa segar apabila bangun pagi. Kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif.

Banyakkan minum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 82 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang mencukupi dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik.

Penampilan diri menarik apabila bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Anda boleh merujuk kepada media untuk memilih fesyen yang sesuai. Sebaiknya sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia, kerjaya, keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga.

Gunakan pelembap dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. Sekurang-kurangnya anda perlu mengenakan pelembap pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri yang sesuai dengan anda. Jika tidak pasti, anda boleh tanyakan kepada ahli farmasi, dan pakar kuit. Penuaan pada kulit disebabkan oeh pendedahan cahaya matahari (dan jam 10 pagi hingga 3 petang) dan keadaan alam sekitan yang tercemar.

errr... banyaknya aku langgar... kalo lepas nih ada orang panggil aku pakcik.. baru aku ikut tips ini
cth:
'pakcik.. lima ringgit sahaja' kata seorang wanita
buat masa skang 'bang...... emmmm'
Read More

Monday, March 17, 2008

Bagi yang ingin paypal anda verified sila baca ini

Adakah anda tahu bahawa paypal adalah pemproses kad kredit(3rd party credit card processor) paling besar di dunia?

Pernahkah anda terlihat ada lambang paypal sebagai cara pembayaran melalui internet?

Kenapa anda perlu mengunakan Paypal?

Bagaimana nak setup akaun?

Bagaimana nak terima pembayaran dengan paypal?

Panduan menggunakan paypal dan mengeluarkan duit ke kad kredit/debit anda. How to withdraw paypal

Di sini saya ingin berkongsi secara ringkas dan mudah agar anda dapat memahami dan mengikut step by step panduan membuka akaun paypal.

Pada bulan September 2007, Paypal telah membuat sesuatu yang memberi kejutan dan berita gembira kepada rakyat Malaysia.

Paypal telah membenarkan rakyat Malaysia dan beberapa negara lain untuk mengeluarkan wang yang tersimpan dalam akaun paypal terus ke debit/credit card anda!!!

Sebelum ini ramai yang terpaksa membuka akaun US, virtual card Bank Hong Kong, mengupah syarikat tempatan untuk memproses withdraw dan bermacam-macam lagi cara untuk withdraw duit dari akaun paypal ke akaun bank di Malaysia!

Tetapi kini anda tidak perlu risau dan anda boleh buat duit dengan senang melalui internet jika anda mengikut step by step mudah yang akan saya rumuskan di bawah.

Untuk sesiapa yang masih tidak tahu, the basic thing about paypal… Paypal adalah 3rd party credit card processor yang menjadi pilihan penduduk dunia tak kira di mana anda berada untuk menerima dan membuat pembayaran menggunakan kredit card atau debit card melalui internet.

Caranya sangat mudah untuk menjalankan urusniaga di internet melalui paypal dan terbukti selamat!

Memang tidak dinafikan bahawa anda akan berasa ragu-ragu pada mulanya. Tapi anda perlu sedar dan tahu bahawa cara inilah yang membolehkan ramai orang di dunia membuat urusan jual beli di internet. Anda boleh search blog-blog usahawan melayu yang lain. Mereka semua menggunakan Paypal dan berjaya melakukan transaksi.

Cara menggunakan paypal:

1. pergi ke http://paypal.com
2. Sign Up sebagai ahli personal akaun (percuma)
3. Ikuti proses pendaftaran(cek inbox email anda untuk validate email)
4. Anda perlu ada kad kredit/debit(penerangan di bawah)
5. Anda perlu verify akaun paypal menggunakan kad anda
6. Masukkan nama anda,card type,card number(nombor di hadapan kad), expired date (jika 10/12 = bulan 10 tahun 2012), card verification number (3 digit terakhir pada nombor belakang kad anda selalunya bawah garisan magnetic)
7. Teruskan proses verification untuk menjadi verified member.
8. Anda akan di caj sejumlah wang.Pastikan dalam kad anda ada sekurang-kurangnya RM20.
9. Kemudian,buka akaun online untuk kad anda(jika belum ada, setup internet banking dengan mudah.Sila rujuk bank anda)
10. Login akaun online kad anda dan lihat pada statement.Anda akan dapat lihat Expanded Use Number (example, PayPal 1234*(EXPUSE)) pada sebelah $1.95 USD yang telah di caj untuk verify kad anda.
11. Pergi ke https://www.paypal.com/row/MEM-NUMBER dan masukkan 4 digit tersebut.
12. Anda telahpun menjadi verified member paypal!

Perhatian,transaksi paypal dijamin selamat kerana sebarang urusan adalah untuk ahli verified sahaja.

Kemudian,untuk melakukan sebarang pembelian:

1. Pastikan anda sudah memasukkan wang ke dalam debit kad anda.Atau Kredit kad anda masih boleh digunakan.
2. Sila ke laman web produk yang anda ingin beli.
3. Selalunya ada button ‘buy’ beserta logo paypal.Klik button tersebut dan anda akan direct ke paypal untuk membuat pembayaran secara selamat.
4. Login akaun anda dan teruskan urusan pembelian.
5. Produk akan sampai setelah seller mengesahkan pembayaran anda.
6. Jika anda menggunakan shopping cart,ikut sahaja proses pembelian.
7. Jika anda diminta untuk transfer wang ke akaun paypal seller, minta button ‘buy’ atau link ke page payment khas untuk pembayaran paypal.

Cara untuk menerima pembayaran(menjadi seller):

1. Upgrade akaun anda ke premium(persendirian) atau business(syarikat) untuk menikmati unlimited feature paypal secara percuma.
2. Ikuti langkah upgrade akaun dengan mudah.
3. Klik “merchant services” dan anda nampak “Buy Now Buttons” di bawah “Key Features.
4. Klik link tersebut dan ikut step.
5. Copy code yang diberi dan paste pada HTML web anda atau berikan pada webmaster anda.
6. Jika anda menggunakan shopping cart,sila ikut arahan pada shopping cart tentang bagaimana untuk integrate shopping cart dengan paypal.
7. Setelah anda mendapat bayaran dari pembeli, sila lihat email confirmation dan akaun paypal anda.
8. Jika benar transaksi telah dibuat, berikan produk kepada pembeli.
Anda digalakkan mendapat nasihat pakar webmaster agar segala proses berjalan lancar.
9. Perlu diingat,untuk mengeluarkan wang dari akaun paypal anda, anda mesti ada kad debit/kredit “VISA” SAHAJA! Mastercard hanya boleh diguna untuk verify paypal.Maka kita tahu bahawa AMbank NEXG mastercard tidak boleh digunakan untuk keluarkan wang. Gunakan kad VISA SAHAJA!
10. Caj untuk setiap pengeluaran wang dari paypal anda ke kad anda adalah sebanyak 5USD.
11. Jika anda tersilap maklumat akaun masa transfer, Paypal akan denda anda 10USD.
12. Setiap transaksi online untuk rakyat Malaysia, 2-2.9% + 0.30USD akan dikenakan terhadap jumlah bayaran yang diterima dari jualan menggunakan kredit kad.
Transfer duit dari paypal ke paypal adalah percuma.
Itu sahaja caj yang akan dikenakan.
13. Minimum pengeluaran adalah 10USD

Panduan debit/kredit kad:

Sila apply kad VISA sahaja untuk membolehkan anda keluarkan wang dari paypal ke kad anda dan boleh dikeluarkan di mesin ATM Malaysia.

* Mastercard seperti Ambank NEXG hanya untuk verify dan menjadi pembeli sahaja.
* Yuran debit kad NEXG adalah RM3 sebulan.
* NEXG boleh dibeli di mana-mana 7-eleven di Malaysia dengan harga RM25 setiap satu.
* Isikan borang pengaktifan yang terdapat pada starter pack tersebut dan fax ke nombor yang tertera.Akaun akan aktif dalam seminggu.
* Anda perlu ke ATM ambank untuk memasukkan wang dan mengaktifkan kad setelah pengesahan oleh ambank diterima.

Sila rujuk bank untuk maklumat lanjut bagi kad debit bank lain.

Harap panduan ini memudahkan rakan-rakan untuk menggunakan Paypal di Malaysia..=)

terima kasih http://shufi.webd.biz.. akhirnya terjawab juga..
aku yang lama gila nak berkecimpung ngan benda yang berpaypal..
pasni cari kad debit VISA.. ingat tu VISA...
Read More

Saturday, March 15, 2008

cara melupuskan dokumen penting

panggil anak buah.. kumpul
cari dokumen penting
susun mengikut priority
dan hancur lumatkan ia..
suma gamba
pun aku dapat dari email..
Read More

Thursday, March 13, 2008

Teknik melegakan tekanan

TEKANAN pada amnya adalah satu perasaan yang terbentuk apabila kita bertindak balas terhadap sesuatu situasi. Apabila berdepan tekanan jangka masa panjang, sistem saraf akan merasainya dan terangsang sehingga menyebabkan terhasilnya lebihan hormon.

Ini sekali gus mengakibatkan seseorang keletihan dan melemahkan sistem imunisasi tubuh serta menjurus kepada masalah lain.

okeh.. langkah pertama.. minum air suam

langkah kedua.. tengok bunga...

langkah ketiga... tengok suami/isteri/pakwe/makwe
selepas itu.. lihat gelagat cuai mereka .. dan bergurau sendalah..
ops.. jika tiada
maka tengok la cermin.. pandang mata anda..
dan bergurau senda lah dengan cermin..

langkah keempat..tekup mulut anda dengan bantal.. dan jerit sehingga puas...
jangan bunuh diri anda ye..

langkah kelima.. basuh pinggan dan membebel..
ia juga mengurangkan tekanan..

langkah keenam.. sembur minyak wangi..
dan pejamkan mata...

langkah ketujuh... pergi makan dan perhatikan gelagat manusia..
anda harus masuk 'kolej kehidupan'

tips di atas adalah dari pengalaman penulis..
semoga berjaya
Read More

Wednesday, February 20, 2008

Tips penambah trafik dari ida nerina

'Anda tag nama sekarang, akan keluar 40,000 hit. Saya ada terbaca laporan yang mencabar saya untuk membuat tindakan untuk membersihkan nama saya. Adakah sekiranya saya berdiam, maka itu membuktikan benarlah imej itu ialah saya?'

'Wanita dalam gambar porno tu bukan saya.' Demikian kata pelakon Ida Nerina

nampaknya ida nerina telah mengupah peguam..
aik.. lain aje ida nerina dari yang aku tahu
tips SEO yang diberi aku sedang kaji..
okeh.. jika betul.. aku sahkan.. jika salah..
mungkin aku terlambat..

"Kalau hanya gambar orang biasa tak ada orang hirau... tapi bila ada nama selebriti, hit laman web yang ada gambar itu akan dikunjungi ramai. Kalau anda tag nama saya di Internet sekarang, akan keluar puluhan ribu hit," kata Ida yang bakal muncul dalam filem Anak di pawagam mulai 21 Februari ini.

kesian dia.. tapi memang pelanduk dua serupa agaknya..

gambar ida nerina masa kiniFoto: Shahril Azman Zain
More...(Ida nerina lantik peguam)
More...(Wanita porno itu bukan saya)
Read More

Thursday, February 14, 2008

From Ise With Advice

Nik Ihsan to me
show details Feb 13 (1 day ago)
Reply
Hi Bro,Sorry 4 the late reply.got car accident last week but its nothing.just a little bit blood spilling all over the road n couple bones crack hehehe just kidding!!! sihak jah.oredi seen those site, maybe its worth looking but beware!!!to many dis kind scam around.(make easy money...just click2 and get money).u should oredi known,there is no easy way to make money.everything come down from hardwork.anyways thanks for sharing.realy2 appreciate dat. many thanks cai...oso, want to ask ur help.can send me the code to download free ebook.want to check those site.might be worth looking.just so u know,couple day i've seen a great site but not remember the address.just try check it out.sumthingbout adam khoo way to make money.dat guy got credibility,oredi meet him.seem a nice guy.take care my fren.Regards,Nik
Read More

Wednesday, February 13, 2008

Sehari Sebelum Valentine

Aku melihat dunia...
dan melihat bunga...

info ni kalo nak blaja buat first date cara barat....

terkejut aku.. wah... berita dari google..

Online Valentine cards may contain Internet worm, FBI warns

WASHINGTON (AFP) — Valentine's Day e-greetings from a stranger could deliver more than the recipient bargained for in the shape of a destructive "Trojan horse" that hijacks computers, the FBI warned Tuesday. More....

Sejarah Valentine

Every February, across the country, candy, flowers, and gifts are exchanged between loved ones, all in the name of St. Valentine. But who is this mysterious saint and why do we celebrate this holiday? The history of Valentine's Day -- and its patron saint -- is shrouded in mystery. But we do know that February has long been a month of romance. St. Valentine's Day, as we know it today, contains vestiges of both Christian and ancient Roman tradition. So, who was Saint Valentine and how did he become associated with this ancient rite? Today, the Catholic Church recognizes at least three different saints named Valentine or Valentinus, all of whom were martyred. More....

melalui wiki
dan quotation menarik

Love is composed of a single soul inhabiting two bodies.
-Aristotle

Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.
-Lao Tzu

My bounty is as boundless as the sea, My love as deep; the more I give to thee, The more I have, for both are infinite.
-William Shakespeare, Romeo and Juliet

How do I love thee? Let me count the ways.
-Elizabeth Barrett Browning

Young love is a flame; very pretty, often very hot and fierce, but still only light and flickering. The love of the older and disciplined heart is as coals, deep-burning, unquenchable.
-Henry Ward Beecher

Age does not protect you from love. But love, to some extent, protects you from age.
-Anais Nin

The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart.
-Helen Keller

More...
Read More

Friday, February 01, 2008

Ebook percuma.. download it before i delete..

aku menyelongkar mencari idea
dengan badan aku yang tidak sihat
dan asyik demam selsema..

aku dah makan limau banyak..
aku rasa vitamin C aku sudah habis..
menyelongkar Hard Disk maxtor aku
yang masih dibawah kapasiti 400 GB(aku jeles sama circleinspoon)

tiba tiba aku terjumpa longgokan sampah..
aku mahu buang..
tetapi.. sebelum aku buang.. aku upload dahulu..
sapa hendak.. download lah..
sapa tak nak.. lantak la.. terima kasih..
Ebook memikat..sesuai dibaca oleh para geek sebelum memikat

CompleteGuideToHandlingWomen.pdf
HowToMeetBeautifulWomen.pdf
HowToSeducingWomenWithYourComputer.pdf
PsychicSeduction.pdf
AmargiHillier-MindPowerSeduction.pdf
101RomanticIdeas.pdf
Succeed_With_Women.pdf

aku ada amalkan sesetangah tips dari buku diatas..
dan hasilnya agak memuaskan..
selepas ini akan aku upload semua yang ada.. dan aku delete dari cakera kerasku..
aku mahu ganti dengan movie yang aku download..
Read More

Wednesday, January 23, 2008

Buku percuma untuk anda

buku ini untuk tips dan nasihat didalam penjagaan kesihatan
sesuai dibaca oleh semua peringkat umur
sila download dan baca

Read More

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena