Showing posts with label ilmu putih. Show all posts
Showing posts with label ilmu putih. Show all posts

Monday, March 17, 2008

Pengetahuan AM bagi penganut agama ISLAM

aku ini masih mencari cahaya...
dan aku pergi ke forum.. kenkadang bertanya..
dahulu aku kagum dengan nombor 6666..
itulah.. aku ini guru tiada.. aku mencari..
dan masih mencari

ini akhirnya satu kemusykilan dari hati aku yang meronta-ronta
melihat, memikir dan menyoal..

Jumlah Ayat Al-Qur'an
(Bukannya 6,666 Ayat)
Berkaitan dengan jumlah ayat-ayat al-Qur'an, jumhur ulama telah sepakat mengatakan jumlah ayat al-Qur'an ialah 6,200 ayat lebih. Untuk itu, ulama berselisih pendapat tentang jumlah tepat atau berapa jumlah sebenarnya yang dikatakan lebih 6,200 itu. Pendapat ulama sebagaimana berikut: -
  1. Menurut pendapat ulama Madinah, jumlah ayat al-Qur'an ialah 6,217 ayat. Pendapat ini disokong olah Nafi'
  1. Menurut pendapat ulama Madinah lain yang disokong pendapat Syaibah, jumlah ayat al-Qur'an ialah 6,214 ayat.
  1. Menurut pendapat ulama Madinah lain lagi yang disokong pendapat Abu Ja'afar, jumlah ayat al-Qur'an ialah 6,210 ayat.
  1. Menurut pendapat ulama Mekah yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir, jumlah ayat al-Qur'an ialah 6,220 ayat.
  1. Menurut pendapat ulama Basrah sebagaimana yang diriwayatkan oleh 'Asim, jumlah ayat al-Qur'an ialah 6,205 ayat.
  1. Menurut ulama Kufah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Hamzah, jumlah ayat al-Qur'an ialah 6,236 ayat.
  1. Menurut pendapat ulama Syria sebagaimana yang diriwayatkan oleh Yahya Ibn al-Harith, jumlah ayat al-Qur'an ialah 6,226 ayat.
Sebagai kesimpulan yang dapat dirumuskan di sini, faktor lahirnya perselisihan di dalam menentukan jumlah ayat tersebut ialah terdapat sesuatu ayat yang selalu Nabi membaca dengan wakaf pada akhir tiap-tiap ayatnya sebagai pertunjuk dan memberitahu kepada para sahabat yang mana lafaz yang Baginda baca dengan wakaf itu adalah fashilah. Dalam keadaan lain pula, Baginda membaca wasal ayat yang sama untuk menyempurnakan maknanya setelah Baginda tahu yang para sahabat telah pun arif ayat yang Baginda baca itu memang satu ayat atau fashilah, walaupun Baginda baca dengan wasal pula selepasnya.
Namun pun begitu, perbuatan Nabi yang kadang-kala wakaf dan kadang-kala wasal terhadap ayat yang sama, telah timbul kekeliruan dan dugaan tertentu bagi mereka yang belum arif dengan tujuan Nabi berbuat begitu dalam menentukan jumlah ayat. Justeru itulah, mereka yang belum arif matlamat Nabi berbuat begitu telah mengira ayat yang Nabi baca dengan wasal itu adalah satu ayat dan ayat yang Nabi wakaf itu adalah dua ayat, manakala orang lain pula beranggapan dan mengira sebaliknya. Dari situlah sebenarnya punca timbul perselisihan dalam mengira jumlah ayat.
Dipetik dari:
Rosmawati Ali (1997). Pengantar Ulum Al-Qur'an. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Hlm 112-113
More@jim.org.my>>>>
one more@e-bacaan.com>>>>

pendapat dan sebarang komen membina dan meruntuh aku terima
masing masing cerdik dan pintar..
Read More

Tips mengelak sihir/ Bismillah 6/7

Ayat bismillah enam(6) ini sangat banyak faedahnya, jika diamalkan selalu akan berkhasiat untuk menjadi selusuh kepada perempuan yang akan bersalin, menjadi penawar racun dan bisa-bisa badan, menjadi jampi untuk menghalau jin dan syaitan, terpelihara daripada segala merbahaya, seteru dan musuh, boleh dibaca ketika berperang agar mendapat kemenangan dan mengabulkan segala hajat serta Insya-Allah akan nampak benda-benda yang pelin dan ajaib.

Sangat baik sekali sekiranya dapat diamalkan ayat bismillah enam pada tiap-tiap selepas solat fardhu kerana banyak sekali fadilat dan khasiatnya.

* Makbul segala hajat dan cita-cita.
* Luas rezkinya.
* Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
* Menang dalam peperangan.
* Penerang hati.
* Diajuhkan dari segala penyakit.
* Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
* Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
* Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
* Aman daripada binatang2 buas.
* Air laut menjadi tawar.
* Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
* Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
* Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
* Terselamat dari karam dilaut.
* Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
* Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
* Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
* Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
* Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
* Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
* Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMALLAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

dan juga boleh amalkan

Bismillahirrahmanirrahim

Bismillaahissami’ilbasyirillaz i laisa kamithlihi syai un wahuwa bikulli syai’in ‘alim

Bismillaahilkhallaqil ‘alimillazi laisa kamithlihi syai un wahuwal fattaahul‘alim

Bismillaahillazi laisa kamithlihi syai un wahuwal ‘alimulkhabiir

Bismillaahillazi laisa kamithlihi syai un wahuwal ‘alimulqadiir

Bismillaahil ’azizilkarimillazi laisa kamithlihi syaiun wahuwal’azizulkariim

Bismillaahil ghafuurirrahimmillazi laisa kamithlihi syaiun wahuwalghafururrahiim

Faullahu khairun hafizhan wa huwa arhamurrahimiin

Wasallallahu ‘ala saidina muhammadiwwa ‘ala aalihi washahbihi wasallam.

Dgn nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.

Dgn nama Allah Maha Mendengar, Maha Melihat yang tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA bagi segala sesuatu amat mengetahui.

Dgn nama Allah, Maha Pencipta, Maha Berilmu yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Pembuka Maha Berilmu.

Dgn nama Allah yang tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Berilmu dan Maha Mengetaui.

Dgn nama Allah yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha berilmu dan Maha Berkuasa

Dgn nama Allah yang Maha Perkasa dan Maha Mulia yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Perkasa dan Maha Mulia.

Dgn nama Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang yg tiada semisal denganNya sesuatu pun dan DIA Maha Pengampun dan Maha Penyayang

Maka Allah sebaik-baik Pemelihara dan DIA menyayangi orang-orang yang penyayang.

Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat Baginda dan keselamatan.

Dan biarkanlah mereka yg menafikannya. Semoga mereka mendapat hidayah Allah swt. Amin.

More>>>>
Read More

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena