Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Saturday, March 22, 2008

one shot consider death

Banyak benda kamu boleh download dengan mendaftar disini

tentang marketing, memang best gila..

kisah 'one shot consider death' aku pagi tadi
si gadis manis: 'yang.. nak dengar tak.. kawan ada lagu jiwang ngan lagu brutal kat hanset bila orang lain call'
sigadis manis itu call kawan dia..
dan ringtone lagu jiwang kedengaran...
butang merah aka cancel ditekan..
'aik.. mana lagu brutal nih'
call lagi..
lagu jiwang tu lagi..
call lagi..
lagu jiwang tu lagi..
'selalunya call kali kedua.. lagu brutal itu keluar' sambung si gadis ayu itu
dan...
ia keluar...
'ayang.. dengarlah lagu brutal ini..' galak si gadis itu..
dan... kedengaran...
'tiada tuhan selain Allah.. Nabi muhammad pesuruh Allah...'
zapppppp harpoon dari sebuah kapal ditembak tepat ke hati aku...
'erk.. yang... dah yang.. dah... bisanya' jawab si lelaki itu
Read More

Sunday, February 24, 2008

Syarat pasang iklan pilihan raya

Parti-parti politik diingatkan supaya tidak memasang apa-apa iklan pilihan raya termasuk poster, bendera dan sepanduk merintangi jalan, lorong dan lebuh raya kerana ia merupakan satu kesalahan.

iklan pilihan raya juga tidak dibenarkan dipasang di jalan-jalan protokol di seluruh ibu negara, Dataran Merdeka dan semua taman-taman awam.

***Jalan-jalan protokol ialah Jalan Parlimen, Lebuh raya Persekutuan, Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Dato' Onn, Jalan Kinabalu, Jalan Sultan Ismail, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Ampang, Jalan Raja dan Jalan Raja Laut.

Iklan-iklan itu juga tidak dibenar dipasang menggunakan gam, paku atau pelekat lain di pokok-pokok, dinding bangunan, papan tanda jalan, tiang lampu dan pembahagi jalan.

Turut tidak dibenarkan ialah pada jejantas, jambatan, tembok keselamatan sungai, dinding terowong, struktur perhentian bas, pondok telefon awam, kios dan gerai penjaja dan struktur milik Tenaga Nasional Berhad (TNB)

More...
Read More

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena