Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Wednesday, March 26, 2008

Saman fitnah: Penulis blog Raja Petra dan tiga defendan diperintah bayar RM7 juta kepada Naib Canselor UUM

aduhai.. RM 7 Juta tu.. kalo income sehari USD 40k takdak hal rasanya...
hua... kena saman dah blogger.. baru je tadi kuar TV3..

ALOR STAR 26 Mac – Penulis blog Raja Petra Kamaruddin, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan diperintah membayar ganti rugi RM7 juta kepada Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Nordin Kardi dan UUM dalam satu kes saman fitnah.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Star, Priscilla Gengadaran hari ini membuat taksiran ganti rugi sebanyak RM7 juta yang patut dibayar kepada Nordin Kardi dan UUM selepas defendan menyiarkan fitnah terhadap mereka dalam laman web dan akhbar Suara Keadilan.

Nordin Kardi dan UUM menyaman empat defendan dalam kes tersebut.

Defendan pertama ialah Raja Petra, defendan kedua parti PKR, diikuti Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan dan editornya.

Mahkamah memutuskan Raja Petra memfitnah Nordin dan UUM apabila mendakwa dalam laman web www.malaysia-today.net pada 16 Disember 2006 secara penulisan menyiarkan sebuah artikel bertajuk Dato Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya? Mohon Penjelasan.

Nordin Kardi mendakwa beliau telah difitnah selama tempoh dua minggu penerbitan artikel berkenaan dan fitnah tersebut adalah melibatkan profesion dan integriti beliau untuk mengetuai sebuah universiti awam.

Sementara defendan kedua, ketiga dan keempat pula didakwa menyiarkan sebuah artikel bertajuk NC UUM Penciplak dalam akhbar Suara Keadilan bilangan 098 bertarikh 27 Disember 2006 hingga 10 Januari 2007 di muka surat 26 akhbar defendan kedua. - Utusan

Read More

Monday, March 24, 2008

Pandangan terhadap Idris dari blogger sekampung dengannya

politik.. oh politik...

dipetik dari blog tz(seorang blogger sekampung dengan Idris)

'perlantikan MB terengganu masih belum nampak kata putusnya.. istana dan bn terus dingin.. rakyat terus tertanya².. aku tidak pasti ape pengakhiran drama politik ini..tidak bisa menganalisis..

apa yang pasti.. perlantikan dan pengekalan sideris ada matlamatnya... ade udang di sebalik batu.. itu yang pasti.. PL bapak dan juga PL anak.. sudah terang lagi bersuluh..mane kepatuhan kepada rukun negara.. bila DAP buat hal.. pandai pula berkata... jika terkena pada diri sendiri.. laen pula ceritanya..

kisah PL bapak and PL anak sewenang² menghabiskan duit royalti terengganu sudah kedengaran sane sini.. perlantikan deris sudah pasti memberi laluan kepada PL anak untuk menjaga kewangan terengganu.. aku yakin.. pihak istana sudah tahu apa yang berlaku dalam pentadbiran terengganu..'

Read More

Wednesday, February 06, 2008

Kehidupan Blogger

skang ni. aku makin hairan dengan blogger yang
tidak update.. dari dulu.. sampai sekarang..
nak juga tahu perkembangan..
'mungkin diorang dah bukak syarikat perniagaan agaknya.'
bisik hati kecilku..

sambil membuang link-link yang tidak berupdate..
yelah.. tapi aku makin hairan ngan blogger yang dapat buat pendapatan
dari blog mereka sendiri.. mereka ada teknik, tips
ada juga yang amik kesempatan jual ebook.
aku tak pernah beli e-book orang..
download aje dari google. hahaha..

google adalah 'search engine' yang paling best
aku baca baca tentang SEO tadi..
tak berapa faham sangat.
'keyword list', ape la.. tapi aku terus belajar..
belajar dari 'blogger' yang pandai menggayakan ayat
dan kita dapat 'feel' situasi ayat yang digayakan

kenangan semalam..
selepas bertukar handphone Nokia-tahan-lama ngan Sony K501i-asyik-mati
baru senang sikit nak berbisnes.. tapi.. alangkah keparatnya.
apabila aku ini sudah biasa dengan sony.. apabila bertukar ngan nokia..
banyak sangat mesej kosong aku hanta..

'apa maksud sms ko tadi? aku tak faham?' sms dari aidil
padahal aku tak sengaja anta 3 mesej kosong..
'sori.. aku tak reti nak guna.. lupa la nokia nih' balasan sms kepadanya
lagi satu.. 'ringtone'.. atau 'message tone'..
masa bawak motor aje.. ada satu mesej..
sampai lah ke fakulti bunyi aje.. aduh.. 'tension'
tapi takpe..tahan lama..

skang gadget nokia-lama-tahan-lama aku gengam sehingga habis bateri..
'charger mana? bateri nak abih.. bleh tolong 'silent'kan skali' kata aku
kepada tuan empunya
'la.... apesal tak cakap?.. charger... charger... tinggal rumah' balas si dia
'rumah kat sini ke?' tanya aku
'tak... kat pontian' balasnya..
adoi.. nampaknya 2 hari maksimum aku guna nokia-lama-tahan-lama nih
pasni aku akan berbalik pada Sony K501i-asyik-mati

kehidupan.. oh kehidupan..
Read More

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena