Tuesday, June 24, 2008

Punca minyak naik - Raja Arab Saudi dedahkan di Jeddah

JEDDAH – Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah semalam menyatakan bahawa negaranya tidak boleh dipersalahkan berhubung peningkatan harga minyak.

Bagaimanapun, baginda menuding jari kepada spekulator, cukai bahan api tinggi di negara-negara pengguna dan peningkatan penggunaan di negara-negara membangun.

Raja Abdullah menyatakan demikian ketika merasmikan persidangan minyak di bandar pelabuhan Jeddah.

Baginda turut menjelaskan bahawa Arab Saudi yang merupakan negara pengeksport minyak terbesar di dunia sudah meningkatkan pengeluaran kepada 9.7 juta tong sehari.

“Dan kita kini bersedia untuk memenuhi sebarang permintaan tambahan pada masa depan,” katanya.

Raja Abdullah juga meminta diwujudkan satu inisiatif tenaga yang bernilai AS$1 bilion (RM3.25 juta) untuk negara-negara miskin bagi menghadapi kenaikan harga minyak. Kebanyakan negara di dunia mengalami pengalaman kekacauan sosial oleh penduduk yang berang kerana kenaikan harga bahan bakar itu, peningkatan kos makanan dan lain-lain barangan keperluan asas.

Baginda juga menyatakan Arab Saudi akan menyumbangkan AS$500 juta (RM1.6 bilion) untuk membantu memberi pinjaman kepada negara-negara miskin bagi membiayai projek tenaga dan kewangan. - AP

Sumber>>>

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena