'Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.
Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.'
aku tak tahu nak cakap apa.. serabut aku tentang Malaysia.. berita serabut sana-sini.. kiri cakap 'A', Kanan cakap 'B', depan cakap 'C'.. 'Belakang cakap 'D'.. pusing-pusing buat aku pening.. dan akan lahir la lepas ni gabungan berita yang membuat anda lagi pening='ABCD'.. atau ¼A+½B+¾C atau ¾D+A²+¼C³
nah.. amik berita serabut dari aku.. kan dah serabut.. aku rasa.. media ni kena betul.. ni kasi rakyat 'confuse'.. best ke buat rakyat 'confuse'?
'Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.'
tengok utusan plak...
Liwat: Laporan polis terhadap pemimpin politik
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, laporan berhubung kejadian itu sudah dimaklumkan kepada beliau dan siasatan terperinci akan dilakukan.
Jelasnya, berdasarkan laporan yang diterima oleh polis, lelaki berkenaan mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara.
"Lelaki berkenaan akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur esok atau Isnin ini untuk pemeriksaan kesihatan termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
"Siasatan terperinci akan dilakukan selepas menerima laporan DNA tersebut," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.Aku tengok jenayah makin subur bak cendawan selepas hujan.. melambak.. peh.. makin hebat ya.. penjenayah itu.. tetapi di negeri manakah yang selalu dilaporkan ada jenayah?
mengikut berita utusan..
Kad kuasa: 2 anggota polis masih ditahanaku pun tengok ehoza.. yang membincangkan pasal politik..
dan pasal kes Anwar..
dibawah ni antara gelagat para forumer disana..
'kat mana gaknya filem liwat ni dibuat ....
ada video dia tak ...
saper ader ... share2 yer ...
dah takder idea ke haper ....
ni nak tipoooooo kali yg keberapa ratus kali nih ....
sajer nak tutup kes minyak naik ngan cerita si Rosmah ler ni ....'
'kali nie nak usung apa pulak masuk mahkamah... Xkan nak guna modal lama, usung tilam lagi kut...'
'usung seat kete pulak ke...owhh damm.'
0 Comment and put their link:
Post a Comment