Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts

Sunday, March 23, 2008

Info kepada pemilik kereta : Part 2

(Bahagian 2)

2. SERVIS KERETA
Kpd orang pompuan, anda sebenarnya boleh menjimatkan duit anda masa servis kereta..
basic servis kereta adalah


i) penukaran minyak enjin + tukar penapis minyak
ii) cuci atau tukar penapis angin (air filter ; biasanya benda ni tahan lama.. 6 7 8 kali servis baru tukar sekali air filter ni)

iii) iii) periksa & top up air bateri (kalau nak tukar bateri yg baru ambil jenis jenis

Century ; bateri kereta Century air bateri lambat surut & bateri ni tahan lama)

Kos basic servis di workshop
Minyak enjin (20-50W) RM50 - 60 ++
Oil filter RM10-RM13
Top up battery water (biasanya free atau termasuk dlm labour charge)
Labour charge RM15 - RM 25

Kalau suruh kawan2 anda yg lelaki buat sendiri
(contoh kos servis sendiri utk kereta P. Wira)
Anda pergi beli sendiri benda2 ni kat kedai spare part
Minyak enjin (Castrol 20-50W) RM28 (Harga Jun 2006)
Penapis minyak/Oil filter jika jenis proton standard baru RM8 satu..
Andaikan air filter tak yah tukar (elok lagi)
Top up air bateri (air bateri RM1 - RM2 sebotol) boleh top up pakai balance air bateri kawan anda yg lelaki tu (free je) J

Labour charge - Belanja la kawan2 lelaki anda yg tolong servis kereta anda tu..

P/S : Bandingkan kos anda.. (sebab tu la orang pompuan kena berbaik2 dgn orang lelaki nie.. jangan dok jual mahal je) J


3. TIMING BELT
Adalah mustahak timing belt ditukar setiap60,000km (jenis proton standard, original protonparts) .. kalau anda pakai jenis Mitsubishi boleh tahan sampai 100,000km (hati-hati, kat kedaisparepart ada jual timing belt jenisMitsuboshi (brand tiruan @ cap ayam).. sekiranya timing belt enjin kereta anda kena air.. kena minyak enjin dgn banyak yg meresap melalui celah enjin (gasket enjin dah bocor), maka disarankan anda terus tukar timing belt kerana ketahanan getah tali ‘timing belt’ ini sudah berkurangan (tear & wear)..

Catatkan bacaan odometer reading di dashboard kereta anda supaya anda tahu bilakah perlu dilakukan pertukaran timing belt seterusnya. Contohnya sekiranya ‘clock’ odometer reading kereta anda mencatat kereta anda telah berjalan sejauh 165,433km maka pertukaran timing belt seterusnya perlu dilakukan apabila bacaan odometer kereta anda mencecah 225,433km.

Kegagalan untuk menukar timing belt pada masa yg disyorkan oleh mekanik boleh menyebabkan ianya putus di tengah jalan (apa lagi piston akan jammed, rod akan bengkok atau patah, blok enjin akan calar atau pecah...) duit anda akan terbang ratus2.. kena overhaul la jawabnya.. (kos baik pulih enjin kancil jika timing belt putus RM600++, Opel frontera RM2000 ++ (kos tukar timing belt Opel frontera ni baru RM400..)

P/S : Kos servis kereta di workshop sudah naik skrg ni. Harga minyak enjin di kedai sparepart juga sudah naik skrg ni. Berhati-hati membeli atau menyerbis kereta kesayangan anda… skrg ni ada kedai sparepart dan workshop membuat onar dgn menjual / menggunakan minyak enjin terpakai.. akibatnya enjin kereta anda akan kaput dlm tempuh 2 minggu.
More>>>

Read More

Info kepada pemilik kereta : Part 1

Credit: kimmy_ky / ehoza.com

sebelum anda membeli kereta..
anda harus tahu tentang kejadian yang bakal anda hadapi..
disini saya letak info untuk anda..

INFO UNTUK PEMILIK KERETA (BAHAGIAN PERTAMA)
TERUTAMANYA UNTUK ORANG POMPUAN RAMAI YANG TIDAK TAHU RUPANYA… BACALAH…

(Bahagian 1)

1. PASAL ‘TARIK’ KERETA


Sebenarkan pihak bank sendiri yang memberikan data-data (butir-butir pemilik kereta yg gagal jelaskan‘installment’ bulanan kereta) kepada 'geng' tarik kereta ni..

hanya dari dlm kereta dgn membawa laptop, mereka dpt 'trace' everything mana-mana kereta dgn hanya menaip no pendaftaran kereta.. seluruh Malaysia ..

menurut kawan saya yg buatpart time jual kereta 2nd hand ni, sepatutnya bilainstallment kereta dah tertunggak 3 bulan 2 minggu baru lah bank boleh keluarkan surat tarik kereta tu.. kalau dah tertunggak 2 bulan lebih biasanya bank akancall atau hubungi kita..

bila kereta dah kena tarik, ada tempoh 21 hari (3 minggu) sebelum kereta tersebut dijual secarapublic auction (lelongan awam). Boleh ambil balik kereta yg kena tarik tu dgn membayar kpd bank 2 atau 3 bulaninstallment yg tertunggak tu +‘interest’ (bank akan kenakan faedah harian terhadap‘installment’ kereta jika lewat membayar ; bank bumi 8% sehari) + duit upah tarik (biasanya RM500 - RM700) dan duit upah simpan kereta kat stor (RM10 - RM15) sehari..

kalau installment bulanan kereta anda tertunggak 3 bulan ++.. tiba-tiba anda terjumpa dgn ‘geng’ tarik kereta di jalanan, janganpanic.. pada peringkat ini anda sebenarnya masih boleh berunding dgn ‘geng’ tarik kereta ni.. tindakan anda..

i) minta dari mereka surat akuan dari bank yg menyatakan kereta anda telah tertunggak 3 bulan ++..
ii) biasanya mereka akan meminta anda mengikut mereka ke bank utk membayar 2 bulan duit installment kereta yg tertunggak & sedikit duit kopi utk mereka (biasanya RM250 - RM400)..
iii) sila telefon, minta la bantuan kecemasan 999 kat sapa2.. pinjam dulu duit kat mak cik pak cik @ sedara mara atau kawan2office anda (jangan lupa bayar balik ; jangan malu utk bagitau keadaan anda sebenar..) Insyaallah kereta tu masih boleh diselamatkan. .
Read More

10 Makanan yang Anti-kolesterol

1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.
Read More

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena