Showing posts with label new review. Show all posts
Showing posts with label new review. Show all posts

Thursday, March 13, 2008

Mohamad Hasan angkat sumpah MB Negeri Sembilan

KUALA PILAH 12 Mac — Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan bagi penggal kedua, empat hari selepas Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat menerusi pilihan raya Sabtu lepas untuk terus mentadbir kerajaan negeri.

Pada istiadat yang berlangsung di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman di Istana Besar Seri Menanti di sini, Mohamad, 52, menerima surat pelantikan, sebelum disusuli majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar.

Beliau kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Datuk Azhar Ma’ah dan Ketua Hakim Syarie Datuk Hussin Harun.

Turut hadir pada majlis itu ialah Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd. Nor serta ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru.

nasib baik n9 tak tuka MB

Read More>>>>
Read More

Wednesday, March 12, 2008

Calon Pas, Ir. Mohammad Nizar sah MB Perak

Perak juga bertukar MB.. dipetik dari utusan


IPOH 12 Mac — Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini memperkenankan pelantikan Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

Beliau bakal mengetuai kerajaan campuran yang akan dibentuk oleh Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam pilihan raya umum Sabtu lepas.

Majlis angkat sumpah jawatan akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 4 petang esok.

Nizar, Ahli DUN (ADUN) Pasir Panjang berkata, perkenan Sultan itu dimaklumkan kepada beliau oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menerima rombongan pemimpin ketiga-tiga parti itu menghadap di Istana Kinta di sini pukul 5 petang ini.


Read More>>>
Read More

Khalid angkat sumpah MB Selangor esok

Nampaknya selangor bertukar menteri besar...

12/03/2008 9:19pm

SHAH ALAM 12 Mac – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, esok.

Abdul Khalid, 62, akan mengangkat sumpah dan melafazkan ikrar taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini, pukul 3.30 petang esok.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Sabtu lalu, Abdul Khalid memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Sayuti Said dengan majoriti 1,920 undi.

Read More>>>

Read More

Saturday, February 16, 2008

Tragedi valentine: Enam maut bekas pelajar mengamuk di Universiti Northern Illinois

aku baca berita kat kosmo tadi..
senang sangat bebudak sana dapat senapang..
atau terpengaruh ngan rambo 4
mungkin.. tapi rambo 4 memang sedap..
aku tengok dan rasa nak tengok lagi


"Ia bermula dan berakhir dalam tempoh beberapa saat"
kata ketua polis di universiti berkenaan, Donald Grady.

Menurut para pegawai, penembak itu merupakan seorang bekas pelajar dalam bidang sosiologi dari sebuah institusi pendidikan lain iaitu Universiti Illinois di Urbana-Champaign.

Pada tahun lalu dia pernah memenangi anugerah dekan kerana kecemerlangan dalam pendidikannya.

peh.. dekan tu... kekaguman aku terhadap pelajar yang bijak.
tapi bahaya gak kalo pelajar tu sanggup membunuh.

More...
Read More

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena