Showing posts with label cuti pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label cuti pilihanraya. Show all posts

Friday, March 07, 2008

PETIDA

Pengundi Tidak Daftar(PETIDA)
kepada ahli PETIDA..
buat side income di tempat anda seperti
jual minuman atau jagung rebus atau jagung bakar..
burger pun bleh.. semoga kamu semua murah rezeki..
Kopi Tongkat Ali pun boleh.. apa-apa jelah....

teringat dialog semalam...

semalam ada rakan lama tanya..
‘ko mengundi tak hari sabtu ni?‘
aku jawab ‘ahahaha.. aku calon‘(perasan calon.. dasar pelupa daftar)
die plak balas.. ‘peh.. sama lah.. aku pun calon‘ (dasar pelupa kedua-duanya..)
kami PETIDA

Dasar 'Rekod Anda Tidak Dijumpai'...
Read More

Friday, February 22, 2008

Cuti Sekolah untuk persiapan mengundi

Persiapan mengundi: 7 Mac cuti sekolah

PUTRAJAYA 21 Feb. - Kementerian Pelajaran mengumumkan cuti sekolah pada 7 Mac ini bagi membolehkan segala urusan persediaan berkaitan pilihan raya umum berjalan lancar terutama di 2,262 buah sekolah yang menjadi pusat pengundian pada 8 Mac ini.

'Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hari persekolahan tersebut akan digantikan pada Sabtu, 29 Mac ini.'

ingat.. bukan cuti sesaja.. ada hal tu..
takdapat lah korang nak berhuhahuha sabtu 29 mac nanti
padan muka budak sekolah.. hahahahah


tujuan cuti 7 mac adalah....

''Cuti itu bertujuan untuk membolehkan ibu bapa, lebih awal mengambil anak-anak mereka yang bersekolah di sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah-sekolah yang dijadikan pusat pengundian, supaya mereka dapat mengundi dengan selesa pada 8 Mac ini.'

dan juga

"Ia juga untuk membolehkan ibu bapa yang ingin pulang ke kawasan mengundi masing-masing mempunyai waktu perjalanan dan masa rehat yang mencukupi," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.'

Menjelaskan mengenai perkara tersebut, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, sekolah-sekolah di negeri yang cuti hujung minggunya jatuh pada Sabtu dan Ahad boleh memohon cuti berganti dengan Pengarah Pelajaran negeri.

Ini katanya, bergantung kepada sekolah terbabit sekiranya mendapati ramai guru dan kakitangan mereka terpaksa pulang mengundi di luar kawasan bertugas.

''Mereka kena memohon tetapi bagi sekolah-sekolah di yang Kedah, Terengganu dan Kelantancuti hujung minggu mereka adalah hari Jumaat, tidak perlu membuat permohonan," katanya.

Selain itu jelasnya, sekolah-sekolah yang terlibat dalam proses penamaan calon pada 24 Februari ini juga dibenarkan mengambil cuti berganti.

Dalam pada itu, Alimuddin mengingatkan guru-guru dan murid-murid sekolah agar tidak terlibat secara aktif dalam kempen pilihan raya kerana ia melanggar Perintah Am Perkhidmatan Awam dan peraturan disiplin sekolah.

aaaa... ingat itu wahai guru-guru jangan aktif ya didalam kempen pilihan raya

More...
Read More

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena