Monday, September 08, 2008

Apa kata kita kick sorang ahli..Teratak42 Korupsi

hidup ini memang palat.. tetapi esok masih ada..
terdesak macamana pun.. jangan la 'meminjam' barang orang..
duit boleh cari la wei... buktinya.. 3 bulan aku survive nih..
aku tak kira.. duit 'rare' aku nak sebelum pukul 6 pagi..
kalau ko tak nak bagi semua duit 'rare' aku..
aku doakan korang(berdua) tangan tak dapat bergerak..
biar selamat skit barang-barang aku..
kalah penagih dah aku tengok.. sampai barang kawan korang rembat..
Teratak42 bolos lagi. ya... 'bolos' oleh orang dalam bukan namanya bolos.. ia korupsi
korupsi Teratak42.. damn it..
menyusahkan orang sahaja..
Read More

Tuesday, September 02, 2008

Ikan Masak Berlada

Bahan-bahan:

3 ~ 4 ekor ikan sembilang
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - dititik
1 ulas bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
  3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.
Read More

Recent Post

© 2011 ~Menempuh Arus Masa-Life-Photography~, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena